Tarikh: 25-27 Julai 2008
Lokasi: Kampung Nyentil, Sg Koyan, Pahang
Peserta: 30 orang
Hujung minggu lepas, team Muslim Aid Asia bersama ASDAF, Perkim dan beberapa NGO tempatan melawat perkampungan orang asli di Sg Koyan, Raub Pahang. Misi Muslim Aid Asia adalah kesinambungan dari lawatan sebelum ini pada 9-11 May 2008 dan susulan Program Glitters of Tomorrow. Misi Muslim Aid Asia kali ini lebih kepada sosio ekonomi dan taraf pendidikan dan kesihatan masyarakat orang asli.
Kampung Nyentil ini mempunyai penduduk lebih kurang 130 orang. Kesemuanya beragama Islam. Setiap NGO yang mengikuti trip kali ini mempunyai misi yang tersendiri, seperti Perkim dan IOA (Abim) untuk follow up dakwah kepada masyarakat orang2 asli. Team dari Yayasan Salam dan Global Peace Malaysia turut serta dalam ziarah ini.
Kami dari Muslim Aid Asia telah diamanahkan untuk mengedarkan daging2 qurban dalam tin kepada masyarakat miskin orang asli ini, disamping mempelajari tentang 'life' dan 'nature' masyarakat orang asli.
InsyaAllah pada masa akan datang, Muslim Aid Asia akan membuka peluang kepada sukarelawan2 untuk turut serta dalam program bersama masyarakat orang asli ini.
-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia