Lokasi: Rumah Titian Kaseh
Tarikh: 21 Jun 2010
Program: Bengkel Menjahit untuk Ibu Tunggal dan OKU
Alhamdulillah, sebuah lagi program pembangunan ummah dapat dijalankan di Rumah Titian Kaseh (RTK) untuk golongan ibu tunggal dan OKU, iaitu bengkel menjahit anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan peruntukan telah diberikan oleh Baitulmal Wilayah Persekutuan. Bengkel menjahit ini bermula dengan 10 orang ibu tunggal dan OKU dari sekitar KL dan dari RTK sendiri. Bengkel menjahit ini dijalankan selama 3 bulan dan kini sudah masuk bulan yang pertama.
Dengan adanya program sebegini, golongan ibu tunggal dan OKU ini dapat menjana pendapatan sendiri. Perancangan Muslim Aid selepas bengkel menjahit ini ialah untuk mengajar pula teknik pemasaran bermula di KL. Pada yang ingin menyumbang kepada program pembangunan ummah sebegini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau melalui akaun CIMB: 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Setiap sumbangan akan diberi pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009)
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment