About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Saturday, September 27, 2008

Majlis Berbuka Puasa di Rumah Budi Yan Kedah anjuran FMDC


Alhamdulillah, pada 26 September 2008, pihak Fotopages Malaysia Digital Community (FMDC) telah menganjurkan Majlis Iftar bersama anak-anak yatim Rumah Budi di Yan Kedah. Pihak Muslim Aid Asia juga telah dijemput untuk bersama-sama menyampaikan sumbangan untuk rumah tersebut.

Walaupun pada awal perancangan, terdapat sedikit kesulitan, namun hal ini tidak mematahkan semangat team FMDC untuk melaksanakan program iftar ini. Dalam masa 2 minggu, mereka telah berjaya mengumpul lebih dari RM6000 untuk disumbangkan kepada pengurusan anak-anak yatim ini. Sumbangan telah diberikan dalam bentuk bahan mentah serta keperluan asas. Pihak Muslim Aid Asia pula juga telah menyumbang bahan-bahan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya. Daging tin qurban juga telah disampaikan kepada Setiausaha Rumah Budi iaitu Tn Hj Hashim.

Penghargaan buat FMDC dari Muslim Aid Asia

Penghargaan dari pihak Rumah Budi

Pihak Muslim Aid Asia merakamkan ucapan tahniah kepada team FMDC yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program amal ini. InsyaAllah lebih banyak program amal bersama Muslim Aid Asia dan FMDC dapat dirancang di masa hadapan.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Thursday, September 25, 2008

Program Berbuka Puasa Bersama Persatuan Karyawan Malaysia


Tarikh: 24 September 2008
Alhamdulillah, Muslim Aid Asia telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Persatuan Karyawan Malaysia bertempat di Restoren Muhibah Jalan Tar. Majlis ini juga diraikan dengan kehadiran hampir 80 orang warga Chow Kit dan anak-anak terbiar Chow Kit. Banyak persatuan yang telah memberi sumbangan seperti GEMADA (UIA), PJJ Mass Com (UITM) dan sebagainya.








-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Wednesday, September 24, 2008

Iftar Bersama Sukarelawan Muslim Aid Asia


Alhamdulillah, semalam 23 September 2008 selesai iftar bersama sukarelawan Muslim Aid Asia. Hampir 50 orang sukarelawan telah hadir. Kebanyakannya dari UIA, UIA CFS, ada dari, Petronas, Maktab Perguruan dan Riders Malaya Community (RMC). Majlis Iftar ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 6 orang anak ASDAF. Majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sukarelawan-sukarelawan dan staff-staff sepenuh masa Muslim Aid Asia.

sukarelawan Muslim Aid Asia

sukarelawan dari UIA

sukarelawan dari UIA CFS

sukarelawan dari Petronas bersama anak ASDAF

bersama Nizam dari Bandar Tasik Selatan

InsyaAllah selepas raya, Muslim Aid Asia akan mula giat untuk promosikan program Qurban for Life (Q4L). Sukarelawan-sukarelawan ini akan memainkan peranan penting dalam memporomosikan Q4L ke seluruh negara.












banner Qurban for Life

Info lebih lanjut tentang program Q4L ini boleh layari link ini
http://qurbanforlife.blogspot.com/

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran

Muslim Aid Asia


Tuesday, September 23, 2008

Sumbangan untuk Rumah Amal Kasih Bestari


Tarikh: 23 September 2008

Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai, Muslim Aid Asia dapat menghantar sumbangan bahan mentah kepada Rumah Amal Kasih Bestari ini. Berikut adalah butiran mengenai rumah kebajikan ini

Pengetua: Ustaz Hamzah 0162516515
Jumlah pelajar: 30 orang
Alamat: No 1 Jalan Nova, U5/82 Subang Bestari

anak-anak yatim bersama tin qurban Muslim Aid Asia

bersama mereka

Qurban 4 Life!



Barang yang disumbang (atas nasihat Ustaz Hamzah)
Tepung Gandum - 48 paket
Minyak Masak 5kg - 4 botol
Tin Sardin - 10 tin
Cili Kering - 1 Guni

Daging Qurban juga telah diagihkan kepada anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari ini:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-

Muslim Aid Asia

Bantuan ke Madrasah Ar-Rashid, Klang


Tarikh: 22 September 2008
Alhamdulillah, kali ini salah seorang sukarelawan Muslim Aid Asia, Hanif Nordan dari UM telah mengambil inisiatif sendiri untuk membantu Madrasah Ar-Rashid di Klang. Madrasah ini pernah terbakar dua tahun lepas, dan kini pelajar-pelajar hafiz di sini dapat meneruskan kelas seperti biasa. Saya bersama Hanif dan seorang lagi rakan iaitu Hafiz dari Seri Kembangan telah bersama menghantar sumbangan orang ramai ke Madrasah ini. Hasil sumbangan merupakan dari orang ramai di sekitar KL.

Info mengenai Madrasah Ar-Rashid Klang

Pengetua Madrasah - Ust Rashid - 019-2345980
Jumlah pelajar: 80 orang (40 asrama, 40 tinggal di luar)
Staff: 3 orang

Alamat Madrasah
Madrasah Tahfiz Ar-Rasyid
No4, Lot 288, Jln Yadi,
Sg Udang, Klang


bersama sukarelawan Muslim Aid Asia, Hanif Nordan

Hafiz, di pintu masuk Madrasah Ar-Rashid, Klang

bersama anak-anak Hafiz (Tahfiz)

sumbangan daging qurban dalam tin


anak-anak Hafiz bersama daging qurban

Barang-barang yang telah disumbang
100 kg beras
24 Tin susu
24 Kg gula
180 biji telur
20 Kg minyak masak
1 Botol 2 liter Kicap
1 Botol 2 liter Sos Tiram
1 Botol Sos Cili
24 Botol Air Mineral
3 kg Milo
12 Paket kecil Garam

Saya telah mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan daging qurban dalam tin (Q4L) kepada anak-anak tahfiz Madrasah Ar-Rashid ini. Usaha sebegini amat kita perlukan agar lebih ramai dapat menyumbang, dan lebih ramai yang memerlukan mendapat sumbangan/bantuan.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Monday, September 22, 2008

Fast 2 Feed episod 2


Alhamdulillah, Fast 2 Feed episod 2 selamat dijalankan pada 21hb September 2008, dan kali ini lebih ramai penaja hadir untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Asrama Darul Falah (ASDAF). Hampir 40 orang anak-anak yatim dan staff Muslim Aid Asia turut serta untuk program ini. Konsep berbuka sambil menaja anak yatim ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dimana setiap golongan lapisan masyarakat berpeluang untuk menjadi penaja kepada anak-anak yatim ini. InsyaAllah program Fast 2 Feed ini bakal menjadi aktiviti tahunan setiap bulan Ramadhan.

berbuka secara buffet

penaja-penaja anak yatim yang turut serta

pemberian duit raya oleh pengarah Muslim Aid Asia, En Wan Rusli

anak-anak ASDAF

penaja makan bersama anak-anak ASDAF

anak-anak yang gembira


Shima (kiri) dari Sinar Harian turut hadir



lebih banyak gambar di sini


-Muhammad bin Kamarulazizi-

Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Friday, September 19, 2008

Majlis Semarak Seni


Alhamdulillah. Majlis Semarak Seni anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekututan Kuala Lumpur sukses! Empat buah rumah kebajikan telah dijemput untuk memeriahkan majlis ini. Rumah-rumah yg dijemput ialah Asrama Darul Falah (ASDAF), Rumah Hembusan Kasturi Klang, Rumah Limpahan Kasih Puchong dan Persatuan Ibu Tunggal, anak yatim dan OKU Cheras. Antara sponsor-sponsornya pula seperti Muslim Aid Asia, Persatuan Karyawan, Persatuan Seniman, Riders Malaya Community (RMC), Gabungan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang (GEMADA), Maggi, Milo dan Noraini biscuits. Kehadiran beberapa orang seniman seperti Ahmad Idham, Radhi Khalid, serta juga watak Gerak Khas dan AF telah memeriahkan lagi majlis ini.







anak-anak dari Rumah Hembusan Kasturi Klang

anak-anak dari Persatuan Ibu Tunggal, anak yatim dan OKU Cheras

anak-anak dari Rumah Limpahan Kasih Puchong

anak-anak dari Asrama Darul Falah (ASDAF)

Pihak Muslim Aid Asia mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekututan Kuala Lumpur kerana telah bekerja keras dalam menjayakan majlis amal untuk anak yatim ini.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran

Muslim Aid Asia


Thursday, September 18, 2008

Fast 2 Feed episod 1


Alhamdulillah, program Fast 2 Feed berjalan dengan lancar. Kesemua anak-anak ASDAF ditaja berbuka puasa. Program selesai selepas solat sunat tarawih dan moreh. InsyaAllah Fast 2 Feed seterusnya hari ahad ini 21 Ramadhan 1429. Pihak Muslim Aid Asia dan ASDAF mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah menaja anak-anak ASDAF ini berbuka puasa. Moga Allah melipat gandakan pahala anda semua, insyaAllah.



















Amir bersama anak-anak ASDAF

Ju dan Am bersama anak-anak ASDAF

Katerina, Amirul dan Samsa

jom buka puasa...

sukarelawan dan penyumbang

jennora bersama anak-anak ASDAF kali terakhir sebelum ke oversea

arin dan apad, selesai solat witir



-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...