About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, June 19, 2016

Projek TajaMereka Bersama Warga Emas



Alhamdulillah, pada 18 Jun 2016 bersamaan 13 Ramadhan 1437H, Projek TajaMereka kali ini meraikan seramai 45 orang  warga emas Bait Al- Mawaddah, Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor, Jalan Kebun. Majlis berbuka puasa di taja oleh Al-Maghrib dan tajaan individu. Seramai 40 orang sukareawan terdiri daripada sukarelawan Kindness Malaysia, Al-Maghrib dan pelajar UITM turut turun bagi memeriahkan majlis berbuka puasa. Pusat jagaan ini di lengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Setiap bilik di boleh memuatkan dua orang dan dilengkapi dengan tandas. Antara kemudahan lain ialah dewan makan, surau dan pondok-pondok istirehat yang sangat menenangkan jiwa. Warga emas yang menghuni pusat jagaan ini sangat selesa dan gembira tinggal di sana.


Papan tanda pintu masuk Pusat Jagaan Warga Emas

Lawatan sukarelawan ke bilik nenek-nenek

Aktiviti mencipta pakaian daripada surat khabar
Program bermula pada jam 5 petang dengan sukarelawan mengadakan aktiviti berkumpulan bersama warga emas. Antara aktiviti yang dijalankan sambil menantikan waktu berbuka ialah ramah mesra, melukis dan mencipta pakaian daripada surat khabar. AKtiviti yang dijalankan sangat meriah dan dapat menggembirakan warga emas di sana. Semasa aktiviti dijalankan, sebahagian sukarelawan membantu menyediakan makanan untuk berbuka. 


Aktiviti melukis bersama sukarelawan
Menu berbuka kali ini ialah nasi ambeng, kambing golek, bubur lambuk, kuih muih, buah-buahan dan air tembikai. Sebelum waktu berbuka, para sukarelawan menghidang makanan yang ringan di atas meja supaya mudah untuk berbuka puasa dan akan solat maghrib secara berjemaah dahulu dan selepas solat maghrib akan dihidangkan nasi ambeng pula.



Kambing golek istimewa juadah berbuka

Makan yang ringan-ringan dulu sebelum solat Maghrib

Nasi ambeng di hidangkan selepas solat Maghrib


Sukarelawan menyuap warga emas makan
Setelah selesai makan, majlis di teruskan dengan penyampaian sumbangan duit raya kepada warga emas. Mereka sangat terharu dan gembira dapat duit raya daripada pihak Kindness Malaysia dan Al-Maghrib. Selesai penyampaian duit raya, salah seorang warga emas membuat persembahan nyanyian lagu raya. Majlis menjadi meriah dengan persembahan tersebut. Masuknya waktu solat Isya’, solat diadakan secara berjemaah dan diteruskan dengan solat tarawih. Selepas solat, moreh disediakan antaranya bihun goreng, kuih-muih dan air teh. Selesesai mengemas dewan makan, sebahagian sukarelawan menghantar nenek-nenek dan atok-atok balik ke bilik untuk istirehat. 



Sumbangan duit raya kepada warga emas 

Persembahan istimewa daripada salah seorang warga emas
Sukarelawan Kindness Malaysia membantu menolak kerusi roda salah seorang warga emas

Ramah mesra bersama nenek-nenek di sini
Alhamdulillah, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperoleh daripada Projek Taja Mereka kali ini. Perasaan sedih, terharu dan gembira bercampur aduk. Mereka yg berasa sunyi sedikit sebanyak menceritakan kesedihan dan kerinduan terhadap keluarga yang jauh. Terdapat juga yang menceritakan hanya tinggal sebatang kara dan menguhuni di pusat jagaan warga emas ini dapat mengubat duka di hati kerana ramai kawan-kawan serta makan, minum dan kebajikan terjaga.  Kehadiran para sukarelawan sedikit sebanyak dapat menggembirakan penghuni pusat jagaan warga emas ini yang berasa kesunyian dan dapat berkongsi kegembiraan bersama. InsyaALLAH sekiranya berpeluang ingin datang menziarahi mereka lagi.

Fatin Amira Nabila
Penolong Setiausaha
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Pasar Percuma di Madrasah Hashimiah


wajah gembira anak Madrasah Hashimiah untuk persediaan Hari Raya kelak

18 Jun 2016. Alhamdulillah, selesai sebuah lagi aktiviti di bawah Kindness Malaysia dengan kerjasama sukarelawan dari Tabung Ikhlas & Friends di Madrasah Hashimiah. Pasar Percuma ini julung kalinya diadakan dalam premis Madrasah Hashimiah dan mensasarkan keluarga anak-anak murid di sini. 65 buah keluarga pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim dijemput untuk datang sebagai penerima Freemarket edisi Madrasah Hashimiah.

pakaian dibungkus rapi untuk pengunjung yang hadir
anak-anak Hashimiah memilih barangan mereka

Lebih 10 tapak dibuka dan pelbagai barangan preloved telah dibawa oleh para penderma. Setiap keluarga juga menerima satu beg yang berisi dengan barangan keperluan dapur seperti beras, milo, gula, biskut dan minyak masak. Barangan lain yang boleh didapati juga seperti mainan, pakaian, perkakas dapur dan makanan.

anak-anak Madrasah Hashimiah dengan hasil tangkapan masing-masing
baju kurung yang masih kelihatan baru
antara "gerai" yang dibuka
Bersama orang kuat Pasar Percuma Madrasah Hashimiah


Program bermula jam dua petang dan selesai pada jam empat petang. Pihak Kindness Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Puan Farah dan Puan Jun dari Tabung Ikhlas & Friends yang telah bertungkus lumur mengaturkan Pasar Percuma ini di Madrasah Hashimiah. Semoga Allah berkati semua.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Saturday, June 18, 2016

Beri dan ambillah apa sahaja. Semuanya PERCUMA! PASAR PERCUMA @MADRASAH HASHIMIAH.



18 Jun 2016. Seolah-olah berada di pasar sebenar! Begitulah konsep yang dibawakan oleh Kindness Malaysia istimewa untuk komuniti pelarian Islam Rohingya dan Myanmar yang menetap di sekitar Selayang. Konsep Pasar Percuma ini membawa kelainan dengan konsep memberi dan mengambil apa sahaja yang terhidang di atas meja secara PERCUMA. 

 Sukarelawan Kindness Malaysia membantu membuat persiapan 

Persediaan bermula jam 12 tengahari

Menghidupkan suasana Pasar Percuma

Umum mengetahui komuniti pelarian sememangnya menghadapi masalah kewangan dan sukar mendapatkan barangan keperluan harian termasuklah beras, minyak masak, pakaian dan lain-lain. Untuk memenuhi kehendak mereka yang memerlukan selain memberi kegembiraan kepada mereka lebih-lebih di bulan yang penuh barakah ini, konsep “Pasar Percuma” ini kami bawakan terus kepada komuniti ini.

Madrasah Hashimiah dipilih sebagai lokasi untuk para dermawan memperlihatkan barangan sumbangan mereka. Madrasah ini merupakan tempat di mana anak-anak pelarian menuntut ilmu. Pasar Percuma ini diadakan di dua tingkat bangunan madrasah di mana di tingkat satu, kami khaskan untuk barang-barang keperluan harian seperti beras dan makanan. Di tingkat dua pula, khas untuk pakaian dan keperluan mandi serta barang keperluan asas harian yang lain. Sebanyak 16 stesen iaitu meja-meja kami asingkan untuk setiap barangan yang berbeza dari penyumbang yang berbeza.

Persiapan seawal pagi Sabtu, 18 Jun itu dilakukan bagi memastikan acara berjalan lancar. Barang-barang makanan disusun di atas meja bagi memudahkan agihan kepada komuniti ini. Puasa bukanlah menghalang anak-anak pelarian ini untuk turut sama membantu membuat persiapan.

Salah sebuah keluarga yang menderma sedang mengasingkan pakaian untuk diletak di atas meja
65 buah keluarga menerima pek dapur
Beras serta Goodies beg yang berisi biskut, kuih raya, susu, tepung dan makanan yang diletakkan di tingkat satu
Sebanyak 65 keluarga miskin diberi kupon khas untuk menerima sumbangan dari para dermawan yang budiman. Kupon ini disediakan bagi memastikan agihan sumbangan dapat dilakukan secara tersusun memandangkan komuniti pelaarian Rohingya dan Myanmar ini sering mencapai kepadatan maksima pada satu-satu masa jika dikumpulkan.

Taklimat diberikan oleh Puan Farah selaku Pengarah Projek

Si kecil ini memerhati ibunya mencuba kasut 

Suasana meriah Pasar Percuma!

