About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, June 12, 2009

Bila Sesak, Nasi pun Lebih?


Alhamdulillah, dalam tempoh hampir dua tahun di Muslim Aid, pelbagai orang telah saya jumpa dan kenali dari miskin ke kaya, dari orang biasa hingga ke orang kenamaan, dari anak kecil hinggalah yang ke tua. Di sini saya ingin kongsikan satu senario tentang saudara dan rakan kita yang kebanyakan mempunyai persamaan apabila mereka kesempitan wang. Senario ini adalah dari pandangan dan pemerhatian saya sendiri. Apa yang saya perasan, golongan atau individu yang mengalami kesempitan wang, biasanya akan makan nasi lebih dari normal. Nampak remehkan? Tetapi inilah antara simtom-simtom seseorang itu kesempitan wang.

Pernah dua tahun lepas saya bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang, dimana kebanyakan operator pengeluaran adalah warga asing dari Vietnam. Tubuh mereka kecil, tetapi bila order makan, nasi begitu banyak seperti bukit!Lauk sedikit sahaja, dan ada yang cuma berlaukkan kentang . Saya pernah juga bersama seorang kawan berjalan-jalan di Chowrasta (Pulau Pinang). Kami lihat sebuah keluarga pengemis, ibu dan beberapa orang anak untuk makan tengahari. Sama! Nasi 'bukit' lauk hanya ikan goreng seekor.

Apa yang saya cuba fahamkan, golongan yang susah ini amat menghargai nasi. Dan sebab itulah mereka ambil jumlah nasi yang banyak untuk mengelakkan dari rasa lapar. Pelajar-pelajar di universiti atau kolej juga tidak terlepas dari senario ini. Biasanya nasi akan diisi penuh dalam polisterin dan lauk pula ditekan masuk ke dalam nasi. Ada juga beberapa orang kawan yang 'sesak' akan melakukan perkara sebegini. Saya sendiri pernah alami begini. Dahulu masa belajar, ketika kesengketan wang, pasti sarapan nasi goreng 'bukit' yang biasanya berharga RM1.20 dan boleh tahan lapar sehingga malam.

Namun apabila wang tidak menjadi masalah, jumlah nasi atas pinggan tidak lagi tinggi seperti bukit. Bagi golongan mahasiswa, apabila pulang di rumah, tidak akan lagi makan nasi 'bukit'. Hal ini kerana kerisauan untuk lapar akan hilang kerana bekalan makanan di rumah sentiasa mencukupi. Senario sebegini tidak semestinya dihadapi oleh semua golongan yang susah. Adakala simtom untuk mengenali golongan yang kesempitan wang ini berlainan dari simtom nasi lebih. Oleh yang demikian, patutlah kita bersyukur dengan apa yang ada, insyaAllah.

p/s itu sebab kedai yang letak nasi sikit, kurang laku...

Muhammad bin Kamarulazizi

2 comments:

salam....
kalau diambil dari pengalaman....
memang ada benarnya....
sebenarnya inilah dikatakan nikmat kesyukuran orang yang kurang berkemampuan.dalam keadaan susah,kita akan menghargai satu2 benda tu...
memang tak dinafikan golongan2 kurang berada ni makan banyak dalam satu2 masa sebab mereka tidak kerap makan seperti orang kelas pertama dan kedua...mungkin sehari tu mereka makan 1 atau 2 kali sahaja...kalaupun lebih,kira ekstra pada hari tu....
macam aku,kerana kerja kasar...bulan puasa aku akan makan sahur lebih dari kebiasaan.macam tu gak minum.supaya dapat tahan kelaparan tu sepanjang siang.
jadi rasanya...tak ada bezanya macam orang2 yang kurang upaya atau kurang duit poketnya.

wallahua'lam....

wslm, ya tepat sekali rahmanw. sama2 kita hargai apa yg ada skrg...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...