Projek : Hiking Kindness Pahang bersama Anak-anak Hembusan Kasih Sayang
Hari/Masa : Sabtu/8pagi
Tarikh : 29.10.2016
Tempat : Perkarangan Teluk Cempedak (TC)
Tarikh : 29.10.2016
Tempat : Perkarangan Teluk Cempedak (TC)
adik-adik Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang
Projek Kindness Pahang kali ini adalah lain dari yang lain. Kami cuba menzahirkan kebaikan dengan aktiviti berbeza. Projek Hiking ini melibatkan 28 orang anak-anak dari Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Kuantan. Kali ini juga, kami dengan besar hati menerima kunjungan dan penglibatan sukarelawan dari Kindness Malaysia iaitu Haziq, Fuad, Iman dan Shahrizal.
Sukarelawan Kindness Malaysia dari Kuala Lumpur bersama adik-adik Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang
Seronok melihat keterujaan dan semangat mereka. Pada mulanya kami sangat risau kerana keadaan hujan lebat hampir setiap hari menjelang tarikh projek. Tetapi pada pagi kejadian, alhamdulillah...segala urusan dipermudahkanNya.
Sesampai di tempat berhimpun, kami bersarapan bersama. Kemudian, adik-adik ini dibahagikan mengikut kakak dan abang angkat masing-masing. Perjalanan mendaki dimulakan sejurus bacaan doa. Sepanjang pendakian semua sukarelawan dan adik-adik yang terlibat sangat seronok hingga hilang rasa kepenatan.
Semasa memulakan pendakian
Hampir sejam, kami selamat sampai dan menawan puncak Bukit Pelindung. Melihat pemandangan Bandar Kuantan yang cukup indah, sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa lelah kami. Tanpa berlengah, kami mengambil foto yg indah sebanyak mungkin.
Bersama para sukarelawan di sepanjang pendakian
Selesai sesi bergambar, kami turun melalui jalan yang sama. Kami mengambil masa hampir sejam juga untuk sampai ke tempat permulaan. Di bawah, tidak kurang hebatnya. Sukarelawan bekerjasama menyiapkan hidangan makanan dan minuman utk mereka yang mendaki.
Di puncak Bukit Pelindung
Sesampainya di tempat mula berhimpun tadi, mereka terus diberi minuman dan berehat sebentar sebelum makan. Sesudah makan, sesi kejutan sambutan hari lahir. Suka melihat semua gembira.
Hidangan tengah hari yang disediakan
Pihak pengurusan Kindness Pahang dengan ini sangat berbesar hati mengucapkan setinggi tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penaja yang menyumbang untuk projek kali ini. Alhamdulillah, sumbangan yang sangat banyak kami terima. Terima kasih kepada pihak MPK (Jabatan Landskap) atas kebenaran projek ini dijalankan, terima kasih kepada sukarelawan dari Kindness Malaysia yang sanggup datang untuk meraikan adik-adik ini. Walaupun baru berjumpa, hubungan erat dan kerjasama yang padu daripada Haziq, Shahrizal, Iman dan Fuad amat kami hargai. Moga hubungan silaturrahim ini akan berterusan.
Terima kasih kepada pengurus PJHKS (Puan Azlina) yang sudi memberi peluang kepada Kindness Pahang untuk menceriakan adik-adik ini. Moga mereka gembira dengan aktiviti hari ini. Terima kasih kepada AnQ Printing yang telah menaja tshirt adik-adik ini. Kemas dan cantik design baju tersebut. Tidak lupa ucapan terima kasih ini juga kami ucapkan kepada semua volunteer Kindness Pahang yang terlibat dan bertungkus lumus sepanjang projek ini dijalankan. Teamwork yang sangat hebat telah mereka tonjolkan.
Akhir kata, sungguh aktiviti ini meletihkan, memenatkan tetapi disebalik semua itu pelbagai kenangan indah telah terukir, perasaan suka akan hadir, perasaan rindu akan bertandang. Moga hubungan kebaikan antara kita semua lebih erat, jalinan kerjasama antara volunteer makin kuat dan Kindness Pahang akan terus maju dan berkembang dalam menyebarkan kebaikan dengan cara yang santai dan kreatif.
Moga berjumpa lagi di lain ketika, di lain masa, di lain tempat, di lain kebaikan...
Kindness Pahang bersama para suakrelawan dan Anak-anak Pusat Jagaan hembusan Kasih Sayang
Ashira Abu Bakar
Projek Koordinator
Kindness Pahang
0 comments:
Post a Comment