About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label chef zam. Show all posts
Showing posts with label chef zam. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Kelas Kulinari HIPACK bersama Chef Zam untuk Warga Ibu Tunggal


Tarikh: 2 Julai 2011
Lokasi: Silverspoon International College
Program: Kelas Kulinari HIPACK bersama Chef Zam untuk Warga Ibu Tunggal

Program yang berlangsung selama sehari ini telah memberi peluang kepada warga ibu tunggal yang telah berdaftar dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) untuk mempelajari cara-cara menyediakan juadah secara komersil. Chef selebriti iaitu Chef Zam telah dipilih untuk berkongsi cara-cara memasak juadah komersil yang bakal membantu warga ibu tunggal untuk memperoleh pendapatan tambahan.

Para ibu tunggal yang telah mengikuti program ini akan mempelajari cara-cara untuk membuat pemasaran agar skill yang mereka peroleh ini dapat dimanfaat dengan sebaiknya. Pejabat Muslim Aid akan memantau progress ibu tunggal ini hingga mereka berjaya.

acar buah

wajik durian

daging


menikmati hasil masakan yang telah dipelajari

bersama sukarelawan Muslim Aid yang telah menjadi tulang belakang kepada program HIPACK

penyampaian sijil kepada peserta

Pejabat Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada para penaja terutama sekali Syarikat Siti Payung yang telah membekalkan dengan door gift kepada para peserta. Muslim Aid masih mengalu-alukan sumbangan bagi mengisi tabung modal insan ibu tunggal agar lebih banyak program berbentuk skill dapat diadakan. Pada individu atau syarikat korporat yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, June 8, 2011

Persediaan Projek Fun For Food

Menjelang bulan Ramadhan yang hanya tinggal sebulan setengah lagi, pejabat Muslim Aid kini sedang sibuk merancang program-program untuk bulan Ramadhan seperti Fast 2 Feed dan Ramadhan Appeal dan projek terbaru Fund For Food (3F). Projek baru ini adalah bagi menyambut kedatangan Ramadhan yang akan dilaksanakan di Pasar Fama Stadium Shah Alam. Projek 3F akan menampilkan rakan Muslim Aid iaitu chef selebriti iaitu Chef Zam yang akan menyediakan bubur lambuk dan bekas chef dan kini seorang Ustaz, Ustaz Hashim dari Madrasah Hashimiah yang akan menyediakan buburma (bubur Burma). Projek 3F ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang bagi mengumpul dana bagi program-program di bulan Ramadhan dan setiap penyumbang dapat menikmati bubur lambuk Chef Zam dan buburma Ustaz Hashim.

bersama anak-anak Madrasah Hashimiah, Selayang

Program amal ini akan berlangsung di Pasar Fama Stadium Shah Alam pada 3 Julai 2011 bermula jam 7 pagi hingga ke 11.30 tengahari. Muslim Aid mengalu-alukan sukarelawan untuk turut serta serta para dermawan untuk menyumbang bagi menjayakan program 3F ini. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Nadhirah atau Farihah atau Marliyana) atau email di support@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, March 4, 2011

Kelas Kulinari Untuk Ibu Tunggal


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Ramiza Synergy dan Silverspoon International College akan mengadakan kelas kulinari untuk warga ibu tunggal. Program ini akan dijalankan di Silverspoon International College dibawah bimbingan selebriti chef, iaitu chef Zam. Program ini memberi peluang kepada warga ibu tunggal untuk mempelajari cara-cara membuat kek dan pastry. Mereka juga akan didedahkan dengan kaedah marketing yang sesuai secara online dan offline. Dengan ini secara tidak langsung kaum ibu tunggal dapat menambah pendapatan sampingan untuk menyara keluarga mereka. Sejak minggu lepas, ramai ibu tunggal dan suri rumah telah menelefon pejabat Muslim Aid dan Ramiza Synergy untuk menyertai program tersebut. Program kulinari ini telah mendaat liputan di Harian Metro dan Kosmo.

Muslim Aid kini masih memerlukan sumbangan dana bagi menampung kos engkel kulinari ini. Pada dermawan yang punya rezeki lebih amat dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu kaum ibu tunggal mempelajari kelas kulinari ini secara percuma. Kos kesuluruhan yang diperlukan untuk setiap kelas ialah antara RM10 ribu hingga RM20 ribu yang akan merangkumi kos bahan mentah, peralatan, tempat tinggal dan kelas marketing.

Pada yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Slip bank diemailkan ke mail@muslimaidasia.com bersama

Nama penuh:
Alamat:
No tel:
Jumlah:

Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...