Lokasi: Pasar Tani Mega Melawati
Tarikh: 23 Oktober 2010
Masa: 6.30am - 11.30am
Alhamdulillah, promosi program Qurban For Life (Q4L) sudah bermula di 2 buah Pasar Tani mega iaitu di Taman Melawati dan juga di Shah Alam. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kemah akan dibuka dan orang ramai berpeluang untuk mendapatkan maklumat tentang program Q4L anjuran Muslim Aid ini. Ramai pengunjung pasar tani datang mengambil brosur dan ada juga yang sudah pun menunggu kemah Q4L Muslim Aid. Sudah ada penderma yang turut serta menyertai program Q4L dihari pertama promosi ini dibuka.
InsyaAllah Sabtu dan Ahad depan juga akan dibuka seperti biasa dan orang ramai dan para dermawan boleh datang sendiri untuk melihat contoh tin daging Q4L yang digunakan sebagai food aid ke Gaza, Iraq dan dalam Malaysia. Sukarelawan dijemput untuk bersama membantu mempromosikan program Q4L ini. Pada yang berminat untuk datang menyertai program Q4L, boleh datang ke Pasar Tani Mega Melawati setiap hari Sabtu jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi manakala Pasar Tani Mega Shah Alam setiap hari Ahad jam 6.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.
Muhammad bin Kamarulazizi