Pasukan merupakan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan secara sinergenik untuk menghasilkan prestasi sesuatu kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian. Konsep berpasukan ini kami bawakan di dalam Program Explorace kami baru-baru ini dengan membawa sedikit kelainan iaitu berkonsepkan nilai-nilai kebaikan.
Program explorace kali ini melibatkan penyertaan pasukan daripada para pelajar tajaan yayasan terkemuka di Malaysia. Seramai 60 orang pelajar dalam lingkungan usia 13 tahun sehingga 17 tahun mengikuti proram ini. Explorace ini berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2017 iaitu pada hari Ahad baru-baru ini.
Taklimat kepada sukarelawan
Program dimulakan seawal jam 12.00 tengahari di mana para sukarelawan diberi taklimat untuk menjaga checkpoint masing-masing. Ada juga sukarelawan yang ditugaskan sebagai runner dan fasalitator untuk setiap kumpulan. Sukarelawan turut diingatkan supaya bersedia dari segi mental dan fizikal kerana cuaca pada petang itu agak panas. Seramai 25 orang sukarelawan Kindness Malaysia dan tiga orang sukarelawan dari Aeno Malaysia terlibat untuk program ini.
Sukarelawan Kindness Malaysia di checkpoint masing-masing
Fokus pada perbincangan dalam kumpulan
Pada jam 2.00 petang, para pelajar mula tiba di lokasi taman. Para pelajar diminta berkumpul untuk mendengar taklimat daripada fasalitator dan pengasas Kindness Malaysia. Mereka dibahagikan kepada 6 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang. Mereka seakan tidak sabar dan cukup bersemangat untuk memulakan explorace.
Para pelajar mula bergerak ke checkpoint masing-masing
Kumpulan "Thuderbirds" hebat dengan gaya tersediri
Salah satu lakonan melakukan kebaikan
Selain itu, ada juga tugasan di mana mereka perlu melakonkan watak-watak berbuat baik dan gambar tersebut perlu disertakan caption menarik dan perlu disebarkan di media sosial. Pemenang untuk tugasan tersebut dikira berdasarkan like, komen dan perkongsian terbanyak.
Antara tugasan di checkpoint 5
Salah satu tugasan di mana mereka perlu melakukan apa jua bentuk kebaikan kepada orang yang tidak dikenali. Tugasan ini agak menarik dan mereka kelihatan seronok apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Reaksi negatif mahupun positif yang mereka terima, perlu dikongsi selepas menyelesaikan tugasan tersebut dan markah dikira berdasarkan kreativiti masing-masing semasa melakukan kebaikan tersebut. Cabaran ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada kesukaran hidup dan keberanian dalam menyelasaikan sesuatu masalah.
Dua pelajar cuba memujuk penerima
Bagi tugasan pembentangan, para pelajar dapat mempelajari teknik pengucapan yang berkesan dan dapat menilai respon yang diberi oleh pendengar. Modul ini secara amnya memberi pendedahan kepada pelajar untuk merasai sendiri bagaimana pengalaman menjadi seorang guru dan supaya mereka lebih fokus di dalam kelas nanti.
Senyuman adik-adik buat kami genbira
Sukarelawan juga sama-sama berjalan menuju ke tempat berkumpul dan berehat seketika sambil menjamu makanan yang disediakan.
Perkongsian salah seorang pelajar
Di akhir program, sesi perkongsian diadakan sebelum sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Banyak perkongsian daripada pengalaman berguna yang mereka lalui sepanjang program berlangsung. Kegembiraan mereka dikongsi bersama. Ternyata mereka mampu membentuk jati diri masing-masing dan mampu mengawal emosi dalam pelbagai situasi. Pengasas Kindness Malaysia juga sempat menasihatkan mereka supaya melakukan kebaikan sekali dalam sehari.
Kumpulan pemenang bersama sukarelawan
Wakil kumpulan tersenyum gembira menerima hadiah
Terima kasih kepada pihak AENO Malaysia kerana menaja minuman pada petang itu
Sukarelawan bergambar bersama para pelajar
Terima kasih juga kepada para pelajar terlibat dan yayasan yang menaja para pelajar hebat ini. Tidak lupa juga kepada sukarelawan Kindness Malaysia serta semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program explorace ini. Tanpa anda semua, program kebaikan seperti ini pasti tidak dapat direalisasikan dengan jayanya.
Jumpa lagi di Explorace akan datang!!
Erin Ratna
Timbalan Pengerusi 2
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment