About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, October 16, 2015

Projek Kelas Muzik Jalanan Kindness Malaysia


Projek Kelas Muzik Jalanan
Lokasi: Sekitar Jalan TAR, Chow Kit, Kuala Lumpur
Masa: 10-11 malam

“Have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.” – Steve Jobs

Buat julung kalinya, tanggal 13 Oktober 2015, bertempat di hadapan CIMB Jalan TAR, Kuala Lumpur, pihak Kindness Malaysia menganjurkan kelas muzik jalanan yang telah dihadiri oleh seramai lebih kurang 15 orang anak-anak “Youth of Chow Kit”, sukarelawan-sukarelawan Kindness Malaysia dan turut menampilkan Maryam daripada Nona Manis. Program ini di insipirasikan dengan objektif untuk menerapkan asas instrumen muzik, iaitu gitar kepada anak-anak Chow Kit yang tidak pernah berkesempatan untuk mendapat pendidikan muzik secara formal. Ianya juga dengan harapan untuk memupuk minat mereka terhadap aktiviti seni seperti muzik, seni lukisan, dan puisi. Selain itu, ianya diharap dapat mengukuhkan jalinan persahabatan antara Kindness Malaysia dengan anak-anak Chow Kit disamping merancang untuk aktiviti-aktiviti dan program-program seterusnya bersama mereka.

Sukarelawan Kindness Malaysia tiba di lokasi sekitar pukul 9.30 malam. Setibanya di lokasi, hujan lebat turun mencurah-curah, membuatkan pihak kami berasa bimbang akan ketidakhadiran anak-anak tersebut. Keputusan diambil untuk mengalihkan lokasi kelas di kawasan yang lebih teduh dan jauh sedikit daripada para gelendangan lain supaya tidak menggangu tidur mereka.  Sekitar setengah jam kemudian, kelihatan seorang demi seorang anak-anak ini datang dan bertegur sapa dengan para sukarelawan. Apa yang mengkagumkan kami adalah, walaupon mereka basah-kuyup ditimpa hujan dan baru sahaja pulang dari kerja (kebanyakan dari mereka bekerja sebagai pekerja am dsbg.nya) namun itu tidak sedikit pon mematahkan semangat mereka untuk sama-sama belajar dan mengikuti kelas ini. Ini menambahkan rasa hormat kami kepada mereka.

hujan lebat tidak menghalang anak-anak Chow Kit untuk datang turut serta

gigih dengan nota yang disediakan

asas menggunakan gitar

Setelah sedikit briefing dan kata-kata aluan diberi oleh sukarelawan, kelas dimulakan dengan memberi tunjuk ajar mengenai komponen-komponen gitar dan fungsi-fungsinya. Seterusnya ‘hand-out’ atau salinan nota muzik diberikan kepada anak-anak untuk mereka belajar dan memahami serta mengenal notasi atau kod gitar. Mereka diajar mengenai kod-kod asas yang membentuk sesebuah muzik dan melodi. Sesi pembelajaran adalah secara hands-on dimana mereka diberikan gitar untuk mencuba. Namun terdapat kekangan dimana jumlah gitar tidak mencukupi sehingga mereka terpaksa berkongsi untuk belajar. Mungkin di sesi lain, pihak kami dapat mencari penaja untuk membeli gitar dan aksesori lain untuk memudahkan anak-anak belajar. Melalui pemerhatian yang dijalankan, anak-anak ini jelasnya berbakat didalam bidang seni. Ada diantara mereka yang agak mahir dan ada antara mereka yang masih beginner. Namun yang menyentuh hati adalah, ada daripada mereka yang selama ni amat teringin untuk belajar bermain gitar, namun mungkin tidak dapat atas pelbagai faktor. Kami berkesempatan berkenalan dengan Yunn, salah seorang daripada anak Chow Kit ini. Beliau sangat berbakat didalam nyanyian dan penulisan puisi. Kami berasakan bakat seperti beliau amatlah sayang jika tidak diketengahkan.  Ternyata terpancar wajah-wajah kegembiraan di riak wajah anak-anak ini, dapat bersama-sama belajar mengenai muzik dan instrumen.

ukulele juga digunakan

sesi praktikal

dengan bimbingan sukarelawan

kegembiraan mereka senyuman kami
Setelah lebih kurang sejam pembelajaran berlangsung, programi diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai bersama anak-anak Chow Kit. Lagu Man Bai “ Kau Ilhamku” dipilih untuk bernyanyi bersama sama di ketuai oleh Maryam Nona Manis.  Lagu ini dipilih kerana mempunyai maksud yang mendalam, diharap dapat memberi ilham kepada anak-anak Chow Kit ini untuk meneruskan kehidupan.  Program diakhiri dengan acara perkongsian pengalaman sesama anak-anak Chow Kit. Kami tidak menyangka program ad-hoc seperti ini dapat membawa erti yang mendalam kepada mereka  dan meminta pihak kami mengajurkan sesi lanjutan untuk kelas ini. (dan seterusnya upacara wajib, iaitu makan nasi lemak Kg. Baru yang panas dan sedap didalam kesejukan hujan).

selesai sesi belajar gitar, kita makan dulu!

semua yang terlibat
Secara personal, penulis sangat berasa teruja dan terharu diatas sambutan yang diberikan, serta diatas pertolongan oleh sukarelawan yang lain untuk menjayakan program ini. Ini merupakan salah satu impian penulis yang selama ini ingin melihat dan mengajar ilmu yang sedikit ini kepada anak-anak yang tidak berkesempatan. Penulis berasakan bahawa mereka layak untuk diajar bakat atau kemahiran untuk digunakan kelak dimasa hadapan. 

Harapan penulis agar bakat dan kemahiran mereka tidak disia-siakan. Penulis juga amat terharu dengan layanan mesra yang diberi oleh anak-anak ini. Mereka bukanlah seperti yang diprejudiskan oleh media-media mainstream. Mereka sangat ramah, responsif dan terbuka dengan segala usaha untuk meningkatkan kualiti diri mereka. Semoga Tuhan merahmati mereka dan kita semua.

Kredit gambar oleh Khairil Anwar.

Hafeez Nazri
Projek Koordinator
Kindness Malaysia
15 Oktober 2015.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...