About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, January 31, 2020

Whatsapp Group Selawat Pembakar Semangat Untuk Berselawat



Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ketiga Target Selawat Harian #JadiBaik. Lihat dari progress semalam, ada peningkatan dari hari sebelumnya. 

InsyaAllah hari ini bersempena hari Jumaat, kita nak cuba gandakan jumlah selawat. Bermula dengan 10 kali sehari, sehinggalah yang mampu berselawat sebanyak 1000 kali sehari.

Kita kongsikan semangat dan beri dorongan kepada yang lain untuk berselawat sekali. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” (Hadis Riwayat An-Nasaie)

Ada banyak lagi kelebihan berselawat yang perlu kita rebut. Rugilah jika tak rebut peluang yang sedia ada ini.

Oleh itu, ayuh turut serta. Bagaimana untuk turut serta? Boleh turut serta melalui Whatsapp Group Target Selawat Harian #JadiBaik di https://chat.whatsapp.com/2O1bORooJuz4pegIpINCYD

Muhammad bin Kamarulazizi
Yang Ingin #JadiBaik

Thursday, January 30, 2020

Sedekah Subuh yang Pasti Tidak Gagal



Dalam usaha untuk jadi baik, bersedekah itu sangat membantu kita. Sudah pasti ramai antara kita yang mempunyai madrasah, rumah kebajikan malah NGO kegemaran yang kita selalu sumbangkan duit.

Tetapi bagaimana kita nak maksimakan manfaat sedekah kita? Ini salah satu cara yang dikongsi oleh sukarelawan BeKind Malaysia.

Beliau lakukannya dengan melakukan perbankan online schedule transaction setiap minggu ke akaun kebajikan yang disukai. Untuk permulaan beliau meletakkan RM1 dan melakukan 7 transaksi supaya dapat laksanakan sedekah setiap hari dalam satu minggu.

Ini bererti beliau akan sedekah setiap hari tanpa gagal! Transaksi akan berlaku setiap pagi bererti kita dapat lakukan sedekah Subuh secara automatik. Ini satu usaha #jadibaik yang dikongsi untuk semua yang membaca.

Ada yang bertanya nombor akaun BeKind Malaysia, buat masa ini kami masih dalam proses. InsyaAllah bila dah ada nanti, kami akan kongsikan.

Buat masa ini, jika tiada idea untuk sedekah, boleh masukkan sekali akaun rakan-rakan kebajikan yang memerlukan seperti:

Madrasah Hashimiah Maybank di 562151419729
Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia, Maybank 562405624852

Semoga kita terus berusaha untuk jadi lebih baik.

#jadibaik

Muhammad bin Kamarulazizi
Yang Ingin #JadiBaik

Tuesday, January 14, 2020

Impian untuk Sedekah Makan 1000 Orang Setiap Hari



Tahun 2020 ini, saya letak impian yang agak mustahil. Saya impikan untuk beri makan 1000 orang setiap hari. Idea ini saya dapat dari inspirasi dari salah seorang auliya kegemaran saya iaitu Sheikh Abu Bakar bin Salim yang lahir pada tahun 1513.

Amalannya yang sangat bermurah hati dan suka beri makan ini sangat saya kagumi. Bukan setakat itu sahaja, amalan lainnya juga seperti beribadat setiap malam dari Isya hingga Subuh menggunakan wudhu yang sama. Dan beliau telah melakukannya selama 40 tahun. Allahuakbar. 

Bukan calang-calang untuk tandingi amalan ulama besar sebegini. Tetapi boleh cuba untuk mula sedikit amalan kebaikan, amalan ibadah supaya perlahan-lahan jadi baik seperti mereka.

makam Sheikh Abu Bakar bin Salim di Yaman



Di rumah Sheikh Abu Bakar bin Salim dimana beliau buatkan roti setiap hari bersama pembantunya

Sebelum ini saya cuba untuk istiqomah beri makan setiap hari, tetapi ada sahaja hari yang saya tak berjaya lakukan. Tahun ini perlu mula balik dan alhamdulillah dengan adanya Nasi Lemak Sedap, harapannya perancangan ini dapat jadi realiti.

Saya bersyukur bila ada kawan-kawan yang turut bersama menyumbang untuk sedekahkan Nasi Lemak Sedap. Jika nak harap kepada saya seorang, tidak mampu bagi saya untuk beli 1000 pek Nasi Lemak Setiap hari.

Kos boleh menjangkau RM30,000 sebulan. Tapi insprasi dari Sheikh Abu Bakar Salim ini dapat direalisasikan jika ramai yang bersama-sama membantu untuk capai angka seribu.

Ada pengunjung yang datang menyatakan hasrat untuk sedekahkan Nasi Lemak Sedap kepada orang ramai

Nasi Lemak Sedap yang lengkap dengan ikan bilis, kacang, telur dan sambal asing berharga hanya RM1

Bukan sahaja dapat beri pendapatan kepada Rumah Perlindungan Al Haq, tetapi dapat beri orang ramai makan lagi-lagi golongan miskin bandar dan juga asnaf.

Tiga buah sekolah rendah juga telah dipilih untuk terima sarapan percuma setiap hari Jumaat untuk murid-murid RMT (yang kurang berkemampuan).

Saya boleh anggap ini misi mencabar, tetapi seminggu dua ini, alhamdulillah sekali sekala ada juga yang beri RM20 atau RM30 untuk disedekahkan kepada orang ramai. 

Dari angka kecil ini insyaAllah akan berkembang hingga ke 1000 pek Nasi Lemak Sedap. Mohon doa dari semua agar kita dapat jadikan realiti.

Jika yang tergerak hati untuk bersama-sama dalam misi ini, boleh hubungi saya di 0183800961 atau https://watsap.my/0183800961.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pendosa yang ingin #jadibaik







Monday, January 13, 2020

Nasi Lemak Sedap Jana Pendapatan Rumah Perlindungan Al Haq


"Jika kau bukan anak raja juga bukan anak ulama besar, maka menulislah." ~Imam Al-Ghazali

Kata-kata terlintas dalam kepala saya. Saya perlu kembali menulis. Bila menulis ini barulah idea boleh datang lagi dengan mencurah. Dalam dunia kebajikan, penulisan itu penting kerana dengan cara inilah inspirasi kebaikan dapat disebarkan kepada lebih ramai orang.

Alhamdulillah tahun 2020 bermula, Nasi Lemak Sedap yang dihasilkan Rumah Al Haq juga mula beroperasi sekali lagi. Nasi Lemak Sedap ini adalah satu inisiatif untuk membantu Rumah Al Haq dapatkan dana bagi menampung kos operasi mereka.

Nasi Lemak Sedap lengkap dengan telur, kacang, ikan bilis dan sambal asing.

sedekah Nasi Lemak Sedap untuk orang sekeliling yang memerlukan

Jualan Nasi Lemak Sedap bermula seawal jam 6.30 pagi di Bandar Baru Sentul. Sasaran pelanggan merupakan dari murid-murid sekolah dan juga orang ramai yang mula pergi kerja. Pada waktu ini juga ada sebahagian dari Nasi Lemak Sedap ini disedekahkan kepada golongan yang kurang mampu seperti tukang sapu dan pekerja am.

Jika ada yang berminat untuk membeli atau menempah Nasi Lemak Sedap ini boleh hubungi Syafiq di 012-2016430 atau Hany di 013-6077696. Penghantaran untuk sekitar KL ialah RM15. Bagi yang ingin sedekahkan Nasi Lemak Sedap juga dialu-alukan. Boleh lakukan tempahan sedekah di Shopee. InsyaAllah Nasi Lemak Sedap ini akan dihantar ke masjid-masjid, rumah kebajikan dan juga sekolah.

Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki kita semua.

Muhammad bin Kamarulazizi
Strategist
Matasura Services

Wednesday, January 8, 2020

Amalan dan Ujian yang Menimpa


Sudah beberapa bulan saya dalam proses untuk perbaiki diri supaya jadi baik, jadi lebih baik. Dan pelbagai ujian dan rintangan yang terpaksa saya hadapi. Terus terang tak mudah. Pada peringkat awal saya diijazahkan dengan amalan zikir, memang saya rasa sangat gembira. Siapa tidak gembira bila satu ilmu yang dapat diamalkan itu datang seorang guru ke seorang guru yang bersanad terus hingga ke Rasulullah SAW.

Saya mula amalkan perlahan-lahan, dan ketika itu saya sedar ujian mula datang dalam hidup saya. Ya saya mengaku saya ini bukanlah seorang yang sangat baik. Menjadi pengasas kepada Kindness Malaysia itu hanya sebuah platform untuk saya gandakan pahala kebaikan kepada lebih ramai orang. Biar ramai lakukan kebaikan dan harapannya dari kebaikan yang mereka lakukan itu, saya juga akan tercalit juga pahala dari kebaikan mereka. Dan tidak bererti jadi pengasas kepada pertubuhan kebaikan itu menjanjikan seorang itu ternyata baik.

Saya insan yang lemah dan banyak lakukan kesilapan dan kesalahan. Ada pilihan yang saya lakukan itu tidak popular, dengan niat untuk membantu tetapi disalah tafsir oleh ramai orang. Ujian yang menimpa ini disokong pula dengan dorongan syaitan yang secara terang saya pandangnya sebagai musuh yang nyata. Membisik dan menimbulkan keraguan supaya apa yang telah dibina selama ini hancur umpama istana pasir yang gah, tetapi terurau kerana asasnya tidak kuat.

Saya terpaksa terima hakikat, setelah meninggalkan Kindness Malaysia, hampir semua juga meninggalkan saya. InsyaAllah dengan pimpinan baru ini, Kindness Malaysia akan jadi lebih kuat dari masa ke semasa. Saya doakan agar pimpinan kali ini dapat kembangkan dengan lebih luas dan dapat inspirasikan lebih orang untuk lakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

tasbih digital yang jadi peneman setia


Saya faham ini adalah ujian dariNya. Berkali-kali orang luar sampaikan pesan kata ujian adalah untuk naikkan makam seseorang. Tapi saya rasa ujian untuk saya ini adalah kerana untuk tebus dosa silam saya. Juga kerana saya nak perbaiki diri maka syaitan ambil kesempatan untuk porak porandakan apa yang ada pada saya selama ini.

Saya pilih untuk bersendirian dahulu, terus dengan lakukan amalan yang diberikan. Cita-cita saya adalah untuk seimbangkan zikir dengan perbualan agar zikir sekurang-kurangnya dapat sama banyak dengan berbual dengan manusia. Sukar untuk dilakukan, tapi itu azam saya supaya saya dapat perbaiki diri saya yang penuh dosa ini.

Semua sudah tiada, kawan pun dah tak ramai. Kembali lakukan seorang diri bersama teman-teman yang rapat sahaja. Semoga Tuhan permudahkan perjalanan semua orang ke arah matlamat yang abadi. Allahumma Aamin.

Muhammad bin Kamarulazizi




Tuesday, January 7, 2020

Minggu Pertama Tahun 2020 di Madrasah Hashimiah


Masuk tahun 2020 ini. Semuanya sudah berubah. Semua baru dari segala aspek. Seolah-olah mula kembali seperti awal-awal dahulu menceburkan diri dalam dunia kebajikan lebih 10 tahun yang lepas.

Sekian lama saya tinggal penulisan di blog yang boleh dikatakan kurang popular dengan kehadiran media sosial yang lebih popular kerana live feed dan aktiviti siaran langsung oleh para pengguna. dari sudut content, sebenarnya saya lebih suka di blog, kerana kita terkejar untuk menulis, malah respond atau tindakbalas orang ramai itu tidak datang terus terutama sekali pada komen.

Hal ini membantu saya untuk menulis dengan lebih tenang. Dan bila timbul sahaja idea, barulah saya tulis lagi. Kali ini untuk tahun 2020, insyaAllah saya akan menulis kembali di blog ini yang sekian lama berhabuk dan juga di blog Madrasah Hashimiah

Bila saya duduk di kerusi admin Madrasah Hashimiah, terasa diri saya seperti keseorangan kembali untuk bantu anak-anak di sini. Dahulunya Madrasah Hashimiah ada admin sendiri, tetapi kini sudah tiada lagi. Nak cari admin yang baru juga akan ambil  masa kerana gaji yang ditawarkan itu agak kecil bagi seorang warganegara Malaysia.

layout baru page Facebook menggunakan Content Creator

Namun begitu, dahulunya tahun 2007 saya mula bersendirian juga. Kini tahun 2020 saya bersendirian lagi. Ada juga beberapa kerat sahabat saya yang masih membantu saya. Itu pun terpaksa dilakukan secara senyap agar tidak dikecam oleh orang lain.

Bila saya buka balik page Facebook Madrasah Hashimiah, rupanya algoritma sudah berubah lagi. Dan kali ini interface juga sudah berubah. Barangkali memang sesiapa yang terlibat dalam menguruskan business page FB ini perlu kerap belajar untuk update terkini dari Facebook. Saya yang saya anggap sudah tua ini pun terpaksa belajar sendiri agar dapat ilmu dan maklumat terkini supaya dapat bantu war-warkan lagi Madrasah Hashimiah kepada orang ramai.

Penulisan di blog ini adalah nukilan dari saya sahaja sebagai warga Madrasah Hashimiah. Doakan saya agar terus istiqomah dan dapat terus berusaha agar jadi lebih baik. Moga Tuhan berkati semua yang membaca posting ini, Allahumma aamin.

Muhammad bin Kamarulazizi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...