About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label swat valley. Show all posts
Showing posts with label swat valley. Show all posts

Friday, June 19, 2009

Bantuan Muslim Aid di SWAT Valley Pakistan


Berita berkenaan dengan konflik tentera Pakistan dan Taliban kurang mendapat perhatian berbanding dengan isu Gaza baru-baru ini. Belum selesai isu di Gaza, kini dibangkit pula dengan konflik ketenteraan yang telah menyebabkan 100,000 orang pelarian. Konflik ini telah berlaku sejak 2008 dan telah memberi kesan mendalam kepada 6 juta penduduk di kawasan Swat Valley.

Kini Muslim Aid bersama sebuah NGO tempatan Pakistan, Liaqat Tarakai Welfare Trust berusaha untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa pelarian ini. Rangkaian Muslim Aid telah menghantar 300 khemah, 600 tikar, 300 set peralatan masak dapur, 600 jerry cans (bekas air), 400 bungkusan makanan untuk pelarian di AMAN camp. Ambulan dan pusat kesihatan juga telah ditempatkan di AMAN camp dengan kerjasama dari Islamabad Medical and Dental College.

bersama bungkusan makanan

menurut laporan yang diterima, seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan pada 7 May 2009 di AMAN camp

bantuan makanan

kanak-kanak mendapatkan bekalan air menggunakan jerry can


Rangkaian Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyumbang untuk tabung kecemasan Muslim Aid. Semoga sumbangan ini berterusan dan bertambah agar lebih ramai saudara kita yang kurang bernasib baik dapat dibantu, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...