About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, April 17, 2009

Majlis Muafakat Dakwah Malaysia Kemboja


Lokasi: Tingkat 6, Bangunan PERKIM
Masa: 9.30-4.00pm
Tarikh: 16 April 09

Saya telah dijemput untuk menghadiri Majlis Muafakat Dakwah Malaysia Kemboja (MMDMK). Majlis ini menyaksikan persetujuan bagi NGO dari Malaysia untuk membina dan memperkukuhkan sistem kehidupan yang berlandaskan ajaran Islam yang lebih menyeluruh seperti penyediaan sistem ekonomi, pendidikan dan pengurusan.

Tujuan Majlis Muafakat Dakwah Malaysia-Kemboja ini ditubuhkan dengan tujuan utama untuk:

  1. Menyelaras kerja-kerja dakwah, khidmat kemasyarakatan dan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh NGO Malaysia di bumi Kemboja.
  2. Membantu ahli-ahli gabungan mempertingkatkan keberkesanan program dakwah dan kemanusiaan yang dilakukan di Kemboja.
  3. Menambah nilai dan kualiti terhadap kerja-kerja dakwah, kemasyarakatan dan bantuan kemanusiaan yang diberikan selama ini dengan memfokus kepada pengukuhan sistem dan infrastruktur pengurusan umat Islam di Kemboja.
Antara NGO yang terlibat dengan MMDMK
  1. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
  2. Yayasan Islam Hadhari
  3. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
  4. World Islamic Call Society (WISC), Asia Pacific Region
  5. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
  6. Yayasan Taqwa MAIWP
  7. Persatuan Mahasiswa Timur Tengah
  8. Global Peace Mission Malaysia
  9. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)
dan banyak lagi.

Majlis Muafakat Dakwah Malaysia Kemboja (MMDMK) ini diharapkan dapat menggandingkan usaha yang sepadu dan lebih terancang supaya dapat memberi impak yang leh berkesan di Kemboja.


Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...