About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, December 21, 2009

Anak-anak Rohingya bersedia untuk Khatan!

dari belakang: Shajhan (6), Nurdin (6), Ismail (4), Ramzan (7), Sharukh (5), Tauhid (10), Hasan (5)
dari depan: Anam (6), Zabair (4), Ismail (4), Nasim (4), Ali (5)

Hari ini saya berkesempatan untuk sambung perbincangan dengan Ustaz Hashim (pengetua Rumah Anak Yatim Rohingya) tentang program akan datang yang akan dijalankan dengan kerjasama dari UNHCR. Pada masa yang sama, tarikh untuk anak-anak ini berkhatan sudah confirm pada 23 Disember 2009 bersamaan hari Rabu jam 2 petang. Ustaz Hashim sekali lagi mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penderma yang telah menyalurkan sumbangan melalui Muslim Aid untuk program berkhatan ini. 20 orang anak yatim dan miskin Rohingya telah terpilih dari umur 2 tahun hingga ke 10 tahun. Program berkhatan ini akan dijalankan di Poliklinik Zainee di Kg Laksamana, Jln Sg Tua, Batu Caves.

Muhammad bin Kamarulazizi

2 comments:

salam. wahh, tmpt berkhatan tu..dekat dgn rumah sy tu..hehe.. tarikh berkhatan pun jatuh pd besday adek bongsu sy... ;)

oo yekee...
jemput datang skali kasi semangat kat anak2 nih!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...