
Kelas Bahasa Inggeris untuk pelarian Somalia sudah masuk minggu kedua yang merupakan anjuran bersama
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan UNHCR. Yusuf Glanfield yang merupakan sukarelawan
Muslim Aid menjadi guru kepada pelajar-pelajar komuniti Somalia. Kelas di adakan di Gombak dan mempunyai sebanyak 20 orang pelajar. Bro Yusuf merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman mengajar di beberapa buah negara. Kelebihan ini digunakan untuk mengajar komuniti Somalia ini agar dapat mahir berbahasa Inggeris dalam tempoh tiga bulan.
Cikgu Yusuf Glanfield tekun mengajar
pelajar-pelajar dari komuniti pelarian Somalia
silibus yang digunakan untuk kelas Bahasa Inggeris
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment