Alhamdulillah, tahun 2014 ini memberi pelbagai pengalaman baru yang dapat dipelajari. Tahun 2014 ini juga menyaksikan julung kali saya dicalonkan sebagai finalis untuk Anugerah Belia Bumiputera Pulau Pinang. Anugerah ini merupakan anjuran Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dibawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Saya terpilih untuk kategori Ikon Sukarelawan dan majlis telah berlangsung di Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 15 Disember 2014 yang lepas.
bersama pemenang Ikon Belia Bumiputera Pulau Pinang bagi kategori sukarelawan, Hasanul Amir dari GPMS |
Saya telah dicalonkan berdasarkan penglibatan bersama Kindness Dot My (Kindness) dan aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan yang dilakukan sebelum ini. Pengiktirafan ini adalah hasil daripada dorongan ibu bapa saya serta sokongan dari rakan-rakan terutama sukarelawan yang lain serta para donor yang telah memberi kepercayaan kepada Kindness dalam misi menyebarkan dan memberi inspirasi untuk melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.
Semoga dengan usaha ini dapat berterusan dan menjadi legasi pada anak-anak dan cucu-cucu kita, insyaAllah.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
0 comments:
Post a Comment