Tahun-tahun kebelakangan ini adalah tahun yang cukup berat bagi kehidupan masyarakat secara global impak dari keadaan ekonomi yang tidak menentu. Di Malaysia, kesannya turut terasa kepada masyarakatnya lebih-lebih lagi kepada badan organisasi bukan kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan dan organisasi yang bergerak secara sendiri. Dalam beraktiviti, pengurusan kewangan adalah sangat penting. Suntikan dana yang mencukupi adalah pemangkin utama kepada kelangsungan perjalanan sesebuah organisasi.
Mencari dana bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan sahaja memerlukan usaha yang konsisten malah perlu diiringi usaha yang kreatif. Sehubungan dengan itu, Kindness Malaysia telah mengadakan kelas "Basic 101 on Sponsorship and Fundraising" sebagai pendedahan kepada asas dalam mencari dana. Kelas ini diadakan di Madrasah Hashimiah, Selayang, Kuala Lumpur. Seramai 19 orang sukarelawan mengikuti kelas tersebut yang terdiri daripada 10 orang sukarelawan dari Kindness Malaysia dan 9 orang sukarelawan dari Komuniti Pandan Prihatin termasuk seorang kanak-kanak.
Setiap peserta diberi nota tentang asas mencari dana
Kelas dimulakan selepas Isyak pada jam 9.00 malam. Kelas ini diketuai oleh Encik Muhammad sebagai pengajar pada malam itu. Setiap peserta diberi nota supaya mereka lebih faham dan jelas tentang topik yang akan dibincangkan.
Antara alternatif yang digunapakai oleh Kindness Malaysia untuk mencari dana dipecahkan kepada dua iaitu melalui surat dan menggunakan aplikasi whatsapp. Langkah pertama adalah perlu mengetahui jumlah keperluan dan kos serta mengenalpasti para penyumbang yang berpotensi berdasarkan portfolio mereka. Maklumat penyumbang juga perlu dikemaskini di dalam excel.
Peserta dijelaskan lagi secara mendalam bagaimana membuat surat dengan tepat, ringkas dan intipatinya terus sampai kepada penerima. Tatabahasa dan penggunaan ayat yang betul perlu digunakan semasa membuat surat selain perlu berhati-hati meletakkan nama dan alamat penerima. Ini kerana, ada sesetengah penyumbang amat menitik beratkan hal-hal ini. Dalam erti kata lain, kita letakkan diri kita di tempat penyumbang, dan kita fikirkan wajarkah kita menderma atau sebaliknya setelah meneliti surat tersebut. Surat tersebut boleh dihantar melalui email atau pos dan perlu melakukan tindakan susulan (follow up) dengan penyumbang yang berpotensi berdasarkan rekod yang telah dikemaskini di excel.
Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat dan ledakan inilah yang membawa kita kepada kekerapan penggunaan media sosial seperti Facebook, instagram, twitter dan aplikasi whatsapp. Untuk alternatif kedua cara mencari dana adalah menggunakan aplikasi whatsapp. Sama seperti menggunakan surat, perkara pertama perlu mengenalpasti keperluan dan kos serta group whatsapp yang dirasakan sesuai. Peserta diajar cara yang tepat bagaimana menawan hati penyumbang berpotensi untuk memberi dana tanpa rasa terpaksa. Penggunaan ayat dan lenggok bahasa ketika menyampaikan sebaran carian dana di dalam whatsapp amat dititikberatkan. Peserta juga diingatkan supaya menjaga adab semasa berinteraksi di dalam group whatsapp selain meminta kebenaran dari admin group (pentadbir group) sebelum menghantar pesanan.
Penerangan teliti oleh pengasas Kindness Malaysia
Mana-mana kaedah mencari dana sama ada melalui surat mahupun whatsapp, perlulah dinyatakan jumlah dan bentuk sumbangan yang diperlukan supaya penyumbang mudah untuk memberi maklum balas. Selain itu, perlu juga dinyatakan faedah-faedah yang akan diperolehi oleh para penyumbang sekiranya mereka membuat sumbangan.
Peserta juga dinasihatkan untuk menghantar surat atau ucapan penghargaan di dalam group whatsapp setelah dana diterima selain memaklumkan keberkesanan projek yang telah berjaya dilaksanakan hasil sumbangan penderma. Ini untuk menjamin supaya penyumbang akan terus bekerjasama dengan kita pada masa akan datang.
Peserta yang hadir
Kelas berlangsung dengan tenang dan semua peserta fokus malah bertukar-tukar pendapat dan idea tentang topik yang dibincangkan. Banyak idea yang telah dikongsi dan boleh digunapakai untuk mencari dana. Ternyata, ilmu yang dikongsi ini akan berkembang dan bercambah.
Sukarelawan Kindness Malaysia yang hadir
Kelas berakhir pada jam 11.00 malam. Kami percaya, semua peserta pada malam itu berlapang dada menerima ilmu baru yang diterima. Sebelum pulang, para peserta sempat meraikan ulangtahun kelahiran salah seorang sukarelawan Kindness Malaysia. Di Kindness Malaysia, sememangnya kami menganggap semua sebagai satu keluarga. Selain berkongsi ilmu, kita juga digalakkan berkongsi makanan dan menggembirakan orang lain.
Jamuan hari lahir salah seorang sukarelawan selepas selesai kelas
Selain dua cara yang disebut di atas, sebenarnya banyak lagi cara untuk mencari dana termasuklah hal-hal berkaitan promosi dan hebahan. Banyak aspek dan ruang boleh digunakan untuk mengorek dana. Kelas kami kali ini adalah fokus kepada dua medium tersebut.
Kunci utama untuk membuat orang mahu menyumbang dana adalah keyakinan kita kepada tujuan amal yang kita ingin laksanakan. Jika kita tahu banyak tentang tujuan amal kita, pastinya kita dapat meyakinkan dan mendorong orang lain untuk turut sama menyumbang kepada keberjayaan program yang kita rancang lebih-lebih program-program kebaikan dan yang memberi implikasi positif kepada semua.
Antara amalan orang yang berbahagia adalah yang sentiasa menyediakan dirinya untuk belajar dan mengajar. Kelas sebegini boleh menjadi pemangkin kepada kita mempelbagaikan kemahiran sekaligus bersedia mengatasi apa jua masalah yang timbul dalam sesebuah organisasi selain melakukan penambahbaikan untuk program-program akan datang.
Secara fizikalnya, kehadiran kita cuma sehari semasa mengikuti kelas ini tetapi kesannya adalah untuk jangka masa panjang. Pengetahuan, inspirasi, semangat dan pencerahan tentang ilmu mencari dana ini akan terus tersemat dalam diri kita semua.
Terima kasih Encik Muhammad selaku pengasas Kindness Malaysia yang sudi berkongsi ilmu kepada kami dan tahniah kepada semua yang telah menghadiri kelas tersebut. InshaAllah, banyak lagi kelas-kelas sebegini yang akan dibuka kepada semua pada masa akan datang. Diharap para sukarelawan mendapat manfaat dari kelas yang dihadiri serta dapat membantu hal pengurusan kewangan di mana-mana organisasi yang disertai.
Alhamdulillah, Kindness Malaysia sudah mula dapat permintaan untuk siri kelas lain dari individu dan beberapa buah NGO dan yayasan. Bagi yang berminat untuk kelas seperti ini, boleh email ke support@kindness.my. Tajuk-tajuk akan datang seperti Konsep Kutu Akhirat, Social Media Engagement, Pengurusan Sukarelawan, Pengurusan Projek Kebaikan dan lain-lain bakal dikongsi kelak.
Projek Koordinator
Kindness Malaysia
1 comments:
Halo,
Nama saya Dewi Yudianto, korban penipuan di tangan pemberi pinjaman palsu. Saya ditipu paling banyak Rp74.000.000 karena saya butuh modal besar Rp500.000.000 untuk menyelamatkan bisnis saya. Saya hampir meninggal dan saya tidak punya tempat untuk pergi, bisnis saya hancur dalam proses saya kehilangan anak saya. Aku tidak tahan ini terjadi lagi. Pada bulan November 2017, saya bertemu dengan seorang teman yang mengenalkan saya pada seorang Wanita yang baik; Nyonya Susan yang pada akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di perusahaan. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih Nyonya Susan, Semoga Tuhan terus memberkati Anda. Saya juga suka menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, bahwa ada banyak penipuan di luar sana, jika Anda memerlukan pinjaman dan pinjaman dengan aman hanya mendaftar melalui Mrs Susan melalui
EMAIL: info@myglobalfinancefund.com
SITUS WEB: www.eglobalfinance.com
Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; dewiyudianto51@gmail.com jika Anda ragu. tolong dia satu-satunya orang yang andal dan terpercaya.
Terima kasih.
Post a Comment