About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, March 28, 2011

Sumbangan dan Pengecualian Cukai di Muslim Aid


Setiap tahun orang ramai yang berpendapatan lebih dari RM2500 dan juga syarikat tidak kira kecil atau korporat perlu menghantar borang takfiran cukai pendapatan. Setelah mendapat kelulusan dan pengesahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, kini sumbangan yang disalurkan kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) mendapat pengecualian cukai. Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.6487. Pengecualian cukai ini adalah sejak tahun 2009 lagi. Melalui sumbangan orang ramai dan juga korporat, pelbagai program telah dijalankan di Muslim Aid yang merangkumi tiga elemen yang utama iaitu pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan. Antara penerima-penerima bantuan terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin, warga pelarian, komuniti orang asli, ibu tunggal dan mangsa bencana di Malaysia. Program-program tahunan seperti Qurban For Life, Fast 2 Feed menjadi antara program pilihan sepanjang tahun.

Kepada orang ramai atau syarikat dan korporat yang ingin berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan, maka jadikanlah Muslim Aid sebagai sahabat amal anda atau charity partner. Staf dan sukarelawan Muslim Aid sentiasa bekerja keras membantu golongan yang memerlukan dan sentiasa telus dalam setiap pengurusan. Kepada yang ingin menyumbang, boleh muat turun borang sumbangan pengecualian cukai di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Bantuan Banjir di Gunung Semanggol, Perak


Lokasi: Kampung Alor Setanggok, Gunung Semanggol, Perak
Tarikh: 27 Mac 2011

Program: Bantuan Untuk Mangsa Banjir Perak


Alhamdulillah, misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Gunung Semanggol Perak anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) diketuai oleh ketua sukarelawan Muslim Aid cawangan Perak, encik Aznan telah selesai dijalankan. Bantuan makanan Qurban For Life (Q4L) iaitu daging dalam tin yang bernilai hampir RM10,000 diagihkan kepada 72 buah keluarga mangsa banjir yang telah mendapat kerjasama ketua kampung Kampung Alor Setanggok. Sebanyak 135kg daging lembu beku tanpa tulang telah dihantar ke kampung tersebut untuk makanan tengahari dan malam. Gotong-royong memasak daging tersebut diadakan pada sebelah pagi dan mangsa-mangsa banjir dijamu pada sebelah tengahari.

bantuan banjir dihulurkan

sumbangan kepada ketua kampung, Kampung Alor Setanggak

kaum ibu yang menguruskan persediaan makanan


24 kotak daging Qurban For Life dibawa dari Kuala Lumpur


sukarelawan dari Kuala Lumpur, encik Izham bersama transportnya yang digunakan untuk penghantaran bantuan makanan

Kesan daripada banjir tersebut menyebabkan banyak peralatan elektrik serta lantai dan dinding rumah mengalami kerosakan yang teruk. Mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan, Tebuk Matau ini sudah pulang ke rumah masing-masing. Bantuan makanan ini diharapkan dapat mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir ini yang kini dalam proses membersihkan dan memperbaiki kerosakan rumah.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, March 26, 2011

Majlis Kesyukuran Sukarelawan Muslim Aid


Lokasi: Masjid Wilayah
Tarikh: 25 Mac 2011


Baru-baru ini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah meraikan sukarelawan-sukarelawan yang bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan yang kebanyakannya melibatkan anak-anak yatim dan komuniti pelarian. Hampir 50 orang sukarelawan telah hadir pada majlis kesyukuran tersebut yang turut dihadiri oleh barisan pengarah Muslim Aid seperti Tn Hj Wan Rusli, Puan Habsah dan Tn Hj Rafie. Wakil dari pihak Masjid Wilayah turut hadir bagi memeriahkan majlis kesyukuran tersebut.

ucapan dari pengerusi Muslim Aid, Puan Habsah Marjuni

barisan sukarelawan dari UIA

dari pengurusan Muslim Aid

barisan sukarelawan

Program ringkas ini memberi peluang kepada sukarelawan untuk bertukar pendapat dan merancang lebih banyak program di masa akan datang. Setiap sukarelawan yang hadir telah diberi cenderahati yang berupa bingkai cermin mata atau cermin mata gelap yang telah ditaja oleh pihak eHomemakers.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, March 23, 2011

Sumbangan Bingkai Cermin Mata oleh eHomemakers


Baru ini saya sempat bertemu dengan Ms Chong dari eHomemakers di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk berbincang tentang kerjasama yang boleh dijalankan antara Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan eHomemakers. eHomemakers ini merupakan satu badan komuniti yang membantu golongan yang memerlukan dalam bisnes industri kecil melalui penggunaan ICT. Pihak eHomemakers telah menyumbangkan bingkai cermin mata dan cermin mata hitam kepada Muslim Aid yang akan dihadiahkan sukarelawan pada Majlis Kesyukuran Muslim Aid Jumaat ini (25 Mac 2011)

bersama Deva, wakil dari eHomemakers

mencuba cermin mata hitam yang diberi

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, March 22, 2011

Peringkat Akal Manusia

Baru ini saya telah meluangkan masa dengan anak-anak ASDAF di asrama mereka sempena cuti sekolah selama seminggu. Selepas selesai pertandingan futsal, Muslim Aid telah menawarkan aktiviti terbaru di ASDAF di mana anak-anak ASDAF berpeluang untuk keluar 'outing' dengan syarat mereka tidak ponteng sekolah, turun solat lima waktu, rajin dan berdisiplin. Secara kesuluruhannya adalah untuk memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak ASDAF untuk terus berjaya.

Salah seorang anak ASDAF iaitu adik Afiq agak rapat dengan saya. Afiq telah dipilih untuk menjadi ketua pelajar di ASDAF dan perlu menjadi contoh kepada penghuni ASDAF yang lain. Setiap kali berjumpa dengan Afiq, dia akan luahkan rasa kesal terhadap prestasi dirinya yang kian merosot dari hari ke hari. Katanya, pelajarannya juga sedikit merosot walaupun sudah masuk ke kelas yang pandai awal tahun ini di sekolah. Katanya lagi dia lebih kerap tidur pada waktu prep dan hujung minggu. Perkara sebegini sudah berkali-kali saya dengar dan merupakan masalahnya yang sama sahaja.

Di sini saya mendapat ilham, untuk bantu motivasikan adik Afiq. Saya cuba menyatakan kepadanya dengan cara paling ringkas. Manusia ini sebenarnya berada dalam empat fasa.

Fasa pertama: Memikirkan tentang masalah
Fasa kedua: Memikirkan tentang idea-idea yang boleh selesaikan masalah
Fasa ketiga: Merealisasikan idea yang sesuai untuk selesaikan masalah
Fasa keempat: Secara berterusan (istiqomah) dalam penambahbaikan
(theory matasura)

Saya terangkan kepada Afiq, kebanyakan manusia hanya mampu berada di fasa pertama sahaja. Ada orang yang setiasa memikirkan tentang masalah dan kesan-kesan masalah sehingga menyebabkan diri sendiri menjadi murung. Tidak salah untuk kita fikirkan tentang masalah atau punca masalah tersebut. Namun begitu perlu disusuli ke fasa kedua di mana kita fikirkan tentang idea untuk selesaikan masalah tersebut. Ramai juga manusia yang hanya mampu beralih dari fasa pertama ke fasa kedua. Kita berkongsi idea untuk selesaikan masalah, kita adakan diskusi, 'brainstorming' malahan golongan-golongan dari profesional dan pemimpin juga sentiasa mengeluarkan idea-idea yang bernas. Adakala kita boleh lihat di kedai kopi, malahan di laman Facebook, ramai dikalangan kita yang mengeluh tentang masalah, namun ramai juga yang memberi idea-idea yang bernas untuk selesaikan masalah.

Namun begitu, kebolehan untuk ke fasa ketiga ini yang mula membezakan keupayaan individu yang hanya mampu berada di fasa pertama dan kedua. Fasa ketiga ini agak sukar, tetapi perlu diiringi dengan kesabaran yang tinggi. Sebagai seorang Muslim,di sini kita perlu selingkan dengan doa. Doa agar dipermudahkan, agar berjaya di dunia dan akhirat. Di sini saya terangkan kepada adik Afiq, peringkat ketiga ini antara mahu atau tidak mahu. Bak kata pepatah Melayu,

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Mahukah kita menjadi seperti seseorang yang memberi hujah bertalu-talu, meluahkan rasa benci atau kesal terhadap sesuatu masalah, namun bila diajak untuk memperbetulkannya, pelbagai alasan akan timbul. Alasan yang popular seperti "tiada masa, tak cukup duit, tak mampu buat sorang-sorang, mereka itu tak pernah faham ke?"

Peringkat fasa ketiga ini merangkumi aspek perancangan yang teliti. Selepas meneliti fasa pertama dan kedua, idea terbaik dipilih dan dirangkakan. Bagi adik Afiq, Afiq sudah gariskan masalahnya iaitu prestasi diri sedikit merosot. Dalam fasa kedua, Afiq menggariskan beberapa idea yang sesuai untuk meningkatkan prestasi diri. Afiq sedar dengan meningkatkan prestasi diri, secara tidak langsung Afiq dapat meningkatkan tahap akademiknya dan juga disiplin. Berikut adalah perjalanan adik Afiq dari fasa pertama dan kedua

Fasa pertama: Masalahnya prestasi diri merosot (Memikirkan tentang masalah)
Fasa kedua: untuk tingkatkan prestasi diri, Afiq ingin fokus kepada peringkat asas (fikirkan idea untuk selesaikan masalah)

Afiq menggariskan 3 perkara (resolusi) yang mudah bagi Afiq lakukan
1- membaca al-quran sebelum Magrib
2- membaca doapada sujud terakhir
3- menyediakan air yasin setiap kali membaca yasin beramai-ramai pada setiap malam Jumaat

Rasulullah SAW bersabda
"Paling hampir tempat hamba dengan tuhannya ialah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa”.

[Sahih Muslim 3/29 no hadis 744]
Fasa ketiga: Melaksanakan idea di fasa kedua

Pada fasa pertama dan kedua ini, agak mudah. Kini adik Afiq sudah tahu apa yang perlu dilakukannya agar prestasi diri dapat diperbaiki. Afiq akan mulakan fasa ketiga yang merupakan cabaran yang paling utama. Untuk melakukan 3 perkara di atas nampak mudah, namun ia tidak semudah yang disangkakan kerana Afiq perlukan disiplin yang tinggi. Adik Afiq sudah mulakan fasa ketiga, walaupun adakala tertinggal, tapi ini memberi peluang kepada Afiq untuk terus berusaha agar dapat meningkatkan prestasi diri. Sebaiknya perlaksanaan peringkat fasa ketiga ini berterusan selagi boleh dan selepas ini barulah adik Afiq boleh melangkah ke fasa keempat dimana adik Afiq akan menambahbaikkan usaha (resolusi fasa kedua) yang dijalankan selama ini.

Hal ini sama juga dengan golongan dewasa seperti diri kita. Fasa ketiga ini tidak ramai yang dapat lakukannya. Sekiranya semua orang dapat laksanakan fasa ketiga dan keempat dengan mudah, maka negara kita malahan seluruh dunia akan menjadi tempat yang lebih baik. Bak kata Michael Jackson dalam lagunya Heal The World

"Heal the world, make it a better place..."
(Michael Jackson; Heal The World)

Sebelum melangkah ke fasa ketiga ini, bagi yang biasa dengan pengurusan atau jurusan kejuruteraan, pelbagai method diajar untuk merangkakan kaedah yang sesuai untuk selesaikan sesuatu masalah. Antara elemen atau kaedah yang biasa saya gunakan untuk merangka penyelesaian sesuatu masalah seperti Gantt Chart (carta Gantt), Mind Map, Fishbone Diagram, Logical Framework Approach dan SMART (specific, measurable, attainable, realistic & timely).

Allah berfirman

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat. Dan sesungguhnya hal itu memang amat berat, kecuali atas orang-orang yang khusyuk" (al-Baqarah ayat 25)

“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Surah al-Ra‘d, ayat 11)

Dari sebuah masalah yang besar sehingga ke masalah yang kecil di rumah dapat diselesaikan sekiranya keempat-empat fasa ini dilalui dan dilaksanakan dengan baik. Tunjangnya setiap masalah itu perlu diselesaikan di peringkat akar umbi dan penyelesaiannya diselingkan dengan doa dan tawakkal. Sebaiknya, cubalah ambil inisiatif untuk melangkah ke fasa seterusnya. Sekiranya kita berada di fasa pertama, ingatlah yang kita masih ada fasa kedua. Setiap permasalahan ini mempunyai jalan penyelesaiannya. Dan apabila berada di fasa kedua, kuatkan diri untuk ke fasa ketiga. Sekiranya orang lain 'bergelumang' di fasa kedua, dan sudah mengutarakan pelbagai idea yang bernas, kita ambil inisiatif untuk langkah ke fasa ketiga. Ambil idea terbaik, dapatkan rakan-rakan yang boleh membantu, dan laksanakan fasa ketiga, atau kita sebut sebagai peringkat implementation. Bak kata seorang tokoh pendidikan Barat yang buta dan pekak

"Ideas without action are worthless...."
(Hellen Keler 1880-1968)
Apabila fasa ketiga dapat dilakukan dengan baik, kita langkah kefasa keempat iaitu penambahbaikan atau improvement. Percayalah, pada peringkat keempat inilah dimana seorang individu mencapai tahap kepuasan yang tinggi dan secara tidak langsung akan memberi kesan positif kepada mereka disekelilingnya terutama pada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Wallahualam.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, March 19, 2011

Devastating Earthquake and Tsunami Hit Japan


A devastating tsunami and earthquake measuring 9.0 on the Richter scale, hit the north-east coast of Japan on Friday 11th March, claiming over 2,000 lives so far. In what is seen as the country’s biggest earthquake in its history, the death count is rising as Japan’s Government starts its emergency relief.

The extent of the destruction across Japan is slowly becoming clear as a further 10,000 people are feared dead or missing after the tremor triggered a tsunami that swept through cities, towns and villages. Towns such as Saito have been completely wiped out due to the Tsunami; although the country’s capital, Tokyo has escaped relatively unscathed. Around 450,000 people have been staying in temporary shelters.

While relief operations are underway, a state of emergency has been declared as the country still faces possible nuclear disaster. Tremors from the earthquake caused reactors at the Fukushima Daiichi nuclear power plant to become unstable causing two explosions over the past few days and sending low but alarming levels of radiation into Tokyo.

Muslim Aid is monitoring the situation closely and has been in contact with partners in the region to discuss the needs of the affected people.

Donate now at Muslim Aid's CIMB account 1422-0000070-10-8 under Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Email us the slip payment to mail@muslimaidasia.com together with your name, address and contact number. Each contribution will entitle for the tax exemption receipt.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, March 17, 2011

Hadiah untuk Pelajar ASDAF yang Cemerlang


Selesai pertandingan futsal, kini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) menawarkan anak-anak ASDAF yang cemerlang. Setiap rumah kebajikan di Malaysia biasanya menghadapi masalah sama ada masalah kewangan atau masalah jati diri atau moral. Asrama Darul Falah (ASDAF) ini sentiasa memerlukan sokongan dari segi jati diri. Di sini Muslim Aid memainkan peranannya bukan sahaja untuk membantu anak-anak orang asli di ASDAF untuk menyesuaikan diri tinggal di Kuala Lumpur, malahan untuk membantu mereka dari segi akademik dan juga kemahiran diri. Poster ini telah ditampalkan di ASDAF bagi memberi semangat untuk anak-anak ASDAF meningkatkan disiplin dan jati diri mereka.

Muslim Aid mengajak pembaca blog ini untuk turut serta menaja anak-anak ASDAF untuk hadiah-hadiah yang dinyatakan di atas. Mungkin ada yang ingin memberi idea baru lawatan atau aktviti lain juga amat dialukan. Pada yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke tabung orphan aid Muslim Aid di akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila emailkan bank slip ke mail@muslimaidasia.com bersama dengan

nama penuh:
alamat:
no tel:
tujuan untuk orphan aid

Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai. Rujukan LHDN:01/35/42/51/179-6.6487

Muhammad bin Kamarulazizi

Program Ibu Tunggal Anjuran Muslim Aid di MHI TV3


Alhamdulillah pada 15 Mac 2011, Program Kulinari untuk Ibu Tunggal anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Silverspoon International Colleague telah mendapat liputan di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Liputan kali ini menengahkan peluang kepada golongan korporat dan juga individu untuk menaja ibu-ibu tunggal ini mengikuti program yang akan dibimbing oleh chef selebriti iaitu Chef Zam. Sudah ramai ibu tunggal telah mendaftar bagi program kulinari dan pada masa yang sama, proses mendapatkan tajaan juga giat dijalankan bagi memberi peluang kepada ibu tunggal mengikut program ini secara percuma.

di rancangan MHI TV3

taklimat diberikan sebelum bermula siaran

rakaman dijalankan bersama Abby Fana, Fidtri dan Chef Zam

Pada golongan korporat, SME mahupun individu yang ingin menyumbang ke tabung ibu tunggal Muslim Aid, boleh lakukannya di akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, March 16, 2011

Anak-anak ASDAF dan Honda Dreams Fund

Pada 15 Mac 2011 yang lepas saya membawa 3 orang anak ASDAF ke program Honda Dreams Fund (HDF) dimana program ini memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk mencapai cita-cita yang mereka inginkan.

sementara menunggu sesi temuduga

selesai temuduga sebelum pulang

Syarat yang diletakkan oleh HDF yang paling utama ialah mempunyai impian yang ingin dicapai, pendapatan ibu bapa kurang dari RM1500 dan berumur antara 17 hingga 24 tahun. Dua orang pelajar bekas ASDAF dan seorang pelajar tingkatan 6 dari ASDAF telah mencuba nasib di HDF. Mereka ditemuduga oleh dua orang panel yang seorangnya dari HDF sendiri dan seorang lagi dari penganjur bersama UNDP. 80 orang telah hadir untuk temuduga tersebut dan 20 orang akan dipilih untuk mengikuti biasiswa HDF.

Borang boleh diperoleh di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Kejohanan Futsal Amal untuk Anak-anak Yatim Selangor anjuran BKSK 2011


Lokasi: Futsal Frenzy, S15 Shah Alam
Tarikh: 12 Mac 2011

Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan futsal amal untuk anak-anak yatim anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah (BKSK) yang telah berlangsung di Shah Alam. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah menaja dan membawa 10 pasukan futsal, 5 darinya dari ASDAF, 2 pasukan dari Madrasah Hashimiah, 2 lagi dari Somali Gombak dan sebuah pasukan dari Rohingya Klang.

bersiap sedia sebelum pertandingan


antara pasukan di bawah Muslim Aid

perlawanan akhir ASDAF A dan ASDAF B perempuan

makan tengahari yang disediakan oleh Muslim Aid

perlawanan akhir Somalia Gombak vs Rumah BKSK Meru Klang


Pertandingan kali ini menyaksikan pasukan perempuan ASDAF merangkul tempat pertama dan kedua manakala pasukan Somali Gombak mendapat tempat kedua bagi kategori bawah 17 tahun. Pasukan ASDAF lelaki bawah 15 tahun berjaya layak hingga ke separuh akhir, manakala pasukan ASDAF bawah 17 tahun dan Rohingya Klang hingga ke peringkat suku akhir.

Kejohanan futsal ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada anak-anak orang asli dari ASDAF, anak-anak pelarian Somalia, Myanmar Muslim dan Rohingya untuk berinteraksi dan berkenalan antara satu sama lain juga dengan anak-anak yatim tempatan. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan dan juga sukarelawan yang tanpa penat lelah memberi sokongan dan bantuan bagi membawa anak-anak dibawah Muslim Aid merangkul kejuaraan bagi pertandingan futsal amal ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, March 10, 2011

Sponsor Kasut Futsal Untuk Anak-anak Yatim


Dua hari sahaja lagi sebelum pertandingan futsal amal antara rumah anak yatim seluruh selangor yang akan berlangsung di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam pada 12 Mac 2011 ini. Hasil sumbangan orang ramai kepada Muslim Aid, kasut-kasut futsal sudah dibeli untuk pasukan futsal dari ASDAF dan Madrasah Hashimiah. Setiap pemain diberi kasut Warrior yang juga dapat digunakan untuk ke sekolah. 10 pasukan tajaan Muslim Aid akan mewakili rumah kebajikan masing-masing untuk pertandingan futsal amal bagi tahun ini.


pasukan dari ASDAF

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, March 7, 2011

Gerai Muslim Aid di Majlis Alumni Sri Puteri, Cyberjaya


Pada 5 Mac 2011 yang lepas, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah membuka gerai jus buah-buahan di Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya bersempena dengan Hari Alumni Sri Puteri. Gerai jus buah-buahan ini dibuka untuk sebagai salah satu langkah untuk mengumpul dana bagi program-program Muslim Aid 2011. Jus buah-buahan seperti epal dan limau dan air panas seperti kopi dan teh habis dijual dalam tempoh empat jam. Gerai Muslim Aid ini juga telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar Sri Puteri untuk mengenali Muslim Aid dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Amir menyediakan jus buah-buahan

staf Muslim Aid dan juga sukarelawan

Pihak sekolah dialu-alukan untuk menjemput Muslim Aid ke program-program sekolah yang dapat memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, March 4, 2011

Kelas Kulinari Untuk Ibu Tunggal


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Ramiza Synergy dan Silverspoon International College akan mengadakan kelas kulinari untuk warga ibu tunggal. Program ini akan dijalankan di Silverspoon International College dibawah bimbingan selebriti chef, iaitu chef Zam. Program ini memberi peluang kepada warga ibu tunggal untuk mempelajari cara-cara membuat kek dan pastry. Mereka juga akan didedahkan dengan kaedah marketing yang sesuai secara online dan offline. Dengan ini secara tidak langsung kaum ibu tunggal dapat menambah pendapatan sampingan untuk menyara keluarga mereka. Sejak minggu lepas, ramai ibu tunggal dan suri rumah telah menelefon pejabat Muslim Aid dan Ramiza Synergy untuk menyertai program tersebut. Program kulinari ini telah mendaat liputan di Harian Metro dan Kosmo.

Muslim Aid kini masih memerlukan sumbangan dana bagi menampung kos engkel kulinari ini. Pada dermawan yang punya rezeki lebih amat dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu kaum ibu tunggal mempelajari kelas kulinari ini secara percuma. Kos kesuluruhan yang diperlukan untuk setiap kelas ialah antara RM10 ribu hingga RM20 ribu yang akan merangkumi kos bahan mentah, peralatan, tempat tinggal dan kelas marketing.

Pada yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Slip bank diemailkan ke mail@muslimaidasia.com bersama

Nama penuh:
Alamat:
No tel:
Jumlah:

Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...