About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, December 31, 2008

Bantuan Kemanusiaan Gaza



Dengan 3 hari serangan udara yang berterusan telah menyebabkan mengorbankan lebih 380 rakyat palestin dan telah mencederakan lebih daripada 1700 orang. Pengeboman udara ini telah menyebabkan kematian ramai wanita dan kanak-kanak, juga memusnahkan hospital dan gudang bekalan ubat-ubatan. 19 bulan sekatan Gaza sudah menyebabkan kekurangan bekalan ubatan untuk merawat mangsa-mangsa dan telah diketahui, kebanyakan hospital telah kehabisan bekalan ubatan.

Sekatan Gaza ini telah memaksa lebih 1.5 juta rakyat Palestin untuk bergantung kepada bantuan organisasi kemanusiaan. Kebanyakan organisasi kemanusiaan antarabangsa telah bertungkus lumus untuk membekalkan bantuan makanan, ubat-ubatan dan bekalan air bersih kepada masyarakat Palestin yang kian menderita ini.

Rangkaian Muslim Aid telah bekerja keras menghantar bantuan-bantuan asas seperti makanan berkhasiat, peralatan sekolah, selimut dan ubat-ubatan sejak dari sekatan Gaza beberapa bulan yang lepas. Kini Muslim Aid Asia akan bersama-sama Muslim Aid Australia dengan kerjasama organisasi tempatan Palestin termasuk UNRWA akan berusaha menhantar bantuan-bantuan asas bagi makanan dan ubat-ubatan. Muslim Aid Asia menyeru rakyat Malaysia dan masyarakat dunia untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan ikhlas buat masyarakat Palestin yang sedang hidup dalam penuh penderitaan di negara mereka sendiri.

Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996, 03-2282 1996 (Muhammad). Sumbangan tunai akan disalurkan terus ke Muslim Aid Australia, dan pihak Muslim Aid Australia akan menguruskan sumbangan tersebut dengan bantuan makanan dan ubatan bersama organisasi tempatan di Palestin. 100% sumbangan tunai akan disalurkan untuk masyarakat Palestin.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Muslim Aid Asia di
EON Bank: 0518-11-000311-5 (Muslim Aid Asia Sdn Bhd)
atau
CIMB Bank: 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
Sila pos/faks/emailkan slip pembayaran kepada pejabat Muslim Aid Asia dan nyatakan tujuan sumbangan untuk Bantuan Kemanusiaan Gaza.

Pembayaran online di sini

Muslim Aid Asia
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur
Faks: 032288 1966
Email: mail@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi
muhammad@muslimaidasia.com
Muslim Aid Asia

Tuesday, December 30, 2008

My Kitchen Garden: Cili Padi, Serai dan Kunyit!


Alhamdulillah hari ini Kitchen Garden di ASDAF telah mengeluarkan hasil lagi. Kali ini cili padi dapat dipetik. Saya sempat untuk mendapatkan serai dan juga kunyit hidup!

kunyit hidup

serai

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Monday, December 29, 2008

Ziarah ke Rumah En Zulkifli


Tarikh: 29 Desember 2008
Masa: 5.30pm
Lokasi: Rumah En Zulkifli, Batu 9 1/2, Gombak

Alhamdulillah hari ini saya bersama isteri dan rakan-rakan lama dari UIA, Mubin dan Hadi berkesempatan untuk melawat keluarga En Zul di Gombak. Keluarga En Zul ini merupakan keluarga yang telah saya dan rakan-rakan pilih untuk mengadakan free tuition semasa belajar di UIA dahulu. Kami bersyukur apabila mendapat tahu anak En Zul, Fasihah (nak masuk darjah 3) telah mendapat straight A untuk peperiksaan akhir tahunnya. Minggu depan akan bakal mula sesi persekolahan, semoga anak-anak En Zul dapat belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengubah nasib keluarga di masa hadapan, insyaAllah.

Butiran tentang keluarga Encik Zul
Ahli keluarga: 7 orang
En Zul: Lumpuh separuh badan
Isteri: Kak Norehan (Bekerja sebagai pembantu kedai makan)
Anak 5 orang
Amylia (14 tahun)
Shahira (13 tahun)
Anuar (11 tahun)
Fasihah (9 tahun)
Ain (7 tahun)

Pada yang ingin menyumbang, bolehlah menyumbang dalam bentuk pendidikan seperti buku-buku. Fasihah amat gemar membaca buku, dan tahun lepas sahaja, beliau mendapat anugerah kerana membaca buku paling banyak. Kakak dan abangnya pula di tahap sederhana, dan insyaAllah dengan sumbangan kepada mereka, tahap pendidikan mereka dapat meningkat ke peringkat yang lebih baik. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996.

bersama Ain, Fasihah dan Hadi

Xango, jus manggis yang dipromosikan oleh Mubin

Mubin bersama En Zul

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Sunday, December 28, 2008

Selamat Tinggal 1429H


Bersama kita tanamkan azam baru untuk tahun baru 1430H.

Doa akhir tahun dan awal tahun di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, December 26, 2008

Sehari Sebelum Ihtifal


Seharian suntuk di ASDAF untuk penyediaan majlis Ihtifal. Ihtifal kali ini agak meriah dengan kehadiran pelbagai agensi dan NGO seperti Muslim Aid Asia, Yayasan Salam, Badan Pencegah Rasuah dan Karangkraf. Ibu bapa serta waris anak-anak ASDAF telah tiba hari ini. Kebanyakannya dari Cameron Highland, Raub dan Sg Siput. Waris anak-anak ASDAF ini akan menginap di asrama bersama pelajar-pelajar.

Saya berada di ASDAF sejak pagi untuk menghantar hamper majlis Ihftifal. Dalam perjalanan untuk solat Jumaat, van ASDAF pula rosak, tak mahu start. Mujur boleh jump start, alhamdulillah van dapat gerak dengan lancar.

kehadiran ibu bapa dan waris di ASDAF

bersama salah seorang waris dari Cameron Highland

pelajar baru, Jefri dan Sarah, darjah tiga dan dua

pelajar baru dari Cameron Highland, Faizal

Arin dan Muhammad

sebelum solat Jumaat




Pada yang mempunyai masa terluang esok, jemput sekali datang ke majlis Ihtifal ASDAF di perkarangan ASDAF. Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti jungle tracking, sukaneka dan majlis penyampaian hadiah. Peta untuk ke ASDAF, boleh rujuk di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia


Tuesday, December 23, 2008

Sponsor Hamper Untuk Ihtifal ASDAF


Alhamdulillah, menjelang Ihtifal di ASDAF (27 Desember 2008), Muslim Aid Asia akan menyediakan hadiah hamper untuk ibu bapa serta waris kepada anak-anak ASDAF yang semuanya merupakan masyarakat orang asli. Pihak Muslim Aid Asia mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja hamper. Hasil promosi untuk menaja hamper melalui Yahoo Mesenger saya, alhamdulillah Muslim Aid Asia telah mendapat 15 hamper untuk ditaja. Sebuah hamper bernilai dalam RM30.
Setiap hamper mempuyai sebotol vitamin C, air botol, kismis, pek Koko Crunch, kacang Ngan Yin, biskut Tiger dan coklat. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memberi ketenangan kepada mereka yang telah menaja hamper-hamper ini.

Amir menyediakan barang-barang hamper

Siti, Ida dan Ilham telah menyiapkan hamper

hamper yang telah siap

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Sunday, December 21, 2008

Gotong Royong Kitchen Garden Fasa II


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Desember 2008
Masa: 8.30am

Hari ini saya bersama sukarelawan Muslim Aid Asia telah bersama-sama gotong royong untuk menyiapkan Projek My Kitchen Garden Fasa II di ASDAF. Setelah hasil My Kitchen Garden sebelum ini telah berkali-kali mengeluarkan hasil, kali ini Muslim Aid Asia menanam kembali sayur-sayuran baru sebagai permulaan untuk fasa dua. Sayur yang ditanam kali ini ialah bayam, sawi, limau kasturi dan cili padi. InsyaAllah setiap petang saya akan singgah di ASDAF untuk melihat perkembangan sayur-sayuran di sini. Untuk tahun 2009, Muslim Aid Asia merancang untuk mengembangkan Projek My Kitchen Garden di rumah kebajikan lain yang terpilih!

Muslim Aid Asia mengucapkan terima kasih kepada Faizal dari Petronas yang telah menyumbangkan pokok cili untuk My Kitchen Garden Fasa II ini.

pokok cili disumbangkan oleh Faizal

sukarelawan sarapan dahulu sebelum gotong royong

Ustaz Firdaus wakil dari ASDAF

Faizal bersama pokok-pokok cili

Amir turut hadir

Faizal menanam pokok cili

Eyta dan Powde

p/s pada yang minat untuk bercucuk tanam, mencangkul petang selepas kerja, boleh datang sertai kami:)

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Saturday, December 13, 2008

Ziarah Halim di Hospital Pulau Pinang


Lokasi: Hospital Pulau Pinang
Tarikh: 13hb Desember 2008
Masa: 7.30pm-8.30pm

Sebentar tadi saya berkesempatan untuk melawat seorang rakan sekelas UIA Hospital Pulau Pinang (GH). Halim merupakan pelajar manufacturing engineering UIA, team bola sepak Kraithong dan juga pelajar ex SMAP Labu. Rakan saya telah disahkan mengidap kanser hidung dan kini ditahap ke empat. Kini Halim sudah kali ke dua membuat kemoterapi, dan sudah dua minggu di GH Penang. InsyaAllah dua minggu lagi Halim akan menjalani radiografi, kemungkinan di GH atau di Mount Miriam Hospital yang terletak di Tanjung Bungah. Proses radiografi ini akan dijalankan selama enam minggu, berkemungkinan bermula pada 25 Desember 2008 ini.


Menurut Halim, kini dia mengalami kesukaran untuk makan, kerana tiada selera. dan tekaknya sentiasa berasa loya. Kesan dari kemo menyebabkan Halim terpaksa muntah setiap kali sebelum makan supaya dapat memudahkan dia untuk makan. Halim tidak boleh bau bawang kerana akan membuatkannya rasa loga. Selain dari itu, Halim juga mengalami kesukaran untuk membaca, kerana kesukaran matanya untuk fokus membaca. Katanya, "Nak baca surat khabar bagi habis pun susah". Namun alhamdulillah Halim masih boleh ke surau untuk solat berjemaah.

Kini apa yang pantang, ialah Halim tidak boleh makan makanan seperti sambal belacan. Katanya sambal belacan boleh mengaktifkan kembali kanser hidungnya itu. Kepada rakan-rakan yang ingin melawat Halim, bolehlah datang hujung Desember ini, atau bulan Januari ini. Atau boleh hubungi Halim terus melalui henfon. Halim masih menggunakan no telefon lama 013-4644 ***.


*Video gelap sedikit, kerana ziarah waktu malam, lokasi didepan surau Hospital Pulau Pinang

Sama-sama kita doakan agar Halim Zuki boleh/cepat sembuh, insyaAllah.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
ex manufacturing UIA

Kitchen Garden di Rumah Upaya Daya dan Harapan Ar Rahman (RAUDHAH)


Alhamdulillah, sepanjang cuti seminggu di Pulau Pinang, saya berpeluang untuk bertemu dengan seorang aktivis yang amat dedikasi memperjuangkan pelbagai aspek seperti environtment, masalah gelaja sosial dan sebagainya. Beliau merupakan abang Nizam Masyhar, yang bergiat aktif dengan CAP (Consumer Association Penang), SAM (Sahabat Alam Malaysia) dan PUMPPP (Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang).

RAUDHAH

masih di renovate

Abang Nizam Masyhar sempat berkongsi pengalamannya dengan saya, dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan NGO. Hari ini kami telah ke Rumah Upaya Daya dan Harapan Ar Rahman (RAUDHAH) yang terletak di Tasek Gelugor Pulau Pinang. Rumah ini bakal menempatkan anak-anak muda yang mengalami masalah sosial seperti keruntuhan rumah tangga, penyalahgunaan dadah, seks bebas, penggunaan arak, gam dan sebagainya.

Apa yang saya kagumi, ialah satu pasukan, yang mereka namakan sebagai Unit Gejala Sosial (tak pasti nama penuhnya) yang merangkumi enam hingga sepuluh orang yang akan turun padang untuk melihat sendiri dan membantu remaja dan belia yang bermasalah ini. Hasil dari pada aktiviti ini, maka tertubuhnya RAUDHAH yang akan menjadi tempat untuk remaja dan belia ini mendapatkan bimbingan dan kaunseling. InsyaAllah dalam sebulan atau dua bulan, RAUDHAH ini akan dibuka untuk operasi.


pejabat RAUDHAH

tapak untuk Kitchen Garden

Bagi Muslim Aid Asia pula, kami akan cuba sediakan modul dan pelan untuk melaksanakan Projek Kitchen Garden di Raudhah. Tanahnya yang agak besar ini amat sesuai dijadikan tapak untuk menanam sayur dan buah. Dengan Kitchen Garden ini, insyaAllah dapat dijadikan sebagai income sampingan untuk Raudhah disamping untuk pemakanan seharian.

bersama abang Nizam Mahsyar

Izzat yang turut bersama abang Nizam

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Tuesday, December 9, 2008

Qurban di Batu 17 Padang Rengas Perak

Lokasi: Batu 17, Padang Rengas, Perak
Masa: 9.30 pagi
Tarikh: 8 Disember 2008

Semalam saya berkesempatan untuk bersama saudara mara saya di kampung di Batu 17 Padang Rengas untuk penyembelihan qurban. Empat ekor lembu di qurbankan. Tok saya merupakan person in charge untuk qurban di kampung. Alhamdulillah gotong royong dilaksanakan, dan daging-daging qurban diagihkan kepada jiran tetangga serta golongan miskin di sekitar kampung.

tok, yang mengetuai qurban di kampung

saudara mara turut serta

barisan pelapis


menggali lubang untuk membuang isi perut dan usus lembu

anak-anak muda incharge untuk mengorek lubang

lembu qurban yang sedang di lapah

bahagian perut dan usus lembu

daging dikumpul ke tempat pengagihan

bahagian perut lembu yang akan dibedah untuk membuang isi-isinya

usus dan kulit yang tidak digunakan akan dibuang

Lebih banyak gambar di sini!

p/s Qurban For Life juga kini sedang dijalankan di Australia:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Batu 17, Padang Rengas, Perak


Sunday, December 7, 2008

Muslim Aid Asia: Bantuan Bagi Mangsa Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang

update sehingga 6hb Des 08, jam 11.20pm

Tarikh: 6 Desember 2008
Masa: 11.15pm
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Ulu Klang

Sebentar tadi saya bersama Amir dan juga seorang sukarelawan Muslim Aid Asia iaitu Hadi telah ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang untuk menghantar bantuan dari segi air mineral dan juga roti buat mangsa-mangsa tanah runtuh ini. Banyak NGO lain juga telah tiba untuk bersama menghulur bantuan. Jenis bantuan yang diperlukan di sini ialah seperti logistik, sukarelawan perubatan, sukarelawan yang membantu mangsa yang trauma dan sukarelawan untuk penyediaan makanan.

Hadi dan Amir di bilik operasi

Comfort Aid dari Muslim Aid Asia

di ruangan bekalan makanan


di pintu masuk sekolah

Kepada para sukarelawan Muslim Aid Asia dan juga pembaca blog ini, yang berminat untuk bersama membantu mangsa-mangsa tanah runtuh ini, boleh hubungi Amir (Muslim Aid Asia) di 017-2277 525. Bantuan ini kemungkinan akan diperlukan sehingga Ahad minggu depan.


-Muhammmad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...