About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, January 11, 2010

Indoor Games bersama Anak Pelarian Rohingya



Lokasi: Madrasah Hashimiah, Selayang
Tarikh: 10 Jan 2010

Penerima: Anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya

Kerjasama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), shukur.org, halaqah.net dan juga warga Totcupcakes telah bersama menjayakan program 'indoor games' untuk anak-anak pelarian Rohingya di Selayang. Perancangan bermula dengan Rahman iaitu salah seorang sukarelawan Muslim Aid yang juga aktif di forum shukur.org yang ingin mengadakan satu program meraikan anak-anak yatim. Dan alhamdulillah semalam semua berjalan dengan lancar.

Lebih 60 orang anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya dan hampir 30 orang sukarelawan yang terlibat dalam program ini. Sukarelawan semua telah berkumpul di Petronas sebelah Giant Batu Caves jam 8.30 pagi dan bergerak ke Madrasah Hashimiah, Selayang jam 9.15 pagi.

Dari kiri Ust Hashim, Hj Wan Rusli (Muslim Aid) dan wakil Halaqah


makanan yang enak dari warga Totcupcakes!

Hj Wan Rusli bersama anak-anak Rohingya

dari kiri En Fairuz, Pn Hamidah Sonan, Puan Ellinnur, dan Pn Nik Noorizan

Mira (Muslim Aid) bersama anak-anak Rohingya

sesi makan

pandai juga mereka bermain karom

belajar untuk jadi hartawan

en Fairuz, suami kepada Puan Elinnur bersama anak-anak Rohingya

nasyid dari anak-anak Rohingya

Program bermula jam 10 pagi selepas semua barang-barang sumbangan serta makanan sudah di bawa masuk ke rumah tersebut. Wakil dari Muslim Aid, shukur.org dan keluarga Elinnur sempat memberi kata-kata aluan dan games bermula bermula jam 10.30 yang diketuai oleh cikgu Taty, kakak kepada Puan Elinnur. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, bawah 12 tahun akan bermain dengan 'jigsaw puzzle' dan atas 13 tahun akan bermain saidina, sahibba dan karom. Jam 11.30 pagi, anak-anak Rohingya bersama sukarelawan dijamu dengan makanan ringan seperti mi goreng, bihun goreng, cupcake, sandwich dan macam-macam lagi. Jam 12.15 semua sukarelawan dibawa melawat asrama madrasah ini. Di sini sukarelawan dapat menyelami keadaan anak-anak yang tinggal di sini. Jam 12.30 didendangkan dengan nasyid oleh anak-anak Rohingya dan seterusnya sesi bergambar. Program selesai jam 1 tengahari.

pose dlu...

yang kecil bermain dengan belon

kakak-kakak sukarelawan bersama anak-anak Rohingya

Rizal sukarelawan dari Muslim Aid dan ahli Shukur.org

meyambut kedatangan sukarelawan semua

Rahman bersama anak-anak Rohingya

Ustaz Hashim sebagai pengetua Madrasah Hashimiah amat terharu dan menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Barang-barang keperluan dapur juga telah disumbangkan seperti beras, minyak masak, susu tin, ubi kentang dan sebagainya. Hasil kutipan dari kawan-kawan juga telah diserahkan terus kepada Ustaz Hashim. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dariNya.

lebih banyak gambar di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

3 comments:

insya'Allah dilain masa, aku akan cuba menghadirkan diri.

Mad, tu rahman dengan anak-anak dia ke?
muahahahha...

qathrunada - sama2..
Dnazri - blehh..next time plak..
yg tu memang anak2 rahman...hehe....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...