Hari ini pertemuan Muslim Aid dengan Ramli Sarip dan pengurusnya di Bangsar Village. Perbincangan diadakan untuk melihat kerjasama Ramli Sarip dalam misi kemanusiaan dan kebajikan Muslim Aid. Saya kagum dengan kesungguhan Ramli Sarip untuk melibatkan diri bersama Muslim Aid. Lagu dan lirik Ramli Sarip kini lebih kepada mesej kemanusiaan sesuai dengan apa yang diperjuangkan oleh Muslim Aid. Penglibatan artis dalam kerja-kerja kebajikan ini mengingatkan saya kepada pengasas Muslim Aid iaitu Yusuf Islam atau dikenali sebagai Cats Steven yang juga berasal dari aliran seni. Semoga dengan usaha ini, dapat memberi impak yang positif dalam kerja kebajikan dan kemanusiaan di Malaysia dan luar negara.
Muhammad bin Kamarulazizi
1 comments:
Muhammad. Ada peluang bawa Ramli Sarip dan A. Samad Said dalam Program Bicara Tokoh untuk 2010 di SMK Jelai Felda
Post a Comment