About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, October 25, 2015

Sambungan MakeOver Pakcik Jamil Oleh Kindness Malaysia


Kami di Kindness Malaysia kembali mencari Pakcik Jamil untuk follow up tentang penyakit kulitnya. Pada mulanya kami cuba mencari Pakcik Jamil di tempat tidurnya, tetapi Pakcik Jamil tidak kelihatan. Kami berjalan sekitar Plaza GM dan kemudian bertemu dengannya sedang beratur di tepi 7 Eleven untuk mendapatkan makanan percuma. Kami bertanyakan khabar Pakcik Jamil dan beliau agak gembira apabila dapat berjumpa dengan kami. Kami tanya adakah Pakcik Jamil masih lapar, katanya beliau masih lapar. Kami pun bawakan Pakcik Jamil ke sebuah restoran masakan melayu dan Pakcik Jamil berkata beliau teringin makan sup daging. Kami pun terus order sup daging dan makan malam bersama Pakcik Jamil.


tempat tidur Pakcik Jamil sudah ada orang lain yang tidur di situ

Rupanya Pakcik Jamil sedang makan ditepi jalan

Doktor yang memeriksa penyakit kulit Pakcik Jamil
 Kali ini salah seorang sukarelawan yang juga doktor pakar kulit dari Wangsa Maju turut serta sekali untuk melihat sendiri penyakit kulit yang dihadapi oleh Pakcik Jamil. Menurut doktor tersebut, penyakit kulit dipercayai adalah jenis psoriasis. Ia bukanlah penyakit kulit yang kronik dan dapat diubati sekiranya Pakcik Jamil dapat menjaga kebersihan diri dengan betul.


krim pelembab

ubat makan yang berharga RM20 sebiji
Kami terus ke farmasi berhadapan dengan restoran tersebut dan membeli satu pil makan dan satu lagi ubat sapu. Pil ini dimakan seminggu sekali. Terkejut juga melihat pil ini yang harganya RM20 sebiji. Mujur beli sebiji sahaja. Minggu depan kita atur lain. Krim pelembab dan juga ubat makan diberikan kepada Pakcik Jamil.

Selesai makan ubat, kami tunjukkan Pakcik Jamil cara menggunakan krim pelembab. Kami pesan Pakcik Jamil untuk menggunakannya selepas mandi. Tapi seperti yang disebutkan tadi, dimana tempat yang sesuai untuk Pakcik Jamil mandi? Sebelum pulang ke tempat tidur Pakcik Jamil, sempat juga beli sehelai lagi baju kemeja dan juga sepasang seluar. 

Pakcik Jamil makan ubat

Pakcik Jamil memilih kemeja baru
Pertemuan kali kedua ini jelas sekali menunjukkan Pakcik Jamil rindukan anak-anaknya. Setiap kali jumpa dengan anak kecil, sudah pasti Pakcik Jamil akan mengusik mereka.

bergambar bersama Pakcik Jamil

Cabaran sekarang ialah untuk memastikan Pakcik Jamil dapat mandi sekurang-kurangnya sehari sekali bagi menjaga kebersihan dirinya. InsyaAllah minggu hadapan kita akan rancang plan seterusnya untuk Pakcik Jamil. Terima kasih kepada anda yang telah menaja ubat dan pakaian untuk pertemuan kali kedua dengan Pakcik Jamil.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...