About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, June 29, 2010

Pelajar UUM Bersama Anak-anak ASDAF


Lokasi: ASDAF
Tarikh: 26 Jun 2010
Program: Pelajar PJJ UUM

Kehadiran pelajar-pelajar PJJ UUM telah menggembirakan anak-anak ASDAF dengan program sukaneka dan makan tengahari bersama-sama. Pelajar PJJ UUM yang telah diketuai oleh cik Mira ini bersama hampir 20 orang pelajar lain telah merancang program tersebut sebulan awal dengan menghubungi saya sendiri. Perancangan rapi telah dilakukan dan program telah berjalan dengan lancar. Anak-anak ASDAF gembira menyambut kehadiran kakak-kakak dan abang-abang dari UUM dan berharap lebih ramai sukarelawan untuk datang ke ASDAF di masa hadapan.

anak-anak ASDAF bersama hadiah hamper mereka

aktiviti sukaneka

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, June 25, 2010

Pasukan Bola Sepak Muslim Aid


Sempena dengan muslim piala dunia ini, pihak UNHCR akan menganjurkan perlawanan bola sepak antara pelarian di Kuala Lumpur. Pertandingan bola sepak ini bakal bermula pada 17 Julai dan akan diwakili oleh 16 pasukan pelarian seperti dari komuniti Afghanistan, Somalia, dan juga dari etnik Myanmar termasuk dari kumpulan Rohingya. Muslim Aid juga telah dijemput untuk memeriahkan pertandingan ini.



Kini Muslim Aid membuka peluang kepada orang ramai terutamanya sukarelawan dan juga penderma untuk mendaftarkan diri sebagai pemain dalam Muslim Aid FC. Pendaftaran akan tutup pada hari Ahad ini bersamaan 27 Jun 2010. Jersi akan disediakan oleh pihak UNHCR. Pada yang berminat, boleh hubungi saya di muhammad@muslimaidasia.com atau hubungi saya terus di 012-3377195.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, June 24, 2010

Perasmian Bengkel Menjahit untuk Ibu Tunggal dan OKU


Lokasi: Rumah Titian Kaseh
Tarikh: 21 Jun 2010
Program: Bengkel Menjahit untuk Ibu Tunggal dan OKU

Alhamdulillah, sebuah lagi program pembangunan ummah dapat dijalankan di Rumah Titian Kaseh (RTK) untuk golongan ibu tunggal dan OKU, iaitu bengkel menjahit anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan peruntukan telah diberikan oleh Baitulmal Wilayah Persekutuan. Bengkel menjahit ini bermula dengan 10 orang ibu tunggal dan OKU dari sekitar KL dan dari RTK sendiri. Bengkel menjahit ini dijalankan selama 3 bulan dan kini sudah masuk bulan yang pertama.


alas kaki yang dihasilkan lembut dan meresap air boleh didapati di RTK


pengarah program bengkel menjahit, cik Azmira (kiri sekali) bersama guru menjahit

ibu tunggal menunjukkan skil menjahit yang telah dipelajari

dalam proses menyiapkan baju kurung

Dengan adanya program sebegini, golongan ibu tunggal dan OKU ini dapat menjana pendapatan sendiri. Perancangan Muslim Aid selepas bengkel menjahit ini ialah untuk mengajar pula teknik pemasaran bermula di KL. Pada yang ingin menyumbang kepada program pembangunan ummah sebegini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau melalui akaun CIMB: 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Setiap sumbangan akan diberi pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009)

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, June 17, 2010

Bantuan Kemanusiaan Gaza Tetap Diteruskan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita penahanan kapal ‘Mavi Marmara’ dan ‘Rachel Corrie’ oleh pihak tertentu. Apatah lagi misi keamanan ini tidak dapat disampaikan kepada penduduk Gaza akibat penahanan kapal tersebut. Pastinya kita berasa amat terkilan kerana tidak dapat menyampaikan bantuan akibat tindakan kejam pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kami di Muslim Aid turut berasa kesal atas musibah yang menimpa sewaktu misi kemanusiaan ini dilaksanakan. Justeru, kami ingin membuka peluang kepada orang ramai yang sedia membantu untuk menyampaikan bantuan kepada saudara Islam kita di Gaza. Untuk makluman, rangkaian Muslim Aid telah pun sedia memberi bantuan kepada Gaza sejak lebih 20 tahun yang lalu. Bantuan kemanusiaan yang sentiasa disalurkan secara berterusan adalah terdiri daripada 3 bentuk bantuan iaitu makanan, ubat-ubatan dan bekalan air bersih.

Muslim Aid masih mengalu-alukan sumbangan untuk membantu mengurangkan penderitaan saudara kita di Gaza. Sumbangan yang diterima adalah layak menerima resit pengecualian cukai.
Setiap sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank CIMB: 1422-0000070-10-8 atas nama (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)

Sila kepilkan sekali slip pembayaran beserta dengan

Nama penuh:
Alamat rumah:
Nombor telefon:

P/S: Untuk sumbangan melebihi RM5000, sila sertakan sekali nombor kad pengenalan.

InsyaAllah sedikit usaha murni kita ini akan dapat membantu meringankan beban saudara Islam kita di Gaza. Anda juga boleh membantu untuk menghebahkan emel ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara. Semoga sumbangan kecil ini mendapat keberkatan daripadaNya. Amin.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, June 12, 2010

Progress Kelas Komunikasi Bahasa Inggeris untuk Pelarian Somali di Gombak


Program: Kelas Bahasa Inggeris untuk Pelarian Somalia
Lokasi: Gombak

Kelas komunikasi Bahasa Inggeris untuk pelarian Somalia dengan kerjasama SPF UNHCR dan Muslim Aid sudah berjalan lebih dari sebulan. Kelas 3 bulan ini diuruskan sepenuhnya oleh Muslim Aid yang telah mendapat dana dari pihak UNHCR. Sambutan kelas amat menggalakkan dengan adanya guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman iaitu saudara Yusuf Glanfield. Kini pihak Muslim Aid bersama dengan UNHCR dalam proses untuk merangka silibus asas Bahasa Inggeris yang akan dijadikan rujukan untuk sekolah-sekolah komuniti pelarian termasuk Rohingya, Myanmar, Afghanistan dan sebagainya.


playcard yang digunakan

kerjasama antara satu sama lain


Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, June 10, 2010

Berkelah di Port Dickson Bersama Anak-anak ASDAF


Lokasi: Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
Tarikh: 10 Jun 2010

Hari ini anak-anak ASDAF berpeluang ke Teluk Kemang, Port Dickson untuk berkelah sempena dengan cuti sekolah selama dua minggu. Anak-anak ASDAF sudah bersiap seawal jam 8 pagi, dan bertolak ke Port Dickson jam 8.30 pagi. Kami tiba di sana dalam jam 10 dan terus ke muzium Tentera Darat. Muzium Tentera Darat ini agak unik dan memberi informasi yang bagus tentang sejarah pahlawan dan perajurit negara kita.

melihat kisah sejarah pembunuhan JWW Birch

Jam 11 lebih, kami terus bertolak ke Teluk Kemang dan kelihatan tidak ramai pengunjung. Mungkin kerana bukan hari minggu. Seperti yang diketahui, anak-anak ASDAF ini merupakan dari komuniti orang asli dan kebanyakan daripada mereka tidak pernah berkelah di pantai. Tercuit hati saya apabila salah seorang daripada anak ASDAF ini berkata, abg mat, kenapa air laut ini masin sangat? Ini menunjukkan mereka tidak pernah ke pantai dan hanya biasa dengan sungai dan jeram yang berasaskan air tawar.

antara jet pejuang yang diminati anak-anak ASDAF

bersama anak-anak ASDAF

pengalaman yang menyeronokkan bagi mereka

pantai di Teluk Kemang yang bersih dan jernih

InsyaAllah esok mereka akan pulang ke kampung halaman untuk menyambung cuti yang berbaki seminggu. Apabila buka sekolah, pihak dari Muslim Aid akan merancang untuk mengadakan kem motivasi dan jati diri yang akan melibatkan warga pelarian dari Rohingya dan Myanmar Muslim. Pada yang berminat untuk menyumbang dari segi kewangan atau tenaga, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Program Food Aid Muslim Aid di Bagan Serai Mendapat Liputan di Harian Metro

Alhamdulillah, salah satu program food aid di Bagan Serai anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mendapat liputan di Harian Metro pada 9 Jun 2010. Pautan di Harian Metro di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, June 9, 2010

Pelarian Palestin di Malaysia


Program: Bengkel Pelarian Non South East Asia
Lokasi: De Palma Hotel
Anjuran: Malaysian Social Research Institute (MSRI)
Date: 8 Jun 2010

Saya telah dijemput untuk menyertai bengkel pelarian anjuran MSRI untuk berbincang tentang permaslahan dan mengenal pasti kaedah atau cara yang efisyen untuk membantu saudara pelarian kita dari Timur Tengah seperti Palestin dan Iraq. Banyak NGO turut serta untuk memberi sokongan.

Seperti yang kita ketahui, kini dunia digemparkan dengan serangan tentera Israel ke atas kapal misi kemanusiaan Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan kepada masyarakat di Gaza Palestin. Hal ini telah menimbulkan semarak untuk memperbanyakkan lagi bantuan kepada negara Palestin terutama sekali di Gaza. Sejak serangan tentera Israel keatas masyarakat Palestin, ramai warga Palestin telah menjadi pelarian nak berpindah ke kem-kem pelarian seperti di Lebanon, Jordan dan Mesir. Ada yang mengambil kesempatan untuk berpindah ke Iraq namun begitu Iraq pula telah dihimpit dengan penaklukan dari Amerika Syarikat.

Sedar atau tidak, kini terdapat ramai pelarian Palestin yang berada di Malaysia. Malaysia dijadikan salah satu lokasi 'heaven' bagi pelarian Palestin kerana Malaysia mempunyai majoriti penduduk Islam. Mereka datang ke Malaysia menggunakan on arrival visa dan berharapan untuk memulakan kehidupan baru di Malaysia.


pelarian dari Palestin yang berkongsi tentang kisah hidup mereka di Malaysia

Namun sangkaan mereka agak meleset, apabila menyedari Malaysia tidak mengiktiraf perkataan 'pelarian' atau lebih disebut sebagai 'refugees' dan disebabkan status ini, mereka tidak dibenarkan bekerja dan anak-anak mereka tidak dibenarkan untuk belajar di sekolah tempatan. Mereka terpaksa berhadapan dengan kemungkinan ditangkap oleh pihak imigresen mahupun Rela. Ini menyebabkan tekanan mental dan trauma kepada mereka atas kerisauan terhadap keselamatan diri dan keluarga. Keadaan mereka di Malaysia menjadikan mereka ini tidak dilindungi oleh undang-undang dan amat mudah dieksploitasi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Saya agak terkilan apabila mendengar kisah dari pelarian dari Palestin yang berada di Malaysia. Mereka sentiasa hidup dalam keadaan tertekan kerana risau keselamatan keluarga. Mereka terpaksa hidup berpindah-randah dan anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan asas seperti masyarakat tempatan yang lain. Kita biasa melaungkan sokongan kita kepada rakyat Gaza, Palestin, lagi-lagi apabila berlakunya serangan oleh pihak Israel. Inilah masanya untuk kita sendiri membantu rakyat Palestin yang kini berada di Malaysia, tetapi terkontang-kanting untuk meneruskan kehidupan.

Kepada pembaca blog yang prihatin, anda boleh menyumbang melalui tabung pelarian Muslim Aid di akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila nyatakan sekali bahawa sumbangan tersebut adalah untuk tabung bantuan pelarian berserta dengan nama penuh anda, nombor telefon dan alamat surat menyurat dan diemailkan kepada mail@muslimaidasia.com. Setiap sumbangan akan diberi pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009) Atau hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 untuk informasi lanjut.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, June 5, 2010

Cuti Sekolah Sudah Bermula


Cuti sekolah sudah bermula dan ramai murid-murid mengambil kesempatan ini untuk rehat selepas selesai peperiksaan mereka. Tidak terlepas juga anak-anak yatim dan miskin dari rumah kebajikan juga mendapat peluang untuk cuti selama dua minggu. Saya ke ASDAF semalam untuk memberi kelas tusyen kepada anak-anak ASDAF tingkatan 3. Saya dapat lihat betapa gembiranya anak-anak ASDAF ini berpeluang untuk bercuti dan merehatkan minda.

di pejabat Muslim Aid

Pagi ini saya berpeluang untuk membawa dua orang anak ASDAF yang paling muda iaitu Miana dan Nurul untuk sarapan pagi di Sentul Boulevard. Miana berumur 10 tahun dan Nurul pula berumur 9 tahun dan masing-masing berasal dari Cameron Highland. Selepas sarapan saya bawa mereka pulang, dan kali ini 4 anak ASDAF tingkatan 3 pula bersama saya ke pejabat Muslim Aid untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Mereka perlu menyiapkan folio sejarah dan geografi. Sekurang-kurangnya di pejabat Muslim Aid, mereka boleh ekses internet untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...