About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Booking.com

Saturday, February 26, 2011

Pasukan Futsal Pelarian Rohingya Klang

Genap dua minggu sahaja lagi dari pertandingan Futsal Amal Antara Rumah Kebajikan seluruh Selangor dan Kuala Lumpur anjuran Badan Amal Siti Khadijah (BKSK). Kita mendekati pula lagi sebuah pasukan bawah tajaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) iaitu pasukan futsal pelarian Rohingya Klang. Pasukan bawah 17 tahun ini diuruskan oleh salah seorang sukarelawan Muslim Aid iaitu Azim dari Universiti Malaya. Tahun ini adalah kali pertama mereka menyertai pertandingan futsal dan harapan mereka agar boleh sampai ke peringkat separuh akhir.Pertandingan futsal kali ini lebih meriah dimana Muslim Aid akan membawa 9 pasukan futsal iaitu...

Friday, February 25, 2011

Membuat Playdough Bersama Anak-anak Yatim

Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF) Tarikh: 24 Feb 2011 Masa: 3pmSemalam salah seorang sukarelewan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), cik Nazihah telah mengendalikan kelas membuat playdough (tanah liat berwarna) bersama anak-anak ASDAF. Ramai yang tidak tahu playdough (platesin) ini dibuat daripada tepung gandum, sehinggakan ada anak ASDAF yang menyangka playdough dibuat daripada tanah liat yang diwarnakan!Cara untuk membuat playdough ini agak mudah dan murah. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:1- tepung gandum (2 cawan)2- garam halus (1 cawan)3- air suam panas (1 cawan)4- minyak masak (2 sudu)5- pewarna makanan (cecair)Pertama...

Tuesday, February 22, 2011

Jersi Futsal Pasukan ASDAF

Hari ini pasukan futsal ASDAF sudah menerima tajaan jersi dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Muslim Aid telah menjadi penaja utama pasukan futsal ASDAF sejak dari tahun 2009 lagi apabila pertandingan Futsal Amal Anak Yatim seluruh Selangor dan Kuala Lumpur anjuran Badan Amal Siti Khadijah mula diperkenalkan. Bagi tahun 2011, pertandingan futsal amal ini kembali dan akan berlangsung pada 12 Mac 2011 di Futsal Frenzy, Shah Alam. Rumah-rumah kebajikan seluruh Selangor dan Kuala Lumpur akan menyertai pertandingan futsal ini tidak kira agama dan bangsa.pasukan ASDAF lelaki bawah 15 tahunlatihan untuk penjaga goalASDAF mensasarkan...

Friday, February 18, 2011

Muslim Aid di NTV7, Utusan Malaysia dan Radio KLFM

Alhamdulillah, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) mendapat liputan dari tiga media utama yang telah menyiarkan program-program yang akan dijalankan oleh Muslim Aid. Seawal jam 7.30 pagi semalam (17 Februari 2011), saya bergegas ke Sri Pentas untuk sesi temubual di rancangan NTV7 Breakfast Show bersama Chef Zam dan Puan Haizah (Pengerusi PITI) dengan hos rancangan Nas, dan Joanne De Rozario. Temubual kali ini memfokuskan kepada program kulinari untuk ibu tunggal dimana kerjasama Muslim Aid dan Silverspoon International College akan memberi peluang kepada golongan ibu tunggal mempelajari cara-cara untuk memasak, packaging (pembungkusan)...

Tuesday, February 15, 2011

Haflah Maulidur Rasul di Rumah Gemilang, Sik Kedah

Lokasi: Rumah Gemilang, Sik KedahTarikh: 14 Februari 2011Program: Haflah Maulidur RasulSempena hari Maulidur Rasul yang jatuh pada 14 Februari tahun ini, saya ke Kedah untuk sambutan Maulidur Rasul bersama anak-anak yatim dan miskin di Rumah Gemilang anjuran bersama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok. Rumah anak yatim yang terletak di Sik ini mempunyai lebih 80 orang penghuni. Nasyid, pentomin telah dipersembahkan oleh anak-anak Rumah Gemilang dan juga anak-anak Rumah Gemilang.persembahan nasyid dari anak-anak Rumah Gemilangpasar mini anak yatimruang kedai yang bersih dan teraturpelajar-pelajar MRSM Merbok bersama anak-anak yatim Rumah GemilangUstaz...

Wednesday, February 9, 2011

Bermula Kelas Tusyen di ASDAF

Kelas tusyen di ASDAF sudah bermula. Kelas tusyen diadakan setiap hari kecuali pada hari Rabu, Khamis dan Sabtu. Kelas tusyen ini akan memfokuskan kepada kelas-kelas peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM. Hampir separuh dari guru-guru yang akan mengajar di ASDAF merupakan sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Kelas tusyen ini bermula jam 8 malam hingga 10 malam. Kelas prep pula pada jam 3 petang hingga 5 petang dimana sukarelawan akan membantu anak-anak ASDAF untuk membuat kerja-kerja sekolah.anak-anak ASDAF bersama sumbangan majalah Solusibelajar membacabelajar menulis biarpun sudah tingkatan satuSaya dipertanggunjawab...

Monday, February 7, 2011

Bantuan Makanan dan Sanitari Untuk Mangsa Banjir di Pagoh, Johor

Lokasi: Pagoh, JohorTarikh: 6 Feb 2011Alhamdulillah sumbangan untuk mangsa banjir di Pagoh, Johor sudah disampaikan dengan jayanya. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Ramiza Synergy telah menghantar bantuan food aid Qurban For Life dan juga comfort aid seperti tuala wanita, lampin bayi, pisau cukur dan sebagainya. Bantuan sebegini sememangnya amat diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir ini dan sumbangan dalam bentuk comfort aid ini amat kurang diberikan.bantuan dihantar dengan pertolongan dari pihak tenteramerentas ke kawasan banjir dengan menaiki botbersama mangsa banjirKami sempat meninjau kawasan yang telah...

Saturday, February 5, 2011

Persediaan Untuk Bantuan Banjir Johor

Keadaan banjir di Johor semakin pulih, namun begitu masih ramai yang berada di pusat bantuan banjir kerana masih belum bersedia untuk pulang ke rumah. Saya mendapat panggilan dari salah seorang rakan mengatakan mereka perlukan sukarelawan untuk membantu agihkan makanan tengahari dan makan malam bagi mangsa-mangsa banjir di Pagoh. Rakan saya ini merupakan anak kepada pemilik restoren D'Tandoor yang mempunyai beberapa buah cawangan di Kuala Lumpur termasuk di Menara Kuala Lumpur yang akan menaja makanan-makanan tersebut untuk mangsa-mangsa banjir.Saya sempat menghubungi beberapa orang sukarelawan untuk turut serta dan mula menwar-warkan bantuan...

Pages 381234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...