About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, January 14, 2013

Anak-anak Pelarian dan Futsal

 
Alhamdulillah, baru-baru ini kami berkesempatan untuk mengaturkan satu perlawanan persahabatan futsal antara anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dari Madrasah Hashimiah dan sukarelawan Muslim Aid di Futsal Sport Seven, Setapak. Perlawanan persahabatan ini diadakan selepas beberapa kali permintaan anak-anak madrasah ini yang ingin sangat bermain futsal. Setiap kali saya ke madrasah, soalan pertama yang akan keluar ialah, bila boleh kami main futsal lagi? Kali terakhir mereka main futsal ialah pada bulan April tahun lepas semasa Pertandingan Futsal Amal Antara Rumah Kebajikan KL dan Selangor di UiTM Shah Alam.

bersungguh-sungguh


makanan ditaja oleh Zaza Pastry Home

berkaki ayam tidak menghalang untuk mereka bermain bersungguh-sungguh


terima kasih kepada semua yang terlibat :)


Keseluruhan program kali ini ditaja sepenuhnya oleh orang ramai, dari tempahan court, makan pagi dan tengahari yang ditaja oleh Zaza Pastry Home serta pengangkutan anak-anak ini diuruskan oleh para sukarelawan. InsyaAllah permainan futsal ini akan diadakan lagi bagi memberi peluang kepada anak-anak madrasah ini menjalani hidup yang sihat. Pada yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan, atau ingin menganjurkan pertandingan futsal, boleh jemput pasukan futsal Madrasah Hashimiah. Email saya di muhammad@muslimaid.org.my

Muhammad bin Kamarulazizi
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...