Casa Rasa Sayang, Pengkalan Balak, Melaka dilipih sebagai lokasi getaway |
Pada 12 Januari 2018 - 14 Januari 2018 telah diadakan suatu aktiviti yang dinamakan Kindness Getaway. Casa Rasa Sayang, Pengkalan Balak, Melaka telah dipilih sebagai lokasi para sukarelawan berkumpul untuk aktiviti ini. Seramai 40 orang sukarelawan turut serta sepanjang tiga hari berkampung di villa yang tersergam indah dan luas ini.
Getaway ini adalah sebagai menghargai para sukarelawan yang bertungkus lumus membantu di Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah pada sesi 2017 serta sukarelawan yang banyak melancarkan program menyebarkan kebaikan di Kindness Malaysia sepanjang tahun.
Permulaan tahun 2018 yang cukup baik sekali bila mana sukarelawan dapat berkumpul beramai-ramai seperti satu keluarga besar di sini. Ramai anak-anak kecil pewaris Kindness Malaysia turut bersama-sama merasai kemeriahan sepanjang majlis getaway kali ini.
Persiapan awal dimulakan dengan mengumpul keperluan makanan dan minuman sebelum tiba hari yang dinanti-nanti. Ramai sukarelawan yang tanpa segan silu sedia menderma dan menaja makanan sepanjang 3 hari di sana.
Hari pertama.
Para sukarelawan memulakan perjalanan pada hari Jumaat. Ada juga yang bergerak di sebelah malam kerana terikat dengan jadual kerja di hari Jumaat. Setibanya di villa yang mempunyai 7 buah bilik yang besar, sukarelawan berehat sambil bersantai dengan bermain sahibba, snuker dan minum petang sementara menunggu semua sukarelawan yang terlibat sampai pada malam itu. Malam itu tidak diadakan aktiviti yang berat kerana memberi peluang sukarelawan merehatkan badan kerana mereka semua tinggal di luar Melaka.
Hari Kedua.
Keesokan harinya, acara rasmi dimulakan dengan ucapan dari Pengasas Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim. Ustaz Hashim juga hadir memeriahkan getaway ini bersama-sama 4 orang tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah.
Semasa berucap, Ustaz Hashim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang banyak membantu semasa Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah pada sesi 2017 serta yang membantu mencari dana demi kelangsungan hidup anak-anak di madrasah. Kami semua bersalam-salaman selepas bergambar bersama-sama mereka memandangkan Ustaz Hashim dan rakan-rakan tidak dapat berada lama selama 3 hari di sini.
Usai majlis ucapan, sukarelawan ke luar villa untuk aktiviti outdoor iaitu bermain bola tampar dan berenang santai di sekitar kolam renang. Anak-anak kecil cukup teruja mandi-manda di kolam renang. Cukup tenang dan nyaman berada di sini bersama-sama keluarga besar Kindness Malaysia.
Di sekitar pantai di belakang villa juga, sukarelawan beriadah santai berjalan di tepi pantai dan bergambar sambil berkayak. Sekurang-kurangnya, sukarelawan dapat melupakan seketika segala tekanan kerja mahupun masalah seharian apabila berada di sini.
Apabila tiba tengahari, sukarelawan beramai-ramai menuju ke kedai makan berhampiran bagi menikmati masakan asam pedas yang terkenal di bumi Melaka. Ada juga sukarelawan yang sempat bersiar-siar di sekitar kawasan pantai berdekatan dan bermain aktiviti pantai. Setelah pulang ke villa dan menunaikan solat Zohor, sukarelawan menyambung aktiviti santai di rumah dengan berkaraoke dan bermain sahibba sehingga lewat petang.
Persiapan awal untuk bbq dan makan malam diadakan pada sebelah petang sebelum masuk waktu Asar. Sukarelawan berganding tenaga membantu kerja--kerja di dapur. Bermacam-macam ragam dan gelagat di dapur yang cukup mencuit hati kami semua.
Juadah bbq pada malam itu adalah seperti ayam, ikan, sosej, nasi goreng, buah-buahan dan minuman panas dan sejuk yang disediakan sendiri oleh para sukarelawan. Ternyata kami semua sangat gembira apabila dapat berkumpul bersama. Bekerjasama bukan sahaja dalam beraktiviti malah di dapur juga. Itulah keluarga Kindness Malaysia!
Pada jam 9.00 malam selepas bbq dan makan malam, diadakan acara penyampaian anugerah kepada para sukarelawan. Anugerah yang diberi adalah Anugerah Khas dan Anugerah Inovasi Sosial sepanjang 2017.
4 orang sukarelawan mendapat Anugerah Khas 2017 iaitu saudara Ahmad Haziq, Amril Danial serta saudari Noridah dan Nabila. Ahmad Haziq dipilih menerima anugerah ini kerana komitmen beliau yang sentiasa ada di mana sahaja ketika diperlukan. Sentiasa bersedia membantu dan cukup cekal menghadapai apa jua situasi, maka anugerah ini layak diberi kepada beliau. Amril pula dipilih kerana beliau antara sukarelawan muda yang punya wawasan dan peluang cerah di masa hadapan yang sanggup berkoraban masa dan tenaga di mana sahaja ketika program diadakan.
Saudari Noridah pula dipilih menerima Anugerah Khas kerana idea beliau yang banyak membantu kelancaran aktiviti di Kindness dan madrasah sendiri selain nasihat-nasihat membina beliau kepada adik-adik sukarelawan muda. Saudari Nabila atau nama panggilan "Bella" pula dipilih berdasarkan copywriting beliau yang cukup unik dan idea-idea beliau dalam menghasilkan finishing yang hebat untuk artikel mahupun hebahan info dalam membantu Madrasah Hashimiah dan Kindness Malaysia sehingga mendapat respond terbanyak daripada masyarakat malah mampu mencipta fenomena tersendiri.
Manakala 2 orang sukarelawan yang mendapat Anugerah Inovasi Sosial 2017 ialah saudara Shahrizal dan saudari Iman di mana mereka telah mencetuskan idea Kutu Akhirat yang dapat menyuntik dana ke dalam operasi seharian Madrasah Hashimiah. Kutu Akhirat ini telah beroperasi hampir setahun dan masih berterusan sehingga hari ini dan mempunyai sehingga hampir 200 orang penderma setiap bulan. Idea kutu akhirat ini belum pernah digunapakai oleh mana-mana badan NGO, maka dengan cetusan idea yang cukup kreatif ini, anugerah Inovasi Sosial ini layak diberi kepada mereka. Kesemua anugerah ini diberi sebagai menghargai pengorbanan para sukarelawan yang banyak memberi impak positif kepada kelangsungan Madrasah Hashimiah khususnya dan Kindness Malaysia sendiri.
"Setiap dari sukarelawan adalah unik. Kita semua adalah saling melengkapi. Tanpa mereka, saya sendiri tidak dapat menjayakan program-program kebaikan di madrasah mahupun di Kindness Malaysia. Mereka semua adalah penerima sebenar anugerah ini,'' memetik kata-kata Ahmad Haziq, salah seorang penerima Anugerah Khas 2017.
Sesi bertukar-tukar hadiah yang dijalankan pada sebelah malam merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh para sukarelawanan terutama anak-anak kecil. Setiap dari sukarelawan diingatkan supaya membeli hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM20.00 sebelum ke sini untuk bertukar-tukar hadiah. Satu-persatu nama sukarelawan dipanggil dan mereka semua cukup gembira menerima hadiah. Kejutan demi kejutan dapat dirasa apabila nama penerima mahupun pemberi hadiah adalah daripada rakan sukarelawan yang tidak disangka-sangka. Suasana menjadi bertambah riuh apabila anak-anak kecil berlari riang membawa hadiah-hadiah yang diterima. Bukan senang untuk kita melalui suasana seperti ini. Gembira!
Mahal, murah atau materialnya bukanlah pengukur sesebuah pemberian. Semangat saling memberi dan menerima inilah yang akan menambah rasa kecintaan dan kasih sayang sesama sukarelawan. Malahan memberi hadiah juga merupakan salah satu sikap yang membawa kebaikan.
Setelah bersuka ria menerima hadiah, malam itu juga sempat diadakan pertandingan sahibba yang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta dan seorang pengira markah. Cukup santai dan bersahaja sukarelawan bermain sahibba walaupun permainan ini cukup menguji minda mereka. Pertandingan sampai ke peringkat separuh akhir sehingga lewat malam. 4 orang peserta telah dipilih untuk ke pusingan akhir yang diadakan pada keesokan harinya.
Hari Ketiga (terakhir) di bumi Melaka.
Hari ketiga adalah hari terakhir kami di sini. Dimulakan dengan menyambung pertandingan sahibba peringkat akhir pada awal paginya. Pertandingan berlangsung selama 1 jam dan akhirnya pemenang dirangkul oleh saudara Adam diikuti saudara Shahrizal, Haziq dan saudari Hidayah.
Sementara itu, di satu sudut lain, para sukarelawan wanita bertungkus lumus menyiapkan "Kindness Jar". Kindness Jar merupakan aktiviti di mana setiap sukarelawan perlu menulis kata-kata positif tentang sukarelawan yang lain yang hadir pada getaway kali ini. Nota ini perlu diletakkan di dalam Kindness Jar tanpa memberitahu nama penulis.
Terdapat 40 balang Kindness Jar tersedia untuk di isi. Implikasinya adalah dapat membuat penerima tersenyum dan dapat mengurangkan tekanan apabila membaca nota positif dari Kindness Jar lebih-lebih lagi apabila sukarelawan ditimpa masalah. Disarankan mengambil hanya 1 nota sahaja setiap hari. Idea Kindness Jar ini cukup unik dan dapat membantu para sukarelawan membina semula semangat positif dalam diri.
Pertandingan bola tampar juga diadakan selepas itu sambil rakan-rakan sukarelawan yang tidak terlibat dengan bola tampar menghabiskan sisa-sia jam yang ada dengan acara santai yang lain. Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Kacak yang diketuai oleh saudara Fazlan memenangi pertandingan bola tampar tersebut.
Sebelum pulang, sesi penyampaian hadiah berupa hamper diberi kepada para pemenang pertandingan Sahibba dan bola tampar. Sukarelawan sempat bergambar sebagai kenangan berada di Casa Rasa Sayang ini. Di penutup majlis, kami semua bersalam-salaman sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Kami bergerak meninggalkan villa tersebut pada jam 2 petang dan menuju ke lokasi makan tengahari di kedai asam pedas berdekatan.
Berat rasanya untuk kami pulang kerana terlalu banyak kenangan dan pengalaman berharga yang telah tercipta sepanjang tiga hari berada di sini. Terima kasih tuan rumah, para pembantu Casa Rasa Sayang dan semua sukarelawan yang sangat sporting menjayakan Kindness Getaway ini.
Aktiviti sebegini benar-benar dapat mengenal secara lebih dekat sesama sukarelawan selain berkongsi dan bertukar-tukar pendapat tentang aktiviti kebaikan yang akan dilaksanakan untuk tahun 2018. Perancangan untuk tahun 2018 juga dapat dirangka dan idea dapat dikumpul bersama memandangkan setiap sukarelawan datang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya yang berbeza. Penyatuan sebegini dapat mencetus idea-idea bernas seterusnya dapat berhibur sesama sukarelawan selain memotivasikan diri untuk saling menjaga dan melindungi.
Terima kasih para dermawan yang budiman yang bermurah hati menaja percutian santai keluarga Kindness Malaysia untuk kali ini. Jasa dermawan amat kami kagumi. InshaAllah, kami semua, para sukarelawan akan terus menerus membantu kelangsungan Madrasah Hashimah dan Kindness Malaysia dan menyebar kebaikan tanpa jemu dan putus asa pada masa-masa akan datang.
Paling penting dengan penghargaan sebegini, para sukarelawan dapat menyuntik semangat dalam diri untuk terus melakukan aktiviti kebaikan apabila pulang ke Kuala Lumpur mahupun ke destinasi masing-masing. Memetik pesanan penerima Anugerah Khas 2017, saudari Noridah, kita semua memerlukan doa dari semua pihak untuk terus cekal menyebarkan aktiviti kebaikan pada masa akan datang.
Di dalam hidup kita, ada waktu-waktunya kita bersendiri dan ada waktu-waktunya kita perlu berkumpul. Kindness Getaway inilah salah satu inisiatifnya untuk kita berkumpul bersama-sama. Kita temukan titik keseimbangan di antara kedunya dan pastinya kebaikan dan kegembiraan dapat kita rasai bersama.
Semoga berjumpa lagi di getaway akan datang.
Fatin Amira Nabila Binti Tauran
Permainan sahibba menguji minda sukarelawan
Sukarelawan baru dan lama berehat santai di kolam renang
Hari Kedua.
Keesokan harinya, acara rasmi dimulakan dengan ucapan dari Pengasas Madrasah Hashimiah, Ustaz Hashim. Ustaz Hashim juga hadir memeriahkan getaway ini bersama-sama 4 orang tenaga pengajar di Madrasah Hashimiah.
Ucapan penghargaan oleh Ustaz Hashim, pengasas Madrasah Hashimiah
Semasa berucap, Ustaz Hashim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang banyak membantu semasa Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah pada sesi 2017 serta yang membantu mencari dana demi kelangsungan hidup anak-anak di madrasah. Kami semua bersalam-salaman selepas bergambar bersama-sama mereka memandangkan Ustaz Hashim dan rakan-rakan tidak dapat berada lama selama 3 hari di sini.
Bergambar kenangan bersama wargakerja Madrasah Hashimiah
Usai majlis ucapan, sukarelawan ke luar villa untuk aktiviti outdoor iaitu bermain bola tampar dan berenang santai di sekitar kolam renang. Anak-anak kecil cukup teruja mandi-manda di kolam renang. Cukup tenang dan nyaman berada di sini bersama-sama keluarga besar Kindness Malaysia.
Anak-anak kecil pewaris Kindness Malaysia seronok bermain di kolam renang
Di sekitar pantai di belakang villa juga, sukarelawan beriadah santai berjalan di tepi pantai dan bergambar sambil berkayak. Sekurang-kurangnya, sukarelawan dapat melupakan seketika segala tekanan kerja mahupun masalah seharian apabila berada di sini.
Di belakang villa disediakan kayak untuk beriadah
Apabila tiba tengahari, sukarelawan beramai-ramai menuju ke kedai makan berhampiran bagi menikmati masakan asam pedas yang terkenal di bumi Melaka. Ada juga sukarelawan yang sempat bersiar-siar di sekitar kawasan pantai berdekatan dan bermain aktiviti pantai. Setelah pulang ke villa dan menunaikan solat Zohor, sukarelawan menyambung aktiviti santai di rumah dengan berkaraoke dan bermain sahibba sehingga lewat petang.
Sukarelawan sempat bermain banana boat di pantai berdekatan
Berganding bahu membantu tugasan di dapur
Persiapan awal untuk bbq dan makan malam diadakan pada sebelah petang sebelum masuk waktu Asar. Sukarelawan berganding tenaga membantu kerja--kerja di dapur. Bermacam-macam ragam dan gelagat di dapur yang cukup mencuit hati kami semua.
Gelagat sukarelawan yang menyediakan bbq cukup mencuit hati
Juadah bbq pada malam itu adalah seperti ayam, ikan, sosej, nasi goreng, buah-buahan dan minuman panas dan sejuk yang disediakan sendiri oleh para sukarelawan. Ternyata kami semua sangat gembira apabila dapat berkumpul bersama. Bekerjasama bukan sahaja dalam beraktiviti malah di dapur juga. Itulah keluarga Kindness Malaysia!
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Menikmati juadah bersama-sama di ruangan cafe yang disediakan pihak villa
Cenderahati penghargaan kepada kesemua penerima anugerah
Saudari Noridah pula dipilih menerima Anugerah Khas kerana idea beliau yang banyak membantu kelancaran aktiviti di Kindness dan madrasah sendiri selain nasihat-nasihat membina beliau kepada adik-adik sukarelawan muda. Saudari Nabila atau nama panggilan "Bella" pula dipilih berdasarkan copywriting beliau yang cukup unik dan idea-idea beliau dalam menghasilkan finishing yang hebat untuk artikel mahupun hebahan info dalam membantu Madrasah Hashimiah dan Kindness Malaysia sehingga mendapat respond terbanyak daripada masyarakat malah mampu mencipta fenomena tersendiri.
Manakala 2 orang sukarelawan yang mendapat Anugerah Inovasi Sosial 2017 ialah saudara Shahrizal dan saudari Iman di mana mereka telah mencetuskan idea Kutu Akhirat yang dapat menyuntik dana ke dalam operasi seharian Madrasah Hashimiah. Kutu Akhirat ini telah beroperasi hampir setahun dan masih berterusan sehingga hari ini dan mempunyai sehingga hampir 200 orang penderma setiap bulan. Idea kutu akhirat ini belum pernah digunapakai oleh mana-mana badan NGO, maka dengan cetusan idea yang cukup kreatif ini, anugerah Inovasi Sosial ini layak diberi kepada mereka. Kesemua anugerah ini diberi sebagai menghargai pengorbanan para sukarelawan yang banyak memberi impak positif kepada kelangsungan Madrasah Hashimiah khususnya dan Kindness Malaysia sendiri.
"Setiap dari sukarelawan adalah unik. Kita semua adalah saling melengkapi. Tanpa mereka, saya sendiri tidak dapat menjayakan program-program kebaikan di madrasah mahupun di Kindness Malaysia. Mereka semua adalah penerima sebenar anugerah ini,'' memetik kata-kata Ahmad Haziq, salah seorang penerima Anugerah Khas 2017.
Sesi bertukar-tukar hadiah
Sesi bertukar-tukar hadiah yang dijalankan pada sebelah malam merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh para sukarelawanan terutama anak-anak kecil. Setiap dari sukarelawan diingatkan supaya membeli hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM20.00 sebelum ke sini untuk bertukar-tukar hadiah. Satu-persatu nama sukarelawan dipanggil dan mereka semua cukup gembira menerima hadiah. Kejutan demi kejutan dapat dirasa apabila nama penerima mahupun pemberi hadiah adalah daripada rakan sukarelawan yang tidak disangka-sangka. Suasana menjadi bertambah riuh apabila anak-anak kecil berlari riang membawa hadiah-hadiah yang diterima. Bukan senang untuk kita melalui suasana seperti ini. Gembira!
Sukarelawan gembira menerima hadiah yang telah ditukar
Iman penerima hadiah inovasi sosial bagi tahun 2017 |
Setelah bersuka ria menerima hadiah, malam itu juga sempat diadakan pertandingan sahibba yang dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta dan seorang pengira markah. Cukup santai dan bersahaja sukarelawan bermain sahibba walaupun permainan ini cukup menguji minda mereka. Pertandingan sampai ke peringkat separuh akhir sehingga lewat malam. 4 orang peserta telah dipilih untuk ke pusingan akhir yang diadakan pada keesokan harinya.
Hari Ketiga (terakhir) di bumi Melaka.
Hari ketiga adalah hari terakhir kami di sini. Dimulakan dengan menyambung pertandingan sahibba peringkat akhir pada awal paginya. Pertandingan berlangsung selama 1 jam dan akhirnya pemenang dirangkul oleh saudara Adam diikuti saudara Shahrizal, Haziq dan saudari Hidayah.
Pertandingan akhir sahibba
Juara pertandingan sahibba
Sementara itu, di satu sudut lain, para sukarelawan wanita bertungkus lumus menyiapkan "Kindness Jar". Kindness Jar merupakan aktiviti di mana setiap sukarelawan perlu menulis kata-kata positif tentang sukarelawan yang lain yang hadir pada getaway kali ini. Nota ini perlu diletakkan di dalam Kindness Jar tanpa memberitahu nama penulis.
Balang "Kindness Jar" yang telah siap diisi
"Pandang langit, pandang alam, sentiasa ditunggu, mengikut aturannya. Cekal hati hadapi apa jua yang datang" - Salah satu coretan dari Kindness Jar
Terdapat 40 balang Kindness Jar tersedia untuk di isi. Implikasinya adalah dapat membuat penerima tersenyum dan dapat mengurangkan tekanan apabila membaca nota positif dari Kindness Jar lebih-lebih lagi apabila sukarelawan ditimpa masalah. Disarankan mengambil hanya 1 nota sahaja setiap hari. Idea Kindness Jar ini cukup unik dan dapat membantu para sukarelawan membina semula semangat positif dalam diri.
Snuker sebagai hiburan santai sepanjang berada di sini
Pertandingan bola tampar juga diadakan selepas itu sambil rakan-rakan sukarelawan yang tidak terlibat dengan bola tampar menghabiskan sisa-sia jam yang ada dengan acara santai yang lain. Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Kumpulan Kacak yang diketuai oleh saudara Fazlan memenangi pertandingan bola tampar tersebut.
Bersama "Kumpulan Kacak" yang menjuarai pertandingan bola tampar
Sebelum pulang, sesi penyampaian hadiah berupa hamper diberi kepada para pemenang pertandingan Sahibba dan bola tampar. Sukarelawan sempat bergambar sebagai kenangan berada di Casa Rasa Sayang ini. Di penutup majlis, kami semua bersalam-salaman sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Kami bergerak meninggalkan villa tersebut pada jam 2 petang dan menuju ke lokasi makan tengahari di kedai asam pedas berdekatan.
Asam pedas claypot penambah selera sebelum pulang
Berat rasanya untuk kami pulang kerana terlalu banyak kenangan dan pengalaman berharga yang telah tercipta sepanjang tiga hari berada di sini. Terima kasih tuan rumah, para pembantu Casa Rasa Sayang dan semua sukarelawan yang sangat sporting menjayakan Kindness Getaway ini.
Bergambar sebelum berangkat pulang
Aktiviti sebegini benar-benar dapat mengenal secara lebih dekat sesama sukarelawan selain berkongsi dan bertukar-tukar pendapat tentang aktiviti kebaikan yang akan dilaksanakan untuk tahun 2018. Perancangan untuk tahun 2018 juga dapat dirangka dan idea dapat dikumpul bersama memandangkan setiap sukarelawan datang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya yang berbeza. Penyatuan sebegini dapat mencetus idea-idea bernas seterusnya dapat berhibur sesama sukarelawan selain memotivasikan diri untuk saling menjaga dan melindungi.
Terima kasih para dermawan yang budiman yang bermurah hati menaja percutian santai keluarga Kindness Malaysia untuk kali ini. Jasa dermawan amat kami kagumi. InshaAllah, kami semua, para sukarelawan akan terus menerus membantu kelangsungan Madrasah Hashimah dan Kindness Malaysia dan menyebar kebaikan tanpa jemu dan putus asa pada masa-masa akan datang.
Paling penting dengan penghargaan sebegini, para sukarelawan dapat menyuntik semangat dalam diri untuk terus melakukan aktiviti kebaikan apabila pulang ke Kuala Lumpur mahupun ke destinasi masing-masing. Memetik pesanan penerima Anugerah Khas 2017, saudari Noridah, kita semua memerlukan doa dari semua pihak untuk terus cekal menyebarkan aktiviti kebaikan pada masa akan datang.
Di dalam hidup kita, ada waktu-waktunya kita bersendiri dan ada waktu-waktunya kita perlu berkumpul. Kindness Getaway inilah salah satu inisiatifnya untuk kita berkumpul bersama-sama. Kita temukan titik keseimbangan di antara kedunya dan pastinya kebaikan dan kegembiraan dapat kita rasai bersama.
Semoga berjumpa lagi di getaway akan datang.
Fatin Amira Nabila Binti Tauran
Setiausaha Kehormat
Kindness Malaysia
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment