Khamis 24.12.2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1437.
Alhamdulillah, cantik sungguh permandangan pagi ini. Selawat dan Salam bergema memuji Rasulullah SAW, kekasih Allah. Hari ini sangat bermakna bagi kami. Terasa seronoknya lain macam.
Projek Baginda adalah projek tahunan daripada team Kindness Malaysia. Dan kami dari team Kindness Pahang tidak terkecuali untuk melaksanakan projek yang bagi kami sangat istimewa ini.
Kenapa ye sangat istimewa? Sangat istimewa adalah kerana idola kita, Nabi Muhammad SAW adalah idola kebaikan terhebat sepanjang zaman. Sepatutnya setiap daripada kita harus memperingati segala kebaikan baginda dan menjadikannya sumber inspirasi untuk kita menyebarkan juga kebaikan sesama manusia.
Projek Baginda ini telah diadakan di Kuantan, Pahang di Persekitaran Malay Town, Stadium Darul Makmur dan Masjid Tepian Putra bermula pada pukul 10 pagi. Tempat perjumpaan dan berkumpul adalah di restoran D'Osiss. Terima kasih kepada pemilik restoran yang turut sama menaja air untuk para sukarelawan kami.
pemberian kismis kepada orang ramai |
pelbagai reaksi yang diterima daripada orang ramai |
Pada Projek Baginda ini, kami mengedarkan 1000 pek kismis kepada orang ramai di sekitar Kuantan Square dan Stadium Darul Makmur pada sebelah pagi. Manakala 100 pek yasin dan tasbih diedarkan kepada para jemaah di Masjid Tepian Putra selepas solat zohor.Alhamdulillah, projek berjalan lancar dan kami sangat teruja walaupun jumlah sukarelawan yang terlibat hanyalah 10 orang.
Reaksi penerima juga berbeza beza sepertimana projek projek lain. Ada yang teruja, suka, terkejut malah tidak terkecuali yang menganggap kami adalah penjual barangan. Ketika proses pemberian kismis, bermacam perasaan juga yang dirasa oleh para sukarelawan ini. Tetapi apabila dikenang semula, ianya menjadi pengalaman yang paling bermakna bagi mereka. Walaupun kadang tersinggung kerana ada juga yang baru pertama kali, tetapi tetap senyum apabila bercerita ringkas tentang pengalaman memberi.
pekerja am juga turut menerima sumbangan kismis |
Apa yang pasti, senyuman penerima membuatkan sukarelawan ini tidak rasa kepenatan walaupun sanggup berjalan di bawah terik mentari semata-mata ingin berkongsi nikmat kebaikan ini. Sesuatu yang sukar digambarkan. Pengalaman sangat mengajar apa itu erti kepuasan.
Tanpa diduga dan tidak pernah terlintas difikiran apabila ada sekeluarga telah datang kepada kami dengan sejumlah air kocak yang sedap. "Kenapa beri kepada kami?!" Spontan. Itu soalan pertama yang keluar dari saya. Bila mengingatkan semula peristiwa itu membuatkan saya ketawa seorang diri. "Ini amanah seseorang dari kejauhan dan dia ingin belanja kakak dan abang yang berbuat kebaikan ni. Jika kakak dan abang gembirakan orang lain, dia juga ingin gembira pula abang dan kakak ini" itu jawapan nya. Oh! Alangkah nikmatnya ketika itu. Rezeki sedang berbalik kepada kami. Menunjukkan betapa ajaibnya kebaikan. Terima kasih kepada adik yang baik hati ini.
barisan sukarelawan Kindness Pahang |
Selesai pemberian kismis, kami edarkan pula pek yasin dan tasbih kepada jemaah Masjid Tepian Putra. Projek berakhir pada pukul 2.30 petang dengan 1001 pengalaman kegembiraan yang hanya dilalui oleh sukarelawan sendiri. Sangat banyak senyuman indah yang terukir menyebabkan kami makin bersemangat dalam kerja-kerja kebaikan ini.
Semoga selepas ini semakin ramai yang mendapat inspirasi dan meluaskan kuasa kebaikan sesama insan. Kalau ada sumur di ladang, bolehlah kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang bolehlah kita buat Projek Baginda lagi!!
Ashira Abu Bakar
Projek Koordinator
Kindness Pahang
0 comments:
Post a Comment