About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, December 9, 2008

Qurban di Batu 17 Padang Rengas Perak

Lokasi: Batu 17, Padang Rengas, Perak
Masa: 9.30 pagi
Tarikh: 8 Disember 2008

Semalam saya berkesempatan untuk bersama saudara mara saya di kampung di Batu 17 Padang Rengas untuk penyembelihan qurban. Empat ekor lembu di qurbankan. Tok saya merupakan person in charge untuk qurban di kampung. Alhamdulillah gotong royong dilaksanakan, dan daging-daging qurban diagihkan kepada jiran tetangga serta golongan miskin di sekitar kampung.

tok, yang mengetuai qurban di kampung

saudara mara turut serta

barisan pelapis


menggali lubang untuk membuang isi perut dan usus lembu

anak-anak muda incharge untuk mengorek lubang

lembu qurban yang sedang di lapah

bahagian perut dan usus lembu

daging dikumpul ke tempat pengagihan

bahagian perut lembu yang akan dibedah untuk membuang isi-isinya

usus dan kulit yang tidak digunakan akan dibuang

Lebih banyak gambar di sini!

p/s Qurban For Life juga kini sedang dijalankan di Australia:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Batu 17, Padang Rengas, Perak


Sunday, December 7, 2008

Muslim Aid Asia: Bantuan Bagi Mangsa Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang

update sehingga 6hb Des 08, jam 11.20pm

Tarikh: 6 Desember 2008
Masa: 11.15pm
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Ulu Klang

Sebentar tadi saya bersama Amir dan juga seorang sukarelawan Muslim Aid Asia iaitu Hadi telah ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang untuk menghantar bantuan dari segi air mineral dan juga roti buat mangsa-mangsa tanah runtuh ini. Banyak NGO lain juga telah tiba untuk bersama menghulur bantuan. Jenis bantuan yang diperlukan di sini ialah seperti logistik, sukarelawan perubatan, sukarelawan yang membantu mangsa yang trauma dan sukarelawan untuk penyediaan makanan.

Hadi dan Amir di bilik operasi

Comfort Aid dari Muslim Aid Asia

di ruangan bekalan makanan


di pintu masuk sekolah

Kepada para sukarelawan Muslim Aid Asia dan juga pembaca blog ini, yang berminat untuk bersama membantu mangsa-mangsa tanah runtuh ini, boleh hubungi Amir (Muslim Aid Asia) di 017-2277 525. Bantuan ini kemungkinan akan diperlukan sehingga Ahad minggu depan.


-Muhammmad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Friday, December 5, 2008

Qurban For Life Anjuran Muslim Aid Asia di Nasi Lemak Kopi'O, TV9

Alhamdulillah, kali ini Muslim Aid Asia telah on air di Rancangan Nasi Lemak Kopi'O di TV 9 untuk mempromosikan Qurban For Life Q4L yang telah dihoskan oleh Aziz Desa dan Mek. Semasa rancangan ini di udara, telefon di ofis berdering tidak henti-henti. Memang banyak juga peminat setia Nasi Lemak Kopi'O ini!

bersama Aziz Desa

bersama Imran Ajmain


Antara yang hadir tadi seperti kumpulan Rabbani, Imran Ajmain, dan juga Husna dari Gadis Melayu.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Thursday, December 4, 2008

Qurban For Life Anjuran Muslim Aid Asia di Astro Awani



Alhamdulillah, hari ini program Qurban For Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia mendapat liputan di rancangan Wanita untuk Wanita (WW) di Astro Awani. Hos kali ini ialah En Zulhelmi dan juga Puan Linawati Adnan yang telah menggantikan Cik Dang Suria yang mempunyai tugas lain. Pihak kami di Muslim Aid Asia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dang Suria, Zulhelmi dan Faris yang telah berusaha agar Q4L mendapat liputan di Astro Awani.

sampai berpeluh

Ilham rancak



-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Wednesday, December 3, 2008

Sumbangan Bantuan Buat Keluarga En Fadil, OKU Penglihatan

keluarga Encik Fadil

Tarikh: 3 Desember 2008
Masa: 10.30pm
Lokasi: Flat Sri Pahang, Bangsar

Alhamdulillah sebentar tadi saya bersama isteri saya sempat ziarah keluarga encik Fadil di Flat Sri Pahang, Bangsar. Kebetulan petang tadi, saya menerima panggilan dari isteri encik Fadil, yang menyatakan hasrat untuk memohon sedikit bantuan. Rupanya rumah mereka dah kehabisan bekalan makanan mentah seperti beras, minyak masak. Sejak Raya Aidilfitri yang lepas, mereka mengalami masalah kewangan dan cuma mengharap dari penjualan tisu di kaki lima. Alhamdulillah, selepas saya menyatakan hasrat saya di Yahoo Messenger (YM) untuk menziarah keluarga encik Fadil, terdapat juga rakan-rakan saya yang prihatin, yang turut memberi sumbangan melalui perbankan online. Wang tersebut telah saya gunakan untuk membeli makanan mentah seperti beras, minyak masak, gula, ikan bilis, epal dan sebagainya. Moga Allah murahkan rezeki anda semua!

bersama Nur Ain Nadia yang matanya juga dah mula semakin kabur

Bersama Nur Ain Nadia dan Muhammad Firdaus

Encik Fadil mempunyai impian untuk berniaga secara kecilan seperti membuka stall kecil menjual gula-gula, surat khabar dan topup. Isteri Encik Fadil pula berharap dapat melakukan kerja di rumah seperti meletak surat dalam sampul atau sebagai telefonis. Keempat-empat anak beranak ini semua mempunyai masalah penglihatan.

luahan rasa Encik Fadil dan isterinya

Saya menyeru kepada rakan-rakan serta pembaca blog ini, pada yang mempunyai kenalan atau 'contact' seperti DBKL, atau ahli politik, atau 'businessman' yang dapat merealisasikan impian mereka ini, agar dapat menghubungi saya di pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 atau di telefon bimbit saya terus di 012-3377 195. Semoga dengan usaha ini, dapatlah keluarga encik Fadil keluar dari belenggu kemiskinan, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Qurban For Life Anjuran Muslim Aid Asia di Selamat Pagi Malaysia RTM 1

Alhamdulillah promosi Qurban For Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia telah disiarkan secara langsung di rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM 1 bersama hos Hani. Terima kasih diucapkan kepada Ikmal, yang telah membantu supaya promosi amal ini dapat disiarkan di RTM 1.



Ilham berbicara

Selamat Pagi Malaysia

di hadapan Wisma TV Angkasapuri

Amir, Ilham dan Ikmal

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran

Muslim Aid Asia

Tuesday, December 2, 2008

Qurban For Life (Q4L) di Sinar Harian, RTM1, Astro Awani dan TV9





Alhamdulillah, program Qurban For Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia telah mendapat liputan di surat khabar Sinar Harian. InsyaAllah esok, lusa dan hari Jumaat program Q4L akan mendapat liputan di RTM, Astro Awani dan TV 9. Berikut adalah butirannya:

3 Desember 2008
Masa: 8.20am
Rancangan: Selamat Pagi Malaysia (SPM)
Channel: RTM 1

4 Desember 2008
Masa: 10.30am
Rancangan: Wanita untuk Wanita
Channel: Astro Awani 501

5 Desember 2008
Masa: 8.00am
Rancangan: Nasi Lemak Kopi'O
Channel: TV9

8 Desember 2008
Radio Suara Islam

Kesemua rancangan akan berkisarkan Qurban For Life (Q4L). Sama-sama kita saksikannya!

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...