About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label gift for life. Show all posts
Showing posts with label gift for life. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Better Vision For Better Future

Melalui program Gift For Life, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) akan membantu anak-anak dari keluarga yang kurang berkemampuan di Sabah bagi mendapatkan kaca mata setiap seorang. Inisiatif ini bertujuan untuk mengatasi masalah penglihatan mereka semasa pembelajaran di dalam kelas.


Pada yang berminat untuk menaja kaca mata ini, boleh salurkan melalui akaun CIMB di 1422-0000070-108 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Email atau fakskan butiran berikut untuk penghantaran resit pengecualian cukai
Nama:
Alamat:
Tel:
Jumlah sumbangan:
Tarikh transaksi:
Masa transasksi:

Email ke mail@muslimaid.org.my atau faks ke 03-22881966.

Semoga dengan 'pelaburan' ini dapat memudahkan mereka menjalani pembelajaran yang sebaiknya. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.


Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, February 9, 2010

Sumbangan buku latihan untuk Kelas Tusyen ASDAF


Kelas tusyen di ASDAF sudah bermula sejak Jumaat lepas dan antara subjek yang dipilih ialah matematik, sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kelas bermula jam 8 malam dan selesai jam 10 malam. Guru-guru dipilih dari kalangan sukarelawan yang mempunyai pengalaman mengajar di sekolah atau home tuition.

anak-anak ASDAF sumbangan buku latihan dan kamus

anak-anak ASDAF yang tekun

Hasil dari sumbangan penderma kepada Muslim Aid, beberapa buah buku latihan, kamus dan juga kismis telah disampaikan kepada anak-anak ASDAF. Semoga dengan bantuan pendidikan ini dapat memudahkan lagi anak-anak ASDAF untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, October 29, 2008

Door Gift untuk Majlis Perkahwinan


Alhamdulillah majlis perkahwinan saya telah selamat dijalankan di Melaka dan Pulau Pinang. Antara yang menarik semasa majlis ini ialah door gift, atau biasanya tuan rumah pengantin akan memberikan bunga telur sebagai hadiah kepada pengunjung majlis. Tapi untuk majlis perkahwinan saya, saya memilih untuk memberi door gift yang agak berbeza. Saudara-mara saya dari Perak dan Negeri Sembilan telah menaja beberapa door gift yang amat bermakna seperti, labu sayung kecil, pot pouri, kerepek, dan bahulu ikan. Tapi yang paling unik sekali ialah door gift hasil idea Kak Habsah dari Muslim Aid Asia.

kad Gift for Life direka khas dari Muslim Aid Asia

Trend door gift yang terkini

Dengan kos tidak sampai RM600, saya dan pengantin perempuan dapat menyumbang sebuah perigi untuk fakir miskin di Bangladesh melalui program Gift for Life anjuran Muslim Aid Asia. Dan perigi yang disumbangkan ini diniatkan buat pengunjung-pengunjung yang hadir di majlis perkahwinan saya di Pulau Pinang. Lebih kurang 500 keping kad telah dicetak sebagai tanda penghargaan buat pengunjung semua.

Trend door gift yang baru ini mendapat sambutan menggalakkan, selepas beberapa rakan-rakan dan pengunjung telah menghubungi saya tentang program Gift for Life ini. InsyaAllah selepas ini, lebih ramai dapat menghasilkan door gift yang lebih bermakna, disamping kita juga dapat membantu mereka yang amat memerlukan diluar sana.

Pada yang berminat untuk door gift Gift for Life ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 (Muhammad).

p/s bila perkahwinan sudah berlangsung, jangan lupa untuk mendapatkan pelan perlindungan sekeluarga. Klik di sini untuk info lanjut.

-Muhammad bin Kamarulazizi-


Tuesday, February 19, 2008

Program Aqiqah bersama Muslim Aid Asia

Kelahiran seorang anak memang dinantikan sesebuah keluarga demi menambah kebahagiaan rumahtangga. Hukum aqiqah adalah sunat Mu'akkadah yakni sunat yang sangat dituntut dan kerana itu amalam aqiqah harus difahami dan dihayati agar hikmahnya dapat dicapai

Hikmah Aqiqah
  1. Melahirkan rasa kesyukuran kerana mendapat zuriat
  2. Membiasakan masyarakat Muslim dengan pemakanan 'halaalan thoiyibba' sejak bayi lagi untuk membentuk kemantapan aqidah
  3. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Muslim di seluruh dunia.

Aqiqah bersama Muslim Aid Asia

Muslim Aid mempunyai rangkaian hampir di seluruh dunia dan mudah untuk menyaring bakal penerima bantuan demi memastikan perlaksanaan bantuan sampai kepada sasaran. Peserta hanya perlu mengisi borang yang disediakan berserta kosnya, InsyaAllah langkah seterusnya pihak Muslim Aid akan uruskan.

Dengan kos sebanyak RM350 untuk seekor kambing, pihak Muslim Aid akan melakukan penyembelihan di tempat-tempat terpilih, dimasak dan diagihkan kepada penduduk miskin setempat. Muslim Aid menawarkan perkhidmatan aqiqah untuk perlaksanaan di Bangladesh, Indonesia dan Kemboja.

Setelah segala proses aqiqah selesai, pihak MAA akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama anak beserta gambar penyembelihan aqiqah. Pada yang berminat untuk melakukan ibadah aqiqah ini, boleh hubungi pihak Muslim Aid ditalian 03-2288 1996 (Ida @ Ilham)

Pada yang berminat, bleh sertakan

Nama penuh:
Nama anak utk diaqiqah:
Utk lelaki atau perempuan:
Alamat rumah:
No contact:
Dari mana anda peroleh info aqiqah ini:
Cara pembayaran:


dan emailkan kepada mail@muslimaidasia.com

atau boleh mendapatkan brochure di sini
Download brochure aqiqah

atau boleh layari blog aqiqah Muslim Aid untuk lebih lanjut
http://aqiqahmuslimaid.blogspot.com/

Pada yang mempunyai blog, anda boleh juga iklankan program aqiqah ini di blog anda. Semoga anda juga mendapat hasanah di akhirat kelak, insyaAllah


-Ida-
Admin Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...