About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, November 2, 2016

Projek Petrol Bersempena Harga Minyak Naik



Pada petang semalam sekitar jam 6 petang bersamaan 2 November 2016 kami, para sukarelawan Kindness Malaysia telah menjalankan aktiviti comel yang dinamakan Projek Petrol.
Tujuan utama adalah untuk menggembirakan para penerima dan menceriakan petang mereka berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Lokasi: Shell Chow Kit, Kuala Lumpur

Shell Chow Kit, Kuala Lumpur menjadi lokasi sasaran kami pada petang itu. Golongan sasaran adalah penunggang motosikal memandangkan kami memberi duit percuma sebanyak RM2 seorang untuk menampung kos minyak motor mereka.


Sukarelawan bersedia dengan nota Kindness mereka

Projek bermula dengan lancar. kami masing-masing menanti di setiap pam minyak untuk kenderaan motosikal. Menanti sasaran. Tak sabar rasanya melihat reaksi penerima.

Rata-rata penerima menyambut baik duit RM2 ini dan menerima dengan hati terbuka. Ada yang terkejut seakan-akan tidak percaya akan dapat duit percuma. Dalam masa yang sama, ada juga para penunggang motosikal yang menolak pemberian kami. Agak mencabar juga. Bukan mudah ye nak menawan hati mereka. Ada juga yang berkata,” maaf dik, bagilah pada yang memerlukan” jawapan kami mudah, “untuk mereka, kami sudah ada projek lain bang. Jangan risau. Duit comel ini memang rezeki abg untuk hari ini”

Penerima gembira dan sempat mengukir senyuman

Apa sekalipun tolakan atauapun penerimaan mereka semalam, Alhamdulillah projek petrol berakhir dengan jayanya. Tersenyum lega kami melihat para penerima gembira dan tidak henti-henti ucapkan terima kasih kepada kami. Penat balik bekerja terus hilang pada petang itu.

Sasaran kami juga tidak mengira bangsa, agama mahupun kedudukan. Kami berikan pada semua yang bertuah yang mengisi minyak di Shell tersebut.


"full tank" percuma untuk penunggang motosikal


Kami juga sempat mengisi tangki penuh kepada penunggang motosikal yang bertuah. Masing-masing beratur kemas, tak sabar nak menerima minyak percuma. Nak tau apa yang berharga pada masa ini? Senyuman mereka.

Inilah antara barisan sukarelawan yang menjayakan misi petang itu. 

Alhamdulillah, misi kami tercapai. Mengukir senyuman dan dalam masa yang sama mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan tidak kira di mana jua pada bila-bila masa dan kepada semua golongan masyarakat.

Semoga nilai sekecil ini mampu buat anda tersenyum!


Semoga kebaikan sekecil ini dapat diterusakn oleh semua pembaca. Terima kasih penaja yang budiman! Terima kasih sukarelawan dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melaksanakan misi ini.

Iman Nur Alia
Projek Koordinator 
Kindness Malaysia

2 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...