About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, November 2, 2010

Kursus Toyota Production System


Lokasi: Perodua Rawang
Tarikh: 26 - 27 Oktober 2010
Kursus: Membudayakan Toyota Production System (TPS)

Bulan lepas saya telah dijemput untuk menyertai kursus TPS di Perodua Rawang. TPS ini merupakan suatu kaedah pengurusan pembuatan yang telah diasaskan oleh Toyota di Jepun. Saya tertarik dengan sistem TPS ini, bukan sahaja boleh digunakan untuk industri pembuatan, tetapi juga boleh diaplikasikan untuk pengurusan'management' di dalam pejabat, juga untuk pengurusan di rumah atau diri sendiri.

TPS ini mementingkan bukan sahaja kepada kualiti output, tetapi juga kepada pembangunan modal insan seperti motto yang digunakan oleh Perodua iaitu Build Car, People First. Dengan adanya pembangunan modal insan, setiap pekerja atau individu akan menyemai motivasi dalam diri untuk melakukan sesuatu perkara sehabis baik dengan niat dan matlamat yang betul.

Kursus yang saya hadiri ini unik kerana penceramahnya, Cikgu Abdullah dari Alfa Jujitsu Sdn Bhd telah menggaulkan konsep TPS dengan elemen islamik membuatkan sistem TPS ini kebanyakannya hampir dengan kebanyakan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah.

InsyaAllah pihak Muslim Aid sendiri akan bersama dengan Cikgu Abdullah untuk adakan kursus-kursus yang melibatkan TPS yang mensasarkan NGO-NGO tempatan juga pengurusan rumah kebajikan di masa akan datang. Peluang kursus TPS ini juga akan dibuka kepada orang ramai sekiranya permintaan menggalakkan. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya sendiri di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...