About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Booking.com

Friday, January 31, 2020

Whatsapp Group Selawat Pembakar Semangat Untuk Berselawat

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ketiga Target Selawat Harian #JadiBaik. Lihat dari progress semalam, ada peningkatan dari hari sebelumnya.  InsyaAllah hari ini bersempena hari Jumaat, kita nak cuba gandakan jumlah selawat. Bermula dengan 10 kali sehari, sehinggalah yang mampu berselawat sebanyak 1000 kali sehari. Kita kongsikan semangat dan beri dorongan kepada yang lain untuk berselawat sekali.  Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim) Dari Anas bin Malik r.a. berkata...

Thursday, January 30, 2020

Sedekah Subuh yang Pasti Tidak Gagal

Dalam usaha untuk jadi baik, bersedekah itu sangat membantu kita. Sudah pasti ramai antara kita yang mempunyai madrasah, rumah kebajikan malah NGO kegemaran yang kita selalu sumbangkan duit. Tetapi bagaimana kita nak maksimakan manfaat sedekah kita? Ini salah satu cara yang dikongsi oleh sukarelawan BeKind Malaysia. Beliau lakukannya dengan melakukan perbankan online schedule transaction setiap minggu ke akaun kebajikan yang disukai. Untuk permulaan beliau meletakkan RM1 dan melakukan 7 transaksi supaya dapat laksanakan sedekah setiap hari dalam satu minggu. Ini bererti beliau akan sedekah setiap hari tanpa gagal! Transaksi akan...

Tuesday, January 14, 2020

Impian untuk Sedekah Makan 1000 Orang Setiap Hari

Tahun 2020 ini, saya letak impian yang agak mustahil. Saya impikan untuk beri makan 1000 orang setiap hari. Idea ini saya dapat dari inspirasi dari salah seorang auliya kegemaran saya iaitu Sheikh Abu Bakar bin Salim yang lahir pada tahun 1513. Amalannya yang sangat bermurah hati dan suka beri makan ini sangat saya kagumi. Bukan setakat itu sahaja, amalan lainnya juga seperti beribadat setiap malam dari Isya hingga Subuh menggunakan wudhu yang sama. Dan beliau telah melakukannya selama 40 tahun. Allahuakbar.  Bukan calang-calang untuk tandingi amalan ulama besar sebegini. Tetapi boleh cuba untuk mula sedikit amalan kebaikan,...

Monday, January 13, 2020

Nasi Lemak Sedap Jana Pendapatan Rumah Perlindungan Al Haq

"Jika kau bukan anak raja juga bukan anak ulama besar, maka menulislah." ~Imam Al-Ghazali Kata-kata terlintas dalam kepala saya. Saya perlu kembali menulis. Bila menulis ini barulah idea boleh datang lagi dengan mencurah. Dalam dunia kebajikan, penulisan itu penting kerana dengan cara inilah inspirasi kebaikan dapat disebarkan kepada lebih ramai orang. Alhamdulillah tahun 2020 bermula, Nasi Lemak Sedap yang dihasilkan Rumah Al Haq juga mula beroperasi sekali lagi. Nasi Lemak Sedap ini adalah satu inisiatif untuk membantu Rumah Al Haq dapatkan dana bagi menampung kos operasi mereka. Nasi Lemak Sedap lengkap dengan telur, kacang, ikan...

Wednesday, January 8, 2020

Amalan dan Ujian yang Menimpa

Sudah beberapa bulan saya dalam proses untuk perbaiki diri supaya jadi baik, jadi lebih baik. Dan pelbagai ujian dan rintangan yang terpaksa saya hadapi. Terus terang tak mudah. Pada peringkat awal saya diijazahkan dengan amalan zikir, memang saya rasa sangat gembira. Siapa tidak gembira bila satu ilmu yang dapat diamalkan itu datang seorang guru ke seorang guru yang bersanad terus hingga ke Rasulullah SAW. Saya mula amalkan perlahan-lahan, dan ketika itu saya sedar ujian mula datang dalam hidup saya. Ya saya mengaku saya ini bukanlah seorang yang sangat baik. Menjadi pengasas kepada Kindness Malaysia itu hanya sebuah platform untuk saya...

Tuesday, January 7, 2020

Minggu Pertama Tahun 2020 di Madrasah Hashimiah

Masuk tahun 2020 ini. Semuanya sudah berubah. Semua baru dari segala aspek. Seolah-olah mula kembali seperti awal-awal dahulu menceburkan diri dalam dunia kebajikan lebih 10 tahun yang lepas. Sekian lama saya tinggal penulisan di blog yang boleh dikatakan kurang popular dengan kehadiran media sosial yang lebih popular kerana live feed dan aktiviti siaran langsung oleh para pengguna. dari sudut content, sebenarnya saya lebih suka di blog, kerana kita terkejar untuk menulis, malah respond atau tindakbalas orang ramai itu tidak datang terus terutama sekali pada komen. Hal ini membantu saya untuk menulis dengan lebih tenang. Dan bila timbul...

Monday, May 13, 2019

Projek TajaMereka anjuran Kindness Malaysia di Madrasah Darul Muttaqin Klang

Project Taja Mereka merupakan satu projek khas oleh Kindness Malaysia yang  hanya dilakukan pada bulan Ramadan untuk berbuka puasa bersama yang melibatkan rumah-rumah pelarian,Tahfiz, rumah-rumah kebajikan, rumah orang OKU penglihatan, Rumah orang tua tua, Sekolah, masjid-masjid dan juga individu yang dikenalpasti. Taja Mereka yang berlangsung pada 11hb Mei Sabtu, bersamaan dengan 6 Ramadan 1440 Hijrah di Madrasah Darul Muttaqin Maa’ Tahfizul Quraan, Taman Sentosa Klang, Selangor. Jumlah tajaan pada mulanya hanya 150orang yang melibatkan 140 orang pelajar tahfiz dan 10 orang guru dan kakitangan, akhirnya meningkat keanggaran...

Pages 381234 »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...