About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Thursday, November 5, 2009

Muslim Aid di Rancangan Fitrah Kasih


Hari ini saya diberi peluang untuk menghebahkan tentang aktiviti sukarelawan dan program-program Muslim Aid di rancangan Fitrah Kasih. Rancangan satu jam ini menceritakan tentang aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemanusiaan yang dijalankan oleh NGO dan persatuan di seluruh Malaysia. Krew Fitrah Kasih sempat merakam beberapa aktiviti Muslim Aid seperti program tusyen untuk keluarga yang memerlukan, bantuan food aid dan program Qurban For Life (Q4L). Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada krew Fitrah Kasih kerana telah berusaha menwar-warkan aktiviti Muslim Aid kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Semoga usaha yang amat baik ini dapat meramaikan lagi individu-individu yang cenderung kepada kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...