Lokasi: Cheras Baru
Tarikh: 30 Sept 2010
Semalam saya bersama team UNHCR dan MRA ke Cheras Baru untuk mengenal pasti golongan remaja dan belia dari komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim untuk menyertai kem motivasi anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) yang akan diadakan di FRIM, Kepong pada 8 Oktober akan datang.
Kem motivasi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti pelarian ini untuk membentuk sebuah pasukan atau team yang dapat bekerjasama untuk menjalankan lebih banyak program dibawah bimbingan pasukan sukarelawan Muslim Aid.
Pada sukarelawan yang berminat untuk menyertai program kem motivasi ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-2881996 atau saudara Khairul di 012-5420520
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment