About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label simtom kesempitan wang. Show all posts
Showing posts with label simtom kesempitan wang. Show all posts

Friday, June 12, 2009

Bila Sesak, Nasi pun Lebih?


Alhamdulillah, dalam tempoh hampir dua tahun di Muslim Aid, pelbagai orang telah saya jumpa dan kenali dari miskin ke kaya, dari orang biasa hingga ke orang kenamaan, dari anak kecil hinggalah yang ke tua. Di sini saya ingin kongsikan satu senario tentang saudara dan rakan kita yang kebanyakan mempunyai persamaan apabila mereka kesempitan wang. Senario ini adalah dari pandangan dan pemerhatian saya sendiri. Apa yang saya perasan, golongan atau individu yang mengalami kesempitan wang, biasanya akan makan nasi lebih dari normal. Nampak remehkan? Tetapi inilah antara simtom-simtom seseorang itu kesempitan wang.

Pernah dua tahun lepas saya bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang, dimana kebanyakan operator pengeluaran adalah warga asing dari Vietnam. Tubuh mereka kecil, tetapi bila order makan, nasi begitu banyak seperti bukit!Lauk sedikit sahaja, dan ada yang cuma berlaukkan kentang . Saya pernah juga bersama seorang kawan berjalan-jalan di Chowrasta (Pulau Pinang). Kami lihat sebuah keluarga pengemis, ibu dan beberapa orang anak untuk makan tengahari. Sama! Nasi 'bukit' lauk hanya ikan goreng seekor.

Apa yang saya cuba fahamkan, golongan yang susah ini amat menghargai nasi. Dan sebab itulah mereka ambil jumlah nasi yang banyak untuk mengelakkan dari rasa lapar. Pelajar-pelajar di universiti atau kolej juga tidak terlepas dari senario ini. Biasanya nasi akan diisi penuh dalam polisterin dan lauk pula ditekan masuk ke dalam nasi. Ada juga beberapa orang kawan yang 'sesak' akan melakukan perkara sebegini. Saya sendiri pernah alami begini. Dahulu masa belajar, ketika kesengketan wang, pasti sarapan nasi goreng 'bukit' yang biasanya berharga RM1.20 dan boleh tahan lapar sehingga malam.

Namun apabila wang tidak menjadi masalah, jumlah nasi atas pinggan tidak lagi tinggi seperti bukit. Bagi golongan mahasiswa, apabila pulang di rumah, tidak akan lagi makan nasi 'bukit'. Hal ini kerana kerisauan untuk lapar akan hilang kerana bekalan makanan di rumah sentiasa mencukupi. Senario sebegini tidak semestinya dihadapi oleh semua golongan yang susah. Adakala simtom untuk mengenali golongan yang kesempitan wang ini berlainan dari simtom nasi lebih. Oleh yang demikian, patutlah kita bersyukur dengan apa yang ada, insyaAllah.

p/s itu sebab kedai yang letak nasi sikit, kurang laku...

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...