Sememangnya meriah

Antara barang keperluan yang diberi percuma


Perasmian dan ucapan kata-kata aluan dimulakan sekitar jam 2 petang. Ustaz Hashim sempat memberi kata-kata aluan kepada semua yang terlibat. Para dermawan juga turut memberi sepatah dua kata. Sementara di luar, para penerima sumbangan telah siap sedia beratur di tangga. Tak sabar rasanya mereka untuk shopping! 

Empat keluarga dilepaskan satu persatu menuju ke tingkat satu seterusnya ke tingkat dua. Melihat keluarga ini shopping secara percuma membuatkan kami rasa terharu dan sangat-sangat bersyukur dengan apa yang kami ada. Pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang masih malu-malu untuk mengambil barangan keperluan dan ada juga yang mengambil barang-barang yang mereka perlukan sahaja. 

Bubur juga diberi sebagai hidangan untuk berbuka puasa pada sebelah petang. Bubur di sini cukup istimewa kerana digelar “buburma”sempena nama pelarian Myanmar. Kurma juga disediakan untuk mereka.

Jauh di sudut hati, rasa amat terharu apabila keluarga ini menolak apabila kami memberi pakaian-pakaian dan barangan dengan banyak. Kata mereka,” taka pa, saya sudah ada”. Lalu, mereka berlalu menuju ke stesen yang lain mencari barang yang mereka perlukan sahaja.  Timbul rasa insaf dalam diri bahawa selama ini kami terlalu banyak membazir dan membeli barang-barang yang tidak perlu hanya sekadar memenuhi kehendak hati kami.

Mainan kanak-kanak juga ada kat sini

pek kurma untuk berbuka puasa

penat tapi gembira

barisan orang kuat Pasar Percuma
Proses membeli belah secara percuma ini berlangsung hampir dua jam. Pasar Percuma berakhir pada jam 4.00 petang.

Alhamdulillah.. berkat kesabaran semua, acara ini berakhir dengan jayanya. Rasa lega dan gembira melihat kesemua keluarga pulang dengan senyuman. Rata-rata mereka tidak jemu mengucapkan terima kasih kepada kami.
Terima kasih juga kepada para dermawan yang menyumbang untuk Pasar Percuma kali ini juga kepada team Kindness Malaysia dan Madarasah Hashimiah yang sama-sama membantu melancarkan program ini. Semoga dengan sedikit sumbangan itu dapatlah membantu komuniti ini menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

InshaAllah Pasar Percuma ini akan diteruskan untuk masa-masa akan datang. Semoga inspirasi kebaikan ini dapat diteruskan oleh semua yang membaca.



Pesan buat diri dan semua..

Apabila kita merasa susah, ingatlah bahawa ada lagi orang yang lebih susah dari kita..
Apabila kita berasa lapar dalam sehari, ingatlah bahawa ada lagi yang tidak makan berminggu-minggu dari kita..
Apabila kita merasa sakit dengan sedikit dugaan, ingatlah kepada mereka yang diduga dengan sebesar-besar dugaan..
Apabila kita merasa sedih, ingatlah dengan mereka yang setiap hari menangis menahan lapar dan dahaga…dan ditimpa dengan pelbagai dugaan kehidupan…
Dan apabila kita rasa senang dan gembira, maka seharusnya kita kongsikan dengan semua..


Iman Nur Alia
Projek Koordinator
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Tuesday, June 7, 2016

Pengalaman Lakukan Projek Pintu Rezeki oleh Sukarelawan Kindness Sarawak



3 Jun 2016. Dengan berbekalkan 5 kit barangan dapur, saya dan sahabat baik memulakan projek Kindness Sarawak yang pertama iaitu Projek Pintu Rezeki. Golongan ibu tunggal dan fakir merupakan sasaran utama kami.

Nak dijadikan cerita, kami mengalami sedikit kesulitan disebabkan faktor hujan. Kami telah mendapat maklumat daripada seorang sahabat mengenai sebuah keluarga asnaf ini. Dengan berpandukan petunjuk yang telah diberi, kami pergi ke rumah tersebut dan ianya terletak di sebuah kampung yang mempunyai jalan yang sempit dan kecil! Cabaran sangat untuk saya dan sahabat baik saya yang merupakan "newbie driver" ni 😀 kami berdua kasi "tweek" sikit taknak bagi direct.

baangan dapur yang dimasukkan untuk Projek Pintu Rezeki
Kit barangan dapur yang diletakkan di depan pintu rumah penerima

Kami letak Kit Menjelang Ramadhan dkt atas tangