About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, January 30, 2015

Misi Banjir: Bantuan untuk Sukarelawan


Kindness Dot My (Kindness) sekali lagi ke Kelantan untuk misi banjir dan kali ini misi adalah untuk membantu para sukarelawan dari NGO dan organisasi di lapangan. 12 orang sukarelawan Kindness bergerak dari Kuala Lumpur ke Kelantan melalui Lebuhraya Karak, ke Gua Musang sebelum tiba di Manek Urai Lama. Ini merupakan misi kali kedua sukarelawan Kindness berada di Manek Urai Lama. 

mendapat maklumat daripada Tzu Chi

pengagihan topeng muka dan garam ors kepada sukarelawan lain

air mineral yang dicampurkan dengan garam ORS

air mineral untuk sukarelawan dari Alam Flora

Team Kindness telah bertemu dengan Persatuan Budhist Tzu Chi di Sekolah Kebangsaan Manek Urai untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Beberapa organisasi lain juga kelihatan di situ, dan ramai yang sedang membersihkan sekolah dan kawasan kampung. Topeng muka, air mineral dan garam ORS (oral rehydration salt) diberikan kepada sukarelaw
an-sukarelawan yang sedang bertugas.

Team Kindness kemudian meneruskan misi ke Kampung Pasir, iaitu kampung yang paling hujung sekali di Manek Urai Lama. Bantuan dalam bentuk makanan, air mineral dan juga peralatan membersih diserahkan kepada hampir 30 buah keluarga.

rumah terakhir di Kampung Pasir

pemberian selipar baru

pembahagian bantuan untuk setiap keluarga
Hari kedua pula team Kindness meneruskan perjalanan ke Kampung Bukit Malas, Dabong dimana penduduk di sini dikatakan masih belum menerima apa-apa bantuan kerana tiada akses ke kampung tersebut. Kampung ini terpisah dengan sungai, dan hanya boleh diakses dengan pacuan 4 roda sahaja. Perjalanan agak mencabar, namun alhamdulillah, semua selamat sampai di kampung tersebut. Semua bantuan diserahkan di Kampung Bukit Malas. Respon daripada masyarakat di situ sangat mengujakan. Ramai yang terharu terutama sekali daripada ketua kampung itu sendiri.

redah sungai menggunakan pacuan 4 roda

senyuman daripada penerima bantan

sukarelawan yang tidak kenal erti penat lelah

Pihak Kindness mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dan penaja yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Kindness. Sekalung penghargaan juga kepada MRT Corp yang telah menyumbang untuk misi kemanusiaan ini. Semoga semua yang terlibat mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas 
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

2 comments:

masyaallah...tabarakallah En mohd dan team kindness...terima kasih membantu rakyat di bumi Kelantan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...