About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, June 29, 2014

Pengalaman Sebagai Seorang Gelandangan


Photoshoot bermula dengan dengan watak pengemis, juga seorang gelandangan, wanita bekerjaya, belia yang ceria, kanak-kanak yang baik hati dan juga OKU di Wangsa Maju. Projek Photoshoot atau Projek Peduli ini merupakan satu inisiatif Kindness Malaysia (Kindness) untuk mendapatkan gambar yang sesuai bagi tujuan promosi di masa akan datang. Saya sendiri memilih watak untuk menjadi seorang pengemis yang tidur di tepi jalan. Setiap gambar diambil memerlukan penghayatan, dan saya sedaya upaya menyelami watak yang dibawa agar dapat menghasilkan gambar yang terbaik.

pengemis yang juga sebahagian daripada masyarakat

watak bantu OKU melintas jalan

Muka saya disolek untuk mendapatkan feel sebagai seorang pengemis, tangan dan kaki pula disapu dengan kotoran minyak dari celah rim dan tayar kereta supaya nampak comot dan kotor. Shooting mengambil masa lebih tiga jam dan terima kasih kepada dua orang sahabat yang secara sukarelawan menjadi photographer dan sukarelawan lain yang menjadi talent untuk image bank ini.

watak orang biasa bersama tukang sapu

kanak-kanak yang menyumbang kepada pengemis

Shooting selesai jam 12 tengahari, dan sebahagian daripada kami ke kedai mamak untuk minum dan berbincang bagi projek TajaMereka dan projek-projek lain di bulan Ramadhan. Saya mula perasan orang ramai memandang saya, dan apabila saya pandang kepada mereka kembali, mereka terus alihkan pandangan mereka. Dan ada yang mula berbisik. "Make up" saya masih ada, seluar masih dilipat dan saya dapat rasakan bagaimana orang ramai memandang dengan pandangan jijik, seolah-olah saya tidak wujud. Ada couple di sebelah meja saya pun langsung tidak pandang ke arah meja saya. Anak mata seperti melihat ke arah saya, tetapi kewujudan saya seperti "invisible".

lega dapat air fresh oren
Saya duduk dan tunggu untuk waiter ambilkan order. Hampir dua puluh minit saya tunggu, dan cuba panggil waiter untuk ambilkan order saya, tetapi tiada siapa yang mahu datang. Saya rasa agak terkilan dengan sikap waiter, seolah-olah saya ini sampah masyarakat yang tidak punya wang untuk bayar makanan sendiri. Saya terpaksa ketuk meja dan dan naikkan suara, kemudian mamak (rasanya tauke kedai) datang untuk ambil order. Saya terus order fresh oren dan mamak itu memandang seperti berkata (boleh ke dia bayar nih?). Saya tidak peduli dan terus minum kerana saya dah cukup dahaga ketika itu.

Pengalaman singkat ini sudah cukup buat saya sangat terkesan. Jelingan orang ramai, layanan yang diterima ini pun sudah buatkan saya terfikir bagaimana pula keadaan pengemis atau warga gelandangan yang hari-hari hidup dalam keadaan sedemikian. Pengalaman fitting into other's shoes ini sememangnya membuatkan ego saya menyembah bumi. InsyaAllah pengalaman ini akan menjadi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan semua untuk terus kreatif dengan idea untuk melakukan kebaikan tidak kira masa, tempat atau pada sesiapa pun.

Akhir sekali, saya ingin ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia dan juga kepada non Muslim yang ingin cuba berpuasa bersama :)

Dari Semua Untuk Semua,

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia


Tuesday, June 24, 2014

Soalan Lazim Projek TajaMereka 2014

Projek TajaMereka Mendapat Liputan di TV Al-Hijrah (23 Jun 2014)

FAQ

1.0 Soalan general

1.1 Siapakah golongan penerima ini?
Mereka boleh terdiri daripada penghuni rumah anak yatim, keluarga fakir miskin, ibu tunggal atau oku, komuniti pelarian, warga gelandangan dan tidak lupa kepada miskin bandar seperti makcik cleaner, pakgad, pekerja asing dan lain2.

1.2 Apakah yang akan penerima ini dapat?
Penerima akan dapat berbuka puasa dan juga duit raya. Jika ada bajet lebih, kita akan berikan barang dapur atau lain2 keperluan mereka.

2.0 Soalan sukarelawan

2.1 Saya ingin jadi salah seorang PC. Bagaimanakah caranya?
Hubungi PIC TajaMereka. Projek koordinator perlu dapatkan info seperti berikut:
a- Siapa ingin ditaja
b- Jumlah individu yang ingin ditaja
c- Lokasi berbuka puasa
d- Bajet makan berbuka puasa
e- Tarikh untuk berbuka puasa
f- Senarai team yang akan support jika ada

2.2 Saya ada group saya sendiri. Boleh kami bekerjsama dengan Kindness?
Sudah tentuk boleh! Namun begitu persetujuan tertakluk kepada PIC TajaMereka. Group yang ada kecenderungan dengan parti politik atau ekstrim harus dielak.

3.0 Soalan penaja

3.1 Saya ingin menaja untuk Projek TajaMereka. Bagaimanakah caranya?
Tajaan 1 orang: RM40
Kos untuk berbuka bersama: RM20
* kos akan merangkumi kos makanan, duit raya dan pengurusan
Tajaan boleh dilakukan ke akaun Maybank 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Emailkan bukti transaksi ke support@kindness.my

3.2 Syarikat saya ingin menaja. Adakah resit pengecualian cukai disediakan?
Resit akan disediakan atas permintaan. Cuma resit pengecualian cukai belum lagi buat masa ini.

Senarai lokasi TajaMereka di sini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh email terus di sini support@kindness.my atau hubungi 0183800961 (Muhammad)

Monday, June 23, 2014

Projek Alat Tulis di Pos Betau, Lipis



Sebuah lagi projek dibawah Kindness Dot My (Kindness) telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Sentoi, Pos Betau yang juga merupakan perkampungan Orang Asli dari suku kaum Semai. Program tiga hari dua malam ini melibatkan lebih 100 kanak-kanak orang asli dimana mereka diberi alat tulis serta pensel warna sebahagian daripada kelas pembelajaran yang diuruskan oleh pihak Asrama Darul Falah (ASDAF) cawangan PERKIM.

Sukarelawan dari PERKIM

anak-anak Orang Asli menunjukkan bakat masing-masing

Fokus mewarna

Anak-anak Orang Asli ini menunjukkan bakat mereka dalam melukis dan mewarna dan mereka sangat gembira menerima sumbangan alat tulis . Ziarah bulanan ke kampung Orang Asli ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para sukarelawan serta penderma mengenali masyarakat Orang Asli dengan lebih dekat, dan seterusnya merancangan program-program yang bermanfaat untuk mereka.

sukarelawan Kindness memberi tunjuk ajar

kelas mengeja

bangga dengan hasil mereka

Pihak Kindness mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma serta sukarelawan yang telah terlibat untuk Projek Alat Tulis ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Friday, June 13, 2014

Projek TajaMereka 2014 Anjuran Kindness Tiba Lagi!


Projek TajaMereka 2014 anjuran Kindness Dot My (Kindness) kembali lagi untuk tahun ini sempena dengan bulan Ramadhan 1435H. Seperti tahun sebelum ini, Projek TajaMereka memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja golongan yang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa, dan pada masa yang sama berbuka puasa dengan mereka.

Objektif Projek TajaMereka ini adalah untuk berkongsi kegembiraan berbuka puasa bersama saudara kita yang kurang bernasib baik. Sejajar dengan apa yang diriwayatkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
"Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya.." ~ Riwayat Bukhari dan Muslim
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” ~ Riwayat at-Tirmizi
Setiap tajaan bernilai RM40 yang akan merangkumi makanan berbuka puasa dan duit raya untuk anak-anak yatim ini serta mereka yang memerlukan. Para penderma juga dialu-alukan untuk berbuka puasa sekali dengan mereka. Untuk turut serta anda hanya perlu tambah RM20 untuk kami sediakan sekali makanan berbuka.

Poster TajaMereka

Lokasi Projek TajaMereka

Projek TajaMereka 2014 (Ramadhan 1435H)
Tarikh: 28 Julai 2014
Lokasi: Chow Kit
Penerima: 2 orang warga gelandangan

Tarikh: 3 Julai 2014
Lokasi: Rumah Anak Yatim Batu Pahat
Penerima: 100 orang anak yatim dan miskin

Tarikh: 4 Julai 2014
Lokasi: Rumah Berkat, Johor Bahru
Penerima: 130 orang anak yatim dan miskin

Tarikh: 5 Julai 2014
Lokasi: Rumah Anak Yatim, Kota Tinggi
Penerima: 100 orang anak yatim dan miskin

Tarikh: 7 Julai 2014
Lokasi: Mydin Subang Jaya
Penerima: 10 orang pekerja asing (Bangladesh)

Tarikh: 11 Julai 2014
Lokasi: Rumah Darul Hanan, Pasir Gudang
Penerima: 55 orang anak yatim dan miskin

Tarikh: 11 Julai 2014
Lokasi: Pusat Pendidikan Rohingya, Baitul Rahmah, Sungai Petani
Penerima: 70 anak-anak Rohingya

Tarikh: 12 Julai 2014
Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Penerima: 100 orang anak yatim dan miskin

Tarikh: 12 Julai 2014
Lokasi: Rohingya Education Center, Permatang Pauh, Penang
Penerima: 100 anak-anak Rohingya

Tarikh: 15 Julai 2014
Lokasi: Asrama Darul Falah - ASDAF
Penerima: 70 orang anak yatim dan miskin orang asli

Tarikh: 15 Julai 2014
Lokasi: Surau al-Ikhwan, Shah Alam
Penerima: 40 anak yatim dan 10 ibu tunggal

Tarikh: 18 Julai 2014
Lokasi: Beufort, Sabah
Penerima: 10 keluarga fakir miskin

Tarikh: 19 Julai 2014
Lokasi: Madrasah Tahfiz Sulaimaniyah, Kuala Nerang, Kedah
Penerima: 40 orang pelajar fakir dan miskin



Poster TajaMereka


Pada yang berminat untuk menaja, boleh lakukannya di akaun Maybank 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Email butiran transaksi ke support@kindness.my bersama butiran berikut:

Nama:
No tel:
Jumlah Tajaan:
Masa dan tarikh transaksi:
Lokasi (jika turut serta):

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya terus di 0183800961 atau email di support@kindness.my

Soalan lazim Projek TajaMereka di sini.


Projek TajaMereka di rancangan Assalamualaikum, TV Al-Hijrah (23 Jun 2014)


Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My

Monday, June 9, 2014

Projek Bersih Bersama Komuniti Orang Asli


Sebuah lagi projek anjuran Kindness Dot My (Kindness) telah berlangsung dan kali ini melibatkan komuniti Orang Asli. Dua puluh peserta dari pelbagai kampung Orang Asli hadir di Asrama Darul Falah (ASDAF) untuk bengkel kebersihan diri yang diberi nama Projek Bersih. Setiap peserta telah diajar cara membersih diri dengan betul seperti kebersihan gigi, kuku dan lain-lain.

sukarelawan bersama peserta

peserta mempelajari teori dan praktikal

tok batin juga turut serta

Susulan untuk projek ini, pihak Kindness akan ke Kampung Sentoi, Pos Betau, Lipis untuk aktiviti bersama masyarakat Orang Asli di sana. Kepada orang ramai yang berminat untuk turut serta sebagai sukarelawan, atau menjadi penyumbang, boleh hubungi saya terus di matt@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, April 30, 2014

Suspended Karipap di Subang Jaya


Suspended Karipap yang dicetus dari idea suspended coffee yang popular di Amerika Syarikat telah berkembang dan diolah di Malaysia. Subang Jaya, sebuah bandar yang terkenal dengan popularnya penyanyi hip hop, Joe Flizzow telah menjadi lokasi untuk kajian sosial suspended karipap ini.

Apa itu sebenarnya suspended karipap? Matlamatnya mudah, untuk memberi atau berkongsi makanan dengan orang ramai terutama sekali yang memerlukan. Contoh yang memerlukan dari warga miskin atau homeless, sehingga ke miskin bandar yang mempunyai kerjaya tetapi pada masa yang sama, duit gaji yang diterima setiap bulan tidak cukup untuk bersarapan, kerana perlu rancang perbelanjaan yang ketat. Mekanismenya pula, suspended karipap ini dibeli dan ditinggalkan di kedai yang dibeli, dan pelanggan yang seterusnya boleh mengambil makanan tersebut, atau untuk kali ini ialah kuih karipap. 

Suspended karipap hari pertama

Suspended karipap hari kedua

Jika di Amerika Syarikat, suspended coffee ini popular di kafe kedai kopi dan komuniti gelandangan dapat datang dah meminta kopi dengan percuma. Projek suspended karipap ini dijalankan selama 6 hari bermula pada 23 April hingga 25 April (Rabu hingga Jumaat) dan kemudian bersambung pada 28 April hingga 30 April 2014 (Isnin hingga Rabu). Saya menerangkan kepada Pakcik Ali yang juga pemilik gerai nasi lemak dan kuih tentang konsep suspended karipap. Pada mulanya Pakcik Ali seperti sukar untuk memahami tujuan aktiviti kecil ini. Namun saya terangkan padanya, yang Pakcik Ali selalu beri saya extra kuih bila saya membeli. Perbuatan baik hati Pakcik Ali ini yang mendorong saya untuk lakukan suspended karipap pada orang lain pula! Dah macam Pay it Forward :) 

Pakcik Ali yang berhati Kindness
Bermula hari pertama, karipap dijual tiga biji Seringgit ditinggalkan beserta dengan nota di gerai Pak Ali yang terletak diantara Mydin dan Giant USJ 1 ini. Keesokan harinya, saya datang seawal pagi untuk bersarapan dan saya tanya bagaimana respon orang ramai untuk suspended karipap, Pakcik Ali kata tiada siapa berani ambil, mungkin suspended karipap ini masih terlalu asing kepada pelanggan yang datang. So untuk hari kedua saya mengolah sedikit ayat pada nota yang ditinggalkan bersama karipap, dan saya terus ke tempat kerja.

Suspended karipap plus suspended nasi lemak hari ketiga sempena hari Jumaat

Keesokan harinya (hari ketiga), seperti biasa saya bersarapan di gerai Pakcik Ali dan bertanya bagaimana respon suspended karipap semalam. Pakcik Ali kata ada Pakcik Sekuriti yang datang dan tanya pasal suspended karipap ini selepas terbaca nota diatas meja. Pakcik Sekuriti ini gembira, Pakcik Ali pun dah mula tunjukkan minatnya dengan suspended karipap. Hari ketiga ini merupakan hari Jumaat, oleh itu saya letakkan kelainan dengan menambahkan nasi lemak menjadikan dua makanan iaitu suspended karipap dan suspended nasi lemak.

Suspended karipap hari keempat

Hari minggu berlalu dan tibanya hari Isnin, saya datang singgah lagi untuk sarapan. Pakcik Ali terus kata, ada adik manis datang ambil suspended nasi lemak dan karipap. Gembira katanya, mungkin pelajar praktikal di Mydin. Saya pun rasa gembira dan tinggalkan karipap beserta nota baru untuk suspended karipap hari keempat.


Suspended karipap hari kelima

Hari berikutnya, Selasa, saya datang lagi untuk bersarapan dan kali ini Pakcik Ali kata ada seorang kakak berpakaian seperti uniform cleaner yang ambil karipap tersebut. Dia gembira melihat orang lain gembira, saya dalam hati rasa gembira sangat, lagi-lagi untuk memulakan kerja di pejabat. Saya lihat pelanggan-pelanggan yang lalu lalang sudah mula menerima konsep suspended karipap ini. Dan yang paling menarik, ada juga pelanggan yang datang menyatakan minat untuk taja suspended karipap di gerai Pakcik Ali. Nampak gayanya, projek suspended di gerai Pakcik Ali dah boleh jadi pilot projek yang sukses!

Hari terakhir suspended karipap, kira suspended kuih muih!


Hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di Subang Jaya, dan saya ingin lakukan sedikit kelainan. Pelanggan yang datang boleh ambil mana-mana kuih yang mereka suka. Dan diakhir nota, saya nak minta juga pelanggan yang datang, untuk doakan saya sama. InsyaAllah kita boleh lakukan suspended coffee, eh suspended karipap di tempat lain pula.


Suspended Karipap mendapat liputan di Harian Metro 20 Mei 2014

Muhammad bin Kamarulazizi
www.facebook.com/kindness.my

Thursday, April 10, 2014

Futsal Piala Kindness 2014 Berlangsung Dengan Jayanya

suasana Futsal Piala Kindness sebelum kejohanan bermula
KUALA LUMPUR, 5 April 2014 – Kindness Dot My (Kindness) dengan sokongan Dana Belia 1Malaysia serta kerjasama Chelsea Soljabiru, Projek Iqra’ dan Gooddeeds Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Kindness yang telah berlangsung di Centermart Futsal Center Setapak, Kuala Lumpur. Kejohanan futsal amal ini melibatan 23 pasukan futsal dari rumah-rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Lebih 300 orang anak yatim 150 orang sukarelawan dari Kindness  hadir bagi memeriahkan aktiviti kali ini.


Kejohanan Futsal Piala Kindness ini merupakan kesinambungan dari kejohanan sebelumnya yang pernah dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (2012) dan Badan Kebajikan Siti Khadijah (2009-2011). Tahun ini Kindness mengambil inisiatif untuk menjadi penganjur utama kejohanan futsal amal antara rumah kebajikan ini. Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat para penghuni rumah kebajikan yang kebanyakannya merupakan anak-anak yatim dan miskin dan secara tidak langsung menggalakkan cara hidup yang sihat. 
Perasmian disempurnakan oleh Encik Abdillah, wakil dari Dana Belia 1Malaysia

pasukan futsal dari Badan Kebajikan Siti Khadijah

Setiap rumah kebajikan diuruskan oleh sukarelawan-sukarelawan (pengurus pasukan) terpilih bagi menguruskan latihan dari segi kecergasan dan taktikal, serta mendapatkan tajaan bagi pakaian jersi dan alat keperluan futsal yang lain seperti bola dan kasut futsal. Latihan futsal telah berlangsung lebih dari sebulan bermula di rumah kebajikan sehingga ke perlawanan persahabatan di gelanggang futsal. Pendedahan sebegini memberi peluang kepada penghuni rumah kebajikan untuk lebih berdisiplin dan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.

Pasukan futsal dari Rumah Ar-Rayyan Seremban


Soljabiru Chelsea

Hadiah yang menjadi rebutan

BuehBossa juga turut hadir bagi menggembirakan para pengunjung terutama anak-anak yatim

Perlawanan sengit antara BKSK dan MRA FC

Kejohanan futsal ini juga telah menyaksikan tajaan dari lebih 40 syarikat-syarikat kecil yang telah menaja dalam bentuk makanan sehingga ke hadiah untuk pemenang. Tajaan sebegini memberi peluang kepada syarikat-syarikat kecil untuk melebarkan penjenamaan produk dan servis mereka kepada masyarakat umum.
Sesuai dengan slogan Kindness, “Dari Semua Untuk Semua”, lebih 150 orang sukarelawan telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan Futsal Piala Kindness ini. Setiap sukarelawan telah diberi tugas masing-masing dari pengurusan kejohanan futsal, pencarian dana, pengurusan rumah kebajikan, logistik sehingga ke perhubungan media. Para sukarelawan Kindness majoritinya terdiri daripada warga belia bawah 40 tahun dari pelbagai latar belakang yang juga bekerjaya atau mempunyai perniagaan sendiri. Para mahasiswa dan mahasiswi dari institut pengajian tinggi awam dan swasta juga terlibat bagi menjayakan Futsal Piala Kindness.

Perlawanan akhir antara Ijabah FC dan Siddhartan FC

Harapan pihak penganjur agar kejohanan futsal amal ini dapat dilaksanakan setiap tahun fokus kepada warga penghuni rumah kebajikan. Bermula di Kuala Lumpur dan sasarannya adalah untuk mengembangkan ke rumah-rumah kebajikan di negeri-negeri yang lain. Pihak Kindness amat mengalu-alukan sebarang kerjasama dan tajaan bagi projek amal sebegini dan juga projek-projek kebaikan yang lain sejajar dengan misi Kindness iaitu menyebarkan dan melaksanakan kebaikan tidak kira tempat, lokasi atau pada sesiapa pun.

Johan kategori perempuan KL Krash Pad

bersama pemenang Futsal Piala Kindness

Johan kategori lelaki Ijabah FC

Futsal Piala Kindness di Harian Metro

Liputan di Malaysia Hari Ini, TV3

Keputusan Futsal Piala Kindness
Kategori Lelaki
Johan: Ijabah FC dari Yayasan Ijabah, Subang (RM2000)
Naib Johan: Rumah Perlindungan Siddhartan (RM1000)
Tempat ketiga: Rumah Kasih Harmoni, Rawang (RM800)

Kategori Perempuan
Johan: KL Krashpad, Chowkit (RM2000)
Naib Johan: ASDAF A (Asrama Darul Falah) (RM1000)
Tempat ketiga: ASDAF B (RM800)

p/s Futsal Piala Kindness di Harian Metro di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi 
Pengarah Futsal Piala Kindness
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...