Sehingga ke hari ini, team
Kindness Dot My (Kindness) telah menghantar enam trip untuk misi banjir ke Pantai Timur. Alhamdulillah, beberapa lokasi yang sangat teruk telah disampaikan bantuan seperti Manik Urai, Kuala Krai, Gua Musang, Tumpat dan Temerloh. Trip yang ketujuh (Kota Bahru, 9 Januari 2015) dan kelapan (Temerloh, 10 Januari 2015) sudah pun bersedia dengan barang-barang bantuan yang lebih menyeluruh.
|
senarai barang bantuan Kindness Kit |
|
lebih 100 kotak Kindness Kit disediakan untuk mangsa banjir |
Trip ketujuh dan kelapan ini akan mensasarkan tiga buah kampung, dua buah di Kota Bahru dan sebuah lagi di Temerloh. Bantuan yang akan disampaikan diberi nama Kindness Kit. Kindness Kit ini mengandungi 16 barang keperluan asas untuk setiap keluarga. Setiap Kindness Kit mempunyai barang bantuan seperti mi segera, air mineral sekotak, biskut, cadar, lilin sekotak, pemetik api, dapur (stove) beserta hos gas, sejadah, tuala, lampu suluh LED, bantal, plastik sampah, penyapu, penyodok, sabun basuh baju, dan pencuci lantai. Kaum wanita juga akan menerima pad wanita dan bayi akan terima lampin bayi.
|
Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di Setiawangsa |
|
sukarelawan bertungkus lumus mengatur barang bantuan hingga ke tengah malam |
|
apa yang penting, kerjasama! |
|
ada juga yang datang terus dari pejabat |
|
dua buah khemah 20x20 disediakan untuk barang bantuan |
Misi kali ini merupakan diperingkat pemulihan (recovery), oleh itu kami di Kindness ingin bantuan yang lebih menyeluruh untuk mangsa banjir. Koordinasi bantuan banjir telah dirancang dengan rapi. Seorang sukarelawan tempatan dijadikan contact person, dan bersedia untuk menerima bantuan daripada Kuala Lumpur. Sukaralawan di sana juga sudah kenal pasti jumlah rumah yang akan terima bantuan, dengan pertolongan ketua kampung di sana. Pengagihan secara sistematik ini penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
|
Projek Banjir mendapat liputan di Harian Metro (9 Januari 2015) |
Pihak Kindness ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk bantuan misi banjir ini terutama sekali para sukarelawan yang gigih mengatur barang-barang bantuan dan mendapatkan dana, juga kepada para dermawan yang memberi kepercayaan kepada Kindness untuk misi banjir ini. Juga penghargaan khas buat syarikat Sugoi Group of Companies yang telah menyumbang lebih dari RM50,000 dalam bentuk barang bantuan dan keperluan logistik. Semoga dengan bantuan ini, dapat mengurangkan beban saudara kita di Pantai Timur dan usaha kecil kita ini mendapat keberkatan dariNya.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment