Projek "Jom Pi Sekolah" anjuran Kindness Malaysia dengan kerjasama NGO (Sahabat Uwais), Jabatan Kerajaan (JPJ Negeri Kedah), serta Syarikat Swasta (DFZ Agency Sdn.Bhd & C-Seena Trading (G-Nius) hari ini telah berjalan dengan jayanya.
Projek yang mensasarkan seramai 32 orang penerima yang tergolong daripada pelajar miskin, anak yatim dari pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India sekitar daerah ini dijalankan di Pasaraya Mydin Alor Setar bermula jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 12.00 tgh hari.
semua bersedia untuk membeli belah |
keperluan penting diperoleh dahulu |
semua dengan pembelian masing-masing |
Kindness Malaysia bersama rakan agensi dan NGO |
Program yang julung kali diadakan ini mendapat respond yang cukup baik dari semua pihak terutamanya penyumbang dan orang ramai. Adalah diharapkan agar kebaikkan dapat terus dikongsi dan disebarkan demi memastikan ianya subur dalam hati-hati setiap dari kita.
Let's make Malaysia kind again.
Aiman Mustapha
Projek Koordinator (Kindness Kedah)
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment