About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, October 15, 2015

Projek Makeover Bersama Gelandangan dari Chow Kit



Alhamdulillah, selesai sudah Projek MakeOver dengan Pakcik Jamil. Pakcik Jamil merupakan gelandangan yang tidur di sekitar Chow Kit. Kami bawakkan Pakcik Jamil beli pakaian seperti baju, seluar dan kasut, kemudian makan tengahari, gunting rambut, beli ubat dan beli keperluan kebersihan diri.

Pakcik Jamil ini sudah bertahun-tahun tinggal di Chow Kit dan mempunyai isteri dan anak. Namun kini tinggal berseorangan kerana anak dan isterinya sudah tinggalkannya. Pakcik Jamil mempunyai masalah pendengaran dan tutur bahasanya pula sedikit sukar difahami. Beliau juga mempunyai masalah kulit yang perlu rawatan daripada doktor.

sesi mencari kasut

kita cuba seluar pula

kedai makan pilihan Pakcik Jamil

pakcik Jamil menjamu nasi kari ikan dengan teh o ais

Orang ramai pasti menyangka yang Pakcik Jamil ini seorang yang kurang siuman, kerana kesukarannya berkomunikasi. Apa yang kami sangat terharu ialah Pakcik Jamil memilih gerai yang biasa sahaja, walaupun kami beri kebebasan untuk beliau pilih lokasi nak beli pakaian dan makan. Masa nak beli pakaian pun, kami ingin belikan 5 helai baju, tapi beliau kata sehelai pun sudah cukup.

Kedai makan yang dipilih pun cuma gerai ditepi jalan. Sebelum kami pulang ke tempat tidur Pakcik Jamil di Chow Kit, kami sempat bawa Pakcik Jamil jalan-jalan naik kereta pusing sekitar KL. Pakcik Jamil teruja dapat naik kereta. Katanya pertama kali Pakcik naik kereta selepas lebih 15 tahun.

gunting rambut pula

dah handsome lepas gunting rambut

pilih ubat untuk sakit kulit

bergambar bersama Pakcik Jamil

Masa nak pulang, kami tahu Pakcik Jamil nampak sedih, walaupun beliau cuba sorok dengan senyuman yang tidak pernah lekang. InsyaAllah kami akan merancang untuk plan seterusnya, mungkin cuba dapatkan pekerjaan untuk Pakcik Jamil supaya beliau boleh berdiri dengan sendiri.

Kami di Kindness Malaysia​ ingin ucapkan terima kasih kepada para penaja serta sukarelawan yang terlibat dengan Projek Makeover kali ini :)

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...