Lokasi: Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: 10 Jun 2010
Hari ini anak-anak ASDAF berpeluang ke Teluk Kemang, Port Dickson untuk berkelah sempena dengan cuti sekolah selama dua minggu. Anak-anak ASDAF sudah bersiap seawal jam 8 pagi, dan bertolak ke Port Dickson jam 8.30 pagi. Kami tiba di sana dalam jam 10 dan terus ke muzium Tentera Darat. Muzium Tentera Darat ini agak unik dan memberi informasi yang bagus tentang sejarah pahlawan dan perajurit negara kita.
Jam 11 lebih, kami terus bertolak ke Teluk Kemang dan kelihatan tidak ramai pengunjung. Mungkin kerana bukan hari minggu. Seperti yang diketahui, anak-anak ASDAF ini merupakan dari komuniti orang asli dan kebanyakan daripada mereka tidak pernah berkelah di pantai. Tercuit hati saya apabila salah seorang daripada anak ASDAF ini berkata, abg mat, kenapa air laut ini masin sangat? Ini menunjukkan mereka tidak pernah ke pantai dan hanya biasa dengan sungai dan jeram yang berasaskan air tawar.
InsyaAllah esok mereka akan pulang ke kampung halaman untuk menyambung cuti yang berbaki seminggu. Apabila buka sekolah, pihak dari Muslim Aid akan merancang untuk mengadakan kem motivasi dan jati diri yang akan melibatkan warga pelarian dari Rohingya dan Myanmar Muslim. Pada yang berminat untuk menyumbang dari segi kewangan atau tenaga, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment