About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label Pewanida. Show all posts
Showing posts with label Pewanida. Show all posts

Wednesday, September 10, 2008

Muslim Aid Asia on Air di Astro Awani

rakaman dari bilik VIP Astro Awani

Alhamdulillah, kali ini Muslim Aid Asia berpeluang untuk on air sekali lagi, dan kali ini di Astro Awani. Terima kasih kepada Siti (staff Muslim Aid Asia) yang telah menguruskan pertemuan Muslim Aid Asia dan Astro Awani.

Temubual atau perbincangan kali ini bertajuk 'Menghulur Bantuan' yang bakal ditayangkan pada 12hb September 2008 jam 10.30 pagi dan ulangan pada 4.30 petang. Yang dijemput juga adalah Presiden Pewanida Puan Sri Datin Saidatul Akmar Rashid. Kami telah ditemubual oleh Dang Suria Zainurdin dan pengacara baru Astro Awani, Zulhelmi. Pewanida merupakan sebuah NGO yang membela nasib-nasib ibu tunggal.


Presiden Pewanida Puan Sri Datin Saidatul Akmar Rashid

Amir, Dang Suria, Anep (sukarelawan Muslim Aid Asia) dan saya

Bersama Zulhelmi, pengacara baru Astro Awani

Harapan kali ini, insyaAllah lebih ramai akan timbul kesedaran untuk bersama-sama Muslim Aid Asia dalam membantu mereka yang memerlukan di Malaysia dan luar negara. Dan insyaAllah Muslim Aid Asia dapat bekerjasama dengan Pewanida dalam membantu ibu-ibu tunggal yang memerlukan.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...