About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, January 4, 2013

Pelbagai Aktiviti Amal di Permulaan Tahun 2013

Tidak sampai seminggu selepas tahun baru 2013, ramai sukarelawan telah menghubungi saya dan menyatakan hasrat untuk melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan. Perancangan sedikit sebanyak sudah dibuat. Namun masih lagi ada ruang untuk aktiviti-aktiviti diselitkan dalam takwim 2013. Antara acara tahunan bagi Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) seperti program Ramadan Fast 2 Feed, Fund 4 Food dan Qurban For Life. Tahun ini ada juga perancangan untuk mengadakan Pertandingan Futsal Amal antara Rumah Kebajikan KL dan Selangor yang biasanya dijalankan pada bulan Mac, namun begitu bulan Mac kini dikaitkan dengan bulan pilihanraya bagi tahun ini. Agak sukar bagi kami untuk merancang kerana Pertandingan Futsal Amal ini biasanya dilakukan pada minggu pertama cuti sekolah di bulan Mac.



Bagi bulan Januari ini, sudah ada beberapa aktiviti yang sukarelawan dapat turut serta dan para dermawan juga berpeluang untuk menyumbang. Aktiviti yang paling awal pada bulan Januari 2013 ini ialah pengagihan makanan untuk gelandangan yang telah diikhtiarkan oleh saudari Shima yang juga merupakan salah seorang sukarelawan yang aktif. Misi gelandangan ini akan diadakan pada 5 Januari 2013 dan mensasarkan 200 komuniti gelandangan yang akan menerima bungkusan makanan.



Minggu berikutnya pula akan memberi peluang kepada anak-anak yatim dari komuniti Rohingya dan Myanmar Muslim dari Madrasah Hashimiah untuk bermain futsal. Sebuah perlawanan persahabatan akan diadakan antara mereka dengan sukarelawan dan penderma. Perlawanan persahabatan ini akan diadakan di Sport Seven, Wangsa Maju pada 19 Januari 2013, jam 10 pagi.


Seorang artis khat digital, Ismail Zain memulakan pameran Khat Digitalnya di Balai Berita, NSTP. Setiap keuntungan dari hasil jualan akan disalurkan ke tabung kemanusiaan Muslim Aid. Pameran khat digital ini akan berlangsung sepanjang bulan Januari.



Pada awal bulan Februari pula, sebuah program anjuran Bom Kitchen diketuai oleh saudara Azry, chef eksekutif Bom Kitchen. Kelas membuat sos ini akan mensasarkan warga ibu tunggal serta penghuni rumah kebajikan. Tarikh cadangan adalah pada 2 Februari 2013. Pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saudara Azry di 0192359394.
 
Tidak ketinggalan, sebuah butik pakaian online, Izz Collection memulakan perniagaan bagi tahun 2013 ini dengan menyalurkan sebahagian keuntungannya untuk tabung kemanusiaan Palestine Muslim Aid. Butik online ini sentiasa menyokong usaha Muslim Aid untuk membantu mereka yang memerlukan sejak 2011 lagi.
 
Pelbagai program dan aktiviti akan menyusul lagi seperti jualan amal Car Boot Sale dan misi pendakian amal ke Annapurna yang sinonim dengan Gunung Everest. Pada yang berminat untuk berkongsi aktiviti, atau bekerjasama dalam aktiviti kemasyarakatan dan amal, boleh hubungi saya terus di muhammad@muslimaid.org.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...