About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, December 28, 2009

Fasihah Dapat Tawaran Ke Asrama Perepat


Hari Sabtu lepas saya bersama keluarga Kak Norehan ke Asrama Baitul Hasanah atau lebih dikenali sebagai Asrama Perepat di Klang, Selangor. Asramat Perepat ini dibawah Lembaga Zakat Selangor yang menempatkan anak-anak asnaf yang terpilih dari segi pencapaian akademik. Asrama Perepat ini boleh menempatkan hampir 300 pelajar dan sesi 2010 ini adalah pengambilan yang pertama.

Matlamat utama asrama ini adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak ASNAF untuk menggunakan kemudahan asrama yang lengkap serta sistem yang teratur bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Asrama Baitul Hasanah

Pelukan terakhir sebelum meninggalkan Kak Norehan dan Abg Zul

di dalam asrama

bersama Fasihah dengan kalendar 2010 Muslim Aid


Saya turut rasa bangga apabila Fasihah yang juga salah seorang anak murid saya sejak saya di UIA juga terpilih untuk ke Asrama Perepat ini. Semoga Fasihah berjaya dalam pelajarannya, insyaAllah.

Butiran keluarga Kak Norehan di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, December 24, 2009

20 Anak Rohingya Selamat di Khatan


Alhamdulillah, program berkhatan untuk anak-anak yatim dan miskin Rohingya sudah selamat dijalankan di Poliklinik Zainee, Jln Sg Tua Batu Caves. 20 anak-anak kecil ini telah dikhatan dengan selamat. Proses berkhatan dijalankan sendiri oleh Dr Zainee, iaitu pemilik Poklinik Zainee. Program bermula jam 9 pagi dan selesai jam 9 malam. Menurut Dr Zainee, proses khatan akan mengambil masa 30 minit dan kebanyakan anak Rohingya ini berdisiplin dan mudah untuk dikhatankan.

Turut hadir di program berkhatan ialah pengurus pembangunan projek Muslim Aid iaitu En Muhammad dan En Amir yang juga dari Muslim Aid. Ustaz Hashim dan beberapa cikgu dari Madrasah Hashimiah juga turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak Rohingya. Program berkhatan ini akan menjadi program tahunan dan akan dirancang bagi tahun hadapan.

makan dulu sebelum khatan

proses berkhatan

di bilik berkhatan

lebih banyak gambar di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, December 21, 2009

Anak-anak Rohingya bersedia untuk Khatan!

dari belakang: Shajhan (6), Nurdin (6), Ismail (4), Ramzan (7), Sharukh (5), Tauhid (10), Hasan (5)
dari depan: Anam (6), Zabair (4), Ismail (4), Nasim (4), Ali (5)

Hari ini saya berkesempatan untuk sambung perbincangan dengan Ustaz Hashim (pengetua Rumah Anak Yatim Rohingya) tentang program akan datang yang akan dijalankan dengan kerjasama dari UNHCR. Pada masa yang sama, tarikh untuk anak-anak ini berkhatan sudah confirm pada 23 Disember 2009 bersamaan hari Rabu jam 2 petang. Ustaz Hashim sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma yang telah menyalurkan sumbangan melalui Muslim Aid untuk program berkhatan ini. 20 orang anak yatim dan miskin Rohingya telah terpilih dari umur 2 tahun hingga ke 10 tahun. Program berkhatan ini akan dijalankan di Poliklinik Zainee di Kg Laksamana, Jln Sg Tua, Batu Caves.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Alhamdulillah, bermula tahun 2010, jawatan saya di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia(Muslim Aid) akan beralih dari 'fundraising and marketing manager' ke 'programme development manager'. InsyaAllah Muslim Aid akan menerima seorang staf baru yang akan mengambil tempat saya sebagai pengurus pengumpulan dana dan pemasaran. Kali ini saya boleh fokus lebih kepada aktiviti-aktiviti kebajikan dan pembangunan ummah. Pada asalnya, sememangnya saya lebih cenderung kepada ground work disamping membuat promosi dan juga fundraising. Dengan langkah Muslim Aid mewujudkan bahagian programme development ini, maka lebih mudah bagi saya untuk merancang dan mewujudkan lebih banyak program untuk membantu mereka yang memerlukan. Kerja-kerja untuk fundraising akan diserahkan kepada staf baru yang akan masuk kelak.

Semoga dengan tahun baru 1431H bersamaan dengan 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk saya berkhidmat di Muslim Aid. Saya harap doa semua agar saya kuat dan tabah dalam usaha yang saya ceburi ini, insyaAllah.

doa awal dan akhir tahun di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, December 16, 2009

Ramli Sarip, Pyan Habib dan Kalendar Muslim Aid


Ramli Sarip dan Pyan Habib baru-baru ini telah membantu Muslim Aid untuk menjualkan kalendar 2010 di Puisi Riong Berita Harian pada 11 Disember 2009 yang lepas. Banyak juga kalendar 2010 telah berjaya dijual. Hasil jualan kalendar Muslim Aid ini akan disalurkan untuk aktiviti-aktiviti Muslim Aid bagi tahun 2010.

Pyan Habib mempromosikan kalendar Muslim Aid

Ramli Sarip dan Pyan Habib

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, December 15, 2009

Anak-anak Pelarian Rohingya akan Berkhatan


Saya menerima panggilan dari Ustaz Hashim menyatakan hasratnya untuk mengadakan program berkhatan untuk anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya di Madrasahnya. InsyaAllah sebelum hujung bulan ini akan berlangsung program berkhatan. 20 anak-anak Rohingya akan berkhatan yagn berumur antara 4 hingga ke 7 tahun. Menurut Ustaz Hashim, kos untuk berkhatan ialah RM100 seorang.

Pada yang ingin menaja anak-anak yatim Rohingya ini untuk berkhatan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau hubungi saya di 012-3377195. Yang ingin memberi sokongan kepada anak-anak ini juga dialu-alukan. InsyaAllah saya akan update tarikh program berkhatan tersebut.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, December 6, 2009

Kitchen Garden: Tanam Anak Pokok

Hari ini saya bersama staff Muslim Aid, Amir dan Mira bersama dua lagi sukarelawan Lela dan Tira menanam anak pokok di Kitchen Garden ASDAF. Antara pokok yang telah ditanam ialah anak pokok limau purut, limau lemon, limau kasturi dan juga anak pokok beri. Benih yang ditanam ialah betik. Anak pokok beri ini didapati di Pasar Tani Shah Alam. Anak pokoknya agak besar dan sudah mula mengeluarkan buah. Disebab harganya agak murah (RM15 sebuah anak pokok), saya pun membelinya untuk cuba ditanam di Kitchen Garden ASDAF.


pokok beri yang baru ditanam

buah beri

Amir menanam anak pokok purut

Mira dan Tira bekerja keras

Pada kebiasaannya, anak pokok limau purut ini mempunyai dua jenis. Pertama yang ditanam melalui biji, dan satu lagi tumbuh melalui batang. Menurut peniaga yang menjual anak pokok ini, yang tumbuh melalui biji ini lebih mahal dan pokoknya boleh tahan lama lebih dari 3 atau 4 tahun. Manakala yang tumbuh melalui batang, hannya boleh hidup antara setahun hingga 2 tahun. Harganya kurang berbeza, dari biji bernilai RM16 dan batang pula RM8 sahaja.

Projek akan datang, saya telah merancang untuk menanam pokok-pokok herbs seperti pudina dan oregano.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, December 4, 2009

Study Visit ke Madrasah Hashimiah


Petang tadi saya ke Madrasah Anak Yatim Rohingya di Selayang untuk berjumpa dengan Ustaz Hashim, iaitu pengetua kepada madrasah tersebut. Kali ini saya datang untuk mendapatkan maklumat-maklumat terperinci tentang pengurusan madrasah yang menempatkan anak-anak yatim Rohingya ini.

anak-anak Rohingya bersama Ustaz Hashim

Maklumat-maklumat yang saya peroleh ini akan digunakan untuk menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan peruntukan dari UNCHR bagi membiayai pendidikan anak-anak Rohingya ini. Madrasah Hashimiah ini akan di 'adopt' oleh Muslim Aid bagi bidang pendidikan. Sebelum ini rangkaian Muslim Aid di seluruh dunia sudah mengambil beberapa buah sekolah angkat di Palestin, Bangladesh, Myanmar dan juga di Indonesia.

Harapan kali ini agar permohonan ini diluluskan oleh pihak UNHCR agar dapat memberi pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak pelarian Rohingya ini.

p/s Ustaz Hashim ucapkan terima kasih yang amat kepada penderma yang telah menyumbang melalui Muslim Aid. Sebelum ini Muslim Aid ada memberi sumbangan ubat-ubatan serta vitamin C kepada anak-anak Rohingya ini dan alhamdulillah ramai yang telah memanfaatnya:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, December 3, 2009

Kalendar Muslim Aid 2010!


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mengeluarkan kalendar 2010 yang juga dimuatkan bersama dengan waktu solat (Kuala Lumpur) dan juga grafik digital ayat-ayat Tayyibah. Kutipan dari jualan setiap kalender (30cm x 45cm) yang berharga RM 15.00 ini akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia untuk membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan pertolongan khususnya di Malaysia disamping mengurangkan penderitaan saudara seagama kita diseluruh dunia.

bahagian dalam kalendar

bahagian belakang kalendar

Pada yang ingin mendapatkan kalendar Muslim Aid ini, boleh emailkan atau fax nama penuh, nombor telefon dan alamat beserta dengan slip pembayaran bank. Pembayaran boleh dilakukan terus ke akaun Muslim Aid.

akaun CIMB: 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Email: mail@muslimaidasia.com
Fax: 03-22881966

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, November 30, 2009

Isu Pelarian yang Tiada Kesudahan



Alhamdulillah selesai program Qurban For Life bagi tahun 1430H/2009. Dalam beberapa buah majalah telah mengeluarkan beberapa artikel menarik tentang pelarian Rohingya. Saya sendiri mula mengenali tentang pelarian Rohingya ini sejak dibangku sekolah lagi tetapi tidak jelas dengan apa itu warga Rohingya dan apakah kaitannya dengan kita. Kita sering diwar-warkan dengan penindasan saudara kita di Palestin dan alhamdulillah ramai telah menyumbang untuk bantuan misi kemanusiaan di sana. Namun begitu adakah kita sedar bahawa saudara kita yakni warga Rohingya ini juga antara yang amat teruk ditindas oleh kerajaan Junta, Myanmar?

Warga Rohingya ini berasal dari Utara Rakhine State di sebelah barat Myanmar dimana hampir 80% adalah bangsa Rohingya sendiri. Sejak kerajaan tentera Junta mengambil alih takluk pemerintahan Myanmar, golongan Rohingya ini telah dinafikan hak sebagai warganegara Myanmar. Di Myanmar, golongan Rohingya ini menjadi mangsa diskriminasi dan dinafikan dari hak asasi manusia. Mereka dibunuh, dirogol, perampasan harta dan tanah, ditarik hak untuk beragama dan dihalau keluar dari negara Myanmar. Kebanyakan kezaliman yang timbul dari kerajaan Junta ini berpunca dari anutan agama yang berbeza iaitu Islam dimana pemerintahan Junta adalah dari agama Buddha.

Selayang, antara kawasan yang mempunyai ramai pelarian dari Myanmar

Pada tahun 1991, penghapusan etnik berlaku secara besar-besaran dan lebih suku juta telah melarikan diri ke Bangladesh dan lebih kurang 14,000 telah ke Malaysia. Dari tahun ke tahun, sejumlah kumpulan warga Rohingya telah berterusan masuk ke Malaysia sebagai pelarian. Kebanyakan pelarian ini tinggal di sekitar Kuala Lumpur iaitu sebanyak 60% dan kebanyakannya di kawasan bandar yang lain seperti di Butterworth, Pulau Pinang sebanyak 18%. Disebabkan keadaan yang mendesak, mereka tinggal di rumah kos rendah, atau dipinggiran kota dimana taraf kehidupan adalah rendah. Di Kuala Lumpur, mereka lebih tertumpu di Ampang, Cheras, Sentul dan Selayang.

Pekerjaan mereka di Malaysia lebih tertumpu di pasar borong. Contohnya seperti di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Selangor. Ada juga yang bekerja di ladang-ladang kepala sawit, di pembinaan dan di restoren. Disebabkan mereka tidak mempunyai dokumen identiti yang sah, mereka sering menjadi mangsa individu tertentu yang mengambil kesempatan ke atas mereka.

pendidikan merupakan perkara asas untuk membantu warga pelarian ini

Didalam bidang pendidikan, warga Rohingya di Malaysia tidak dapat menikmati kemudahan belajar seperti rakyat tempatan. Namun begitu terdapat juga warga Rohingya yang telah menubuhkan madrasah seperti madrasah Hashimiah di Selayang untuk memberi peluang kepada anak-anak Rohingya ini belajar walaupun pengurusan madrasah biasanya akan menghadapi kesulitan untuk menampung pelajar-pelajarnya yang hampir kesemuanya dari keluarga yang tinggal dibawah paras kemiskinan.

Bagi isu kesihatan pula, untuk mendapatkan perkhidmatan doktor adalah begitu sukar sekali kerana mereka tidak mampu untuk menampung kos rawatan dan ubat-ubatan. Dari 21 orang wanita Rohingya, separuh daripada mereka terpaksa melahirkan anak di rumah. Bukan sahaja mereka tidak mampu, tetapi disebabkan mereka adalah pelarian, maka dokumen pengenalan diri ini menjadi penghalang untuk mereka mendapatkan perkhidmatan rawatan yang baik.

Dalam pertemuan bersama warga Rohingya ini, mereka juga menyimpan harapan mungkin satu hari dapat pulang ke kampung halaman di Myanmar. Namun begitu hampir mustahil untuk pulang selagi diperintah oleh kerajaan tentera Junta. Mereka kini di Malaysia untuk mencari perlindungan dan cuba untuk terus hidup menyara keluarga mereka. Mereka juga inginkan kemudahan pendidikan untuk anak-anak mereka dan juga kemudahan kesihatan agar mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan.

(sebahagian sumber dipetik dari UNCHR Malaysia)

pelarian dari kaca mata UNHCR di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, November 26, 2009

Simposium Pelarian Rohingya bersama UNHCR


Semalam berlangsungnya sebuah simposium berkenaan Pelarian Rohingya bersama UNHCR dan juga NGO-NGO tempatan. Alhamdulillah beberapa cadangan dan idea telah dapat dihasilkan dan pembentangan tentang kertas kerja dan proposal akan diadakan seawal bulan Disember ini.

bersama Allen wakil dari UNHCR

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, November 24, 2009

Qurban For Life di Astro Awani



Alhamdulillah hari ini Astro Awani telah memberi peluang kepada Muslim Aid untuk menwar-warkan program Qurban For Life melalui rancangan Awani Pagi.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, November 22, 2009

Kembali dengan Kitchen Garden


Hari ini saya bersama keluarga berkesempatan untuk melawat anak-anak ASDAF yang masih di asrama untuk peperiksaan SPM. Saya ke tapak My Kitchen Garden dan dapati kawasannya sudah diluaskan. Ini adalah usaha Pak Karim, salah seorang warden di ASDAF yang telah membina pagar kitchen garden ini. Katanya, masa cuti sekolah ini, bolehlah tanam lagi pokok-pokok serta sayuran di kitchen garden ini. Tanah dah subur kembali kerana hampir setiap hari hujan. Selepas ini, saya ingin dapatkan anak-anak pokok untuk ditanam di sini. Pada pembaca blog ini, kiranya anda juga boleh turut serta untuk hidupkan kembali projek My Kitchen Garden ini dengan menyumbang anak-anak pokok. Anak-anak pokok yang dikenalpasti untuk ditanam seperti anak pokok betik, limau purut, limau kasturi dan pokok-pokok lain yang dapat hidup lama.


cili dari My Kitchen Garden

pangkin yang dibina menggunakan buluh

pagar baru My Kitchen Garden

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, November 16, 2009

Pertama Kali ke Rumah Penawar


Sebelum ke Rumah Siraman Kasih, saya bersama Yus dari Perimu sempat menziarah sebuah rumah yang menempatkan bekas-bekas penagih dadah dan HIV iaitu Rumah Penawar. Rumah Penawar yang terletak di Ijok ini menempatkan hampir 40 orang bekas penagih. Misi kali ini adalah untuk mengagihkan daging qurban Q4L di sini.

pondok-pondok untuk penghuni yang lebih 9 bulan di Rumah Penawar

Yus berbincang sesuatu bersama sukarelawan Rumah Penawar

kolam ikan untuk self sustained

Sebelum ini saya pernah ke sebuah pusat serenti di Kedah. Tapi Rumah Penawar ini mempunyai kelainan dari segi pendekatan dan kaedah untuk memulihkan golongan penagih. Malahan bagi individu yang dimasukkan ke Rumah Penawar adalah percuma. Jumlah produk yang gagal di Rumah Penawar amat kurang sekali kerana program yang dijalankan adalah berterusan walaupun bekas penagih ini sudah berkahwin.

Pendekatan yang digunakan di sini lebih kepada tarbiah kerohanian, antaranya setiap individu yang masuk perlu berzikir 70,000 kali untuk tempoh 40 hari. Kemudian diteruskan dengan pengisian-pengisian rohani yang lain. Saya sempat juga makan tengahari dengan mereka. Mereka makan dalam talam nasi berlaukkan ikan masin dan jantung pisang, suatu juadah yang istimewa buat mereka.

makan dalam talam bersama-sama


bersama penghuni Rumah Penawar

tempat tidur yang bersambung dengan surau

bersama sukarelawan Rumah Penawar dengan daging qurban Q4L

Saya merancang untuk kembali ziarah ke Rumah Penawar ini. Banyak yang boleh dipelajari tentang kerohanian dan keikhlasan diri.

Muhammad bin Kamarulazizi

Daging Q4L untuk Rumah Siraman Kasih


Hari ini saya berkesempatan untuk ziarah Rumah Siraman Kasih yang terletak di Rawang. Rumah anak yatim dan miskin ini menempatkan hampir 50 orang anak-anak yatim dan miskin di sekitar Rawang. Umur mereka antara 7 hingga ke 12 tahun dan kesemuanya adalah lelaki. Setibanya kami di sana, mereka terus menyambut dengan nasyid dan silat pulut. Terharu sungguh saya bersama Yus dari Perimu. Rumah ini antara yang dipilih untuk diberikan daging qurban Q4L. Ustaz Azhar yang merupakan pengetua mereka telah mendidik mereka dengan baik. Untuk cuti sekolah nanti, Ustaz Azhar sudah mempunyai beberapa program untuk anak-anak Rumah Siraman Kasih. Pada sukarelawan yang berminat, boleh hubungi Ustaz Azhar di 016-2364405.

Ustaz Azhar menyambut didepan pintu Rumah Siraman Kasih


anak-anak Rumah Siraman Kasih bersama tin Q4L

rajin anak-anak nih

bersama ustaz Azhar dan anak-anak Rumah Siraman Kasih

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, November 15, 2009

Kek dan Pizza di ASDAF


Selepas promosi Qurban For Life (Q4L) di Pasar Tani Melawati, saya terus ke ASDAF bersama isteri dan anak. Kali ini seorang kawan kepada isteri saya iaitu cik Azura telah datang bersama rakan-rakannya dengan membawa kek dan pizza untuk anak-anak ASDAF. Cik Azura telah bercadang untuk datang ke ASDAF setiap bulan dengan kek homemade yang telah dibuatnya sendiri untuk menyambut kelahiran anak-anak ASDAF setiap bulan. Pizza yang telah dibawa oleh rakannya juga adalah homemade dan tidak sampai 15 minit semua makanan telah dihabiskan. Kehadiran cik Azura dan rakan-rakannya sedikit sebanyak telah menggembirakan anak-anak ASDAF yang akan pulang ke kampung pada minggu hadapan sempena cuti sekolah.

kek homemade dari cik Azura

pizza homemade!


Cik Azura dan rakan-rakan bersama anak-anak ASDAF

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...