Tibanya tahun 2013 dengan penuh keazaman. Kami di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) juga sudah mula merangka aktiviti-aktiviti bagi tahun 2013. Tahun 2012 telah menjadi tahun yang cukup bermakna, program yang berterusan hampir setiap bulan. Penerima-penerima bantuan dan manfaat menjangkau puluhan ribu di Malaysia sendiri dan juga beberapa buah negara yang bantuan telah disampaikan, hasil kepercayaan para penderma dan penyokong Muslim Aid. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang telah menderma memberi kepercayaan kepada Muslim Aid!
Bagi tahun 2013 ini, Muslim Aid sudah merangka misi jangka masa pendek bagi setahun dan jangka masa panjang antara tiga hingga ke lima tahun. Kami percaya dalam tempoh ini, Muslim Aid boleh berkembang menjadikan sebuah NGO yang lebih besar, lebih ramai penderma dan sukarelawan yang akan bersama serta menjadi sebuah nama yang terpaut dalam hati masyarakat di Malaysia sebagai sebuah wadah untuk membuat kerja-kerja amal yang bermakna.
Muslim Aid mengalu-alukan para penderma, sukarelawan dan penyokong untuk bersama-sama menjayakan misi murni ini. Dengan menjadikan para penerima manfaat sebagai objektif yang utama, maka lebih banyak dana dan tenaga kerja yang akan diperlukan. Kerjasama dari pihak korporat, kelab-kelab pelajar institut pengajian tinggi hingga ke sekolah-sekolah dan masjid mahupun NGO lain akan dilihat sebagai peluang bagi merealisasikan hasrat ini. Biar lebih ramai yang dapat kita bantu, dari sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan komuniti dan modal insan. Bak kata mendiang Puteri Diana,
"Carry out a random act of kindness, with no expectation of reward, safe in the knowledge that one day someone might do the same for you..." ~Princess Diana
Bagi tahun 2013, memperkasakan sukarelawan menjadi salah satu agenda utama negara kita. Ayuh kita jadikan kerja-kerja amal dan sukarelawan ini sebahagian daripada hidup kita!
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment