Projek Kolaborasi KindnessMalaysia bersama Yayasan Dana Sosial al-Falah (YDSF) dirancang kira-kira empat bulan sebelum perlaksanaannya. Pelbagai cabaran yang ditempuhi untuk melaksanakan projek ini. Ianya melibatkan kesabaran yang tinggi apatah lagi di saat negara kita, Malaysia juga dilanda bencana banjir serta situasi cuaca yang tidak menentu. Alhamdulillah suntikan semangat daripada rakan-rakan sukarelawan Kindness Malaysia yang lain membuatkan kami bersemangat untuk meneruskan misi ke Indonesia. Projek ini mungkin tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan rakan-rakan Kindness Malaysia, pengasas, rakan-rakan donator serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Hari pertama.
Perjalanan bemula seawal jam 8.00
pagi apabila kami perlu berkumpul di KLIA 2 tepat jam 9 pagi. Sengaja kami awalkan
walaupun boarding time pada pukul 11.45 pagi untuk persediaan dan sedikit taklimat
santai.
Kami mulakan dengan Projek Baginda di sekitar KLIA 2 sementara menunggu penerbangan berlepas. Projek ini adalah sempena meraikan Hari Kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Stick madu percuma semasa Projek Baginda di KLIA 2
Kami mulakan dengan Projek Baginda di sekitar KLIA 2 sementara menunggu penerbangan berlepas. Projek ini adalah sempena meraikan Hari Kelahiran nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Penerima tersenyum mendapat stick madu percuma
Penerima dari pelbagai lapisan masyarakat di KLIA 2
Alhamdulillah Projek Baginda berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai dengan penerimaan stick madu yang diberi secara percuma kepada yang bertuah.
Penerbangan yang tertunda lebih
satu jam dan perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit, akhirnya mendarat pada
pukul 3.45 waktu Malaysia iaitu pukul 4.40 petang waktu Indonesia di Juanda
International Airport Indonesia.
Kami dibawa menaiki kenderaan motor terus ke Malang, Indonesia yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan. Pak Agus yang setia menunggu kami sejak jam 12.00 lagi. Apabila ditanya kenapa terlalu awal menunggu jawab Pak Agus tidak mahu terlewat kerana jalan sesak katanya. Terima Kasih Pak Agus.
Pihak YDSF yang menyambut baik kedatangan kami
Kami dibawa menaiki kenderaan motor terus ke Malang, Indonesia yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan. Pak Agus yang setia menunggu kami sejak jam 12.00 lagi. Apabila ditanya kenapa terlalu awal menunggu jawab Pak Agus tidak mahu terlewat kerana jalan sesak katanya. Terima Kasih Pak Agus.
Di Indonesia, pukul 6 sudah mulai
gelap. Setelah berhenti makan, kami meneruskan perjalanan dan tiba di rumah Ibu
Yuli yang bertanggungjawab menjaga kami sepanjang kami berada di Indonesia. Sebelum masuk tidur, kami berehat dan bersembang santai bersama keluarga Ibu Yuli sambil berkenal-kenalan sehingga lewat malam. Jam 3.40 pagi
kami dikejutkan oleh suara azan kerana rumah Ibu Yuli sangat dekat dengan masjid.
Hari kedua.
Melangkahkan kaki di perkarangan
pejabat YDSF membuatkan kami cukup teruja. Kami disambut baik oleh mereka dengan banner kerjasama
Kindness Malaysia bersama YDSF yang sedia terbentang. Ternyata, ini sesuatu yang di luar jangkaan kami. Melangkah kaki ke bilik mesyuarat yang berada di tingkat atas juga membuatkan kami hilang kata-kata kerana
tekejut dan terharu dengan sambutan daripada YDSF. Syukur alhamdulillah dengan kerjasama dan sambutan baik mereka.
YDSF mengalu-alukan kedatangan kami
Kami diberi penerangan tentang
YDSF oleh barisan pengurusan dan daripada Pengarah YDSF sendiri iaitu Pak
Agung Wicaksono atau nama panggilan Pak Awie. Kami juga diberi kesempatan untuk
memberi penerangan tentang Kindness Malaysia dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kami berehat seketika untuk solat zohor sebelum kami dibawa melawat ke Griya Tahfidz Balita
Ahmad Yani.
Griya Tahfidz Balita Ahmad Yani merupakan sebuah tahfiz anak-anak kecil seusia 3 hingga 4 tahun yang mampu
menghafaz Al-Quran. Kami difahamkan anak-anak sekecil
ini mampu menghafaz sehingga ke juzuk 30. MasyaAllah, cukup hebat. Sangat hebat cara didikan ke atas anak-anak ini sehingga mampu melahirkan Hafiz dan Hafizah pada usia
yang masih muda. Kami juga diminta untuk membacakan mana-mana ayat dari juzuk
Al-Quran dan anak-anak di sini akan menyambung terus dari bacaan kami. Cukup hebat pengalaman sebegini.
Bendera Malaysia dan Indonesia siap digantung di depan Pusat Lembaga Amil Zakat
Hari Ketiga.
Kami dibawa ke lokasi Car Free Day (Hari tanpa
kenderaan di Jalan Ijen-Malang). Di sini, kami berpeluang menyediakan gula-gula dan belon percuma kepada para pengunjung cilik. Ada juga "rejection" yang kami terima semasa memberi.
Pada awalnya, pengunjung agak pelik ketika kami melaungkan "belon percuma! "gula-gula percuma!" . Pada fahaman mereka di sini, percuma bermaksud sia-sia mengikut bahasa Indonesia. Jadi, pemberian percuma itu adalah sesuatu yang sia-sia. Oleh itu, kami dinasihatkan menukar laungan percuma itu kepada gratis. Belon gratis! Gula-gula gratis! Derma seikhlasnya! Alhamdulillah, pengunjung menyambut baik dengan senyuman.
Projek Belon dan Gula-gula percuma
Pada awalnya, pengunjung agak pelik ketika kami melaungkan "belon percuma! "gula-gula percuma!" . Pada fahaman mereka di sini, percuma bermaksud sia-sia mengikut bahasa Indonesia. Jadi, pemberian percuma itu adalah sesuatu yang sia-sia. Oleh itu, kami dinasihatkan menukar laungan percuma itu kepada gratis. Belon gratis! Gula-gula gratis! Derma seikhlasnya! Alhamdulillah, pengunjung menyambut baik dengan senyuman.
Sukarelawan yang terlibat
Pelbagai reaksi penerima
Sempat mengutip dana tabung Indonesia
Projek selipar juga sempat kami selitkan sepanjang perjalanan kami. Di Kota Malang ini, terdapat pelbagai masjid yang cantik, besar dan jumlahnya cukup banyak.
Terselit nota kebaikan pada selipar yang akan diagihkan
Pemberian selipar
Setiap masjid yang kami jumpa sepanjang perjalanan akan diberi selipar percuma
Bersama adik-adik dari Lembaga Kesejahteraan Sosial Anak (LKSA) Robbani
Di sini kami diberi penghormatan untuk memotong Nasi Tumpeng, kami sangat teruja dan terharu dengan sambutan yang diberi dan inilah pengalaman pertama kami menerima layanan sebegini. Kami membawa belon, gula-gula, bendera dan pelbagai manisan termasuk vitamin untuk menceriakan adik-adik yang berada di LKSA.
Sesi memotong Nasi Tumpeng
Barangan keperluan asas sedia untuk diagihkan
Menjelajahi setiap pelusuk perkampungan di Kota Malang
Salah seorang penerima yang terdiri daripada warga tua
Selesai Projek Kongsi Rezeki, kami meneruskan misi untuk ke projek anak jalanan. Projek ini dilaksanakan dengan memberi makanan percuma kepada sesiapa sahaja yang kami jumpa di jalanan.
"Makanan ini gratis untukmu sayang"
Peniaga di jalanan juga menerima rezeki percuma dari kami
Inspirasi kebaikan disebar bersama
Bersama penyokong bola sepak Indonesia Aremania
Sebelum pulang, kami sempat makan malam bersama-sama. Ternyata kepuasan terpancar di muka setiap dari sukarelawan walaupun sepanjang hari kami dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menuntut stamina yang tinggi dan perlu berjalan jauh ke satu-satu tempat.
Hari Keempat.
Hari ini kami meneruskan kunjungan ke Batu Secret Zoo. Sebelum ke sana, kami singgah di Pejabat YDSF untuk mengucapkan selamat tinggal. Sememangnya agak keberatan hati kami semua untuk meninggalkan rakan-rakan di sini kerana layanan yang begitu baik dari setiap
warga YDSF. Walau apa pun, semangat mereka tetap kami bawa bersama.
Kunjungan di Batu Secret Zoo menandakan berlangsungnya Projek Seringgit kami. Kami mengalami sedikit kesukaran apabila agak sukar menukarkan matawang rupiah supaya senilai dengan RM1.
Akhirnya kami membuat keputusan untuk
memberikan 4000 rupiah bersamaan Ringgit Malaysia 1.25 sen. Modus operandi projek ini sangat santai dan cukup menarik.
Kami letakkan duit tersebut di sekitar zoo secara tersembunyi dan kami tinggalkan bersama nota kebaikan. Dengan harapan sesiapa yang bertuah yang menjumpai duit tersebut akan teruja dan mendapat manfaat dari duit tersebut.
Kami luangkan masa hampir sehari suntuk di Secret Zoo memandangkan banyak tempat menarik di dalam zoo ini. Tambahan pula, bayaran masuk yang berpatutan sebanyak 96000 Rupiah, bersamaan RM 30.00 untuk seorang. Akibat kesuntukan masa, sememangnya banyak tempat yang tidak berkesempatan untuk kami lawati dan kami pasti akan kembali ke sini lagi.
Projek Seringgit
Duit diselitkan bersama nota kebaikan di pasu bunga
Kami luangkan masa hampir sehari suntuk di Secret Zoo memandangkan banyak tempat menarik di dalam zoo ini. Tambahan pula, bayaran masuk yang berpatutan sebanyak 96000 Rupiah, bersamaan RM 30.00 untuk seorang. Akibat kesuntukan masa, sememangnya banyak tempat yang tidak berkesempatan untuk kami lawati dan kami pasti akan kembali ke sini lagi.
Secret Batu Zoo menyimpan seribu satu kenangan
Setelah selesai menikmati keindahan Batu Secret Zoo, kami pulang ke rumah agak lewat
malam bagi memenuhi setiap keinginan sukarelawan membeli barangan
kiriman dan ole-ole.
Hari Kelima dan terakhir di Kota Malang.
Seawal jam 5.00 pagi, kami sudah bersedia untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda. Setiap perjumpaan pastinya ada
pengakhiran. Kami dengan berat hati terpaksa meninggalkan bumi Indonesia untuk meneruskan
kehidupan harian kami di Malaysia. Banyak pengalaman berharga yang kami perolehi sepanjang lima hari berkampung di bumi bertuah Malang.
Terima kasih warga YDSF
Jutaan terima kasih kami kepada
keluarga Pak Didik, Ibu Yuli dan Embah Uti kerana menerima kehadiran kami sebagai
ahli keluarga serta melayan pelbagai karenah kami selain melengkapi projek-projek kebaikan Kindness Malaysia yang kami rancang.
Sukarelawan bersiap sedia untuk berangkat pulang
Penerbangan pulang kami diiringi
kumpulan Jemaah Umrah yang ingin ke Mekah dan Madinah. Alhamdulillah inilah
pertama kalinya kami berada dalam penerbangan bersama-sama para Jemaah yang ingin mengerjakan ibadah ke
tanah suci. Jauh di sudut hati, kami panjatkan doa, semoga suatu hari nanti kami pula akan dipanggil untuk mengerjakan Umrah dan
Haji bersama-sama.
Duit lebihan hasil kutipan para sukarelawan, kami serahkan semuanya kepada salah seorang ahli jemaah haji yang kebetulan juga dari Malang, Indonesia. "Gunalah untuk apa saja, belanja kawan-kawan minum, makan atau apa sahaja, semoga dengan
sumbangan ikhlas ini dapatlah kiranya mendoakan kami,' sapa salah seorang sukarelawan kami. Si penerima sempat mendoakan Kindness Malaysia
dimurahkan rezeki untuk terus melakukan aktiviti-aktiviti kebaikan.
Setinggi-tinggi penghargaan untuk
Yayasan Dana Al-Falah (YDSF) atas kerjasama yang baik serta pengajaran bermakna sepanjang bersama-sama menjayakan projek kebaikan di Indonesia. Didoakan semoga YDSF terus berjaya di lapangan masing-masing dan kerjasama erat bersama Kindness Malaysia akan terus terjalin pada masa-masa akan datang. Bagi pihak Kindness Malaysia dan para sukarelawan yang mengikuti projek lima hari di Kota Malang memohon maaf di atas segala kekurangan sepanjang prorgam di sana.
Tidak lupa juga penghargaan buat pengasas Kindness Malaysia, En Muhammmad Bin Kamarul Azizi yang memberi kepercayaan untuk kami melaksanakan projek ini. Salam sayang juga untuk
rakan-rakan sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
menyediakan segala persiapan walaupun ada permintaan di saat-saat akhir. Anda tahu
siapa anda. Semoga Allah dapat membalasnya.
Malaysia Indonesia kekal bersaudara! Semoga kebaikan terus tercemar merentasi pelbagai benua!
Noridah Binti Abd Rahman
Projek Koordinator
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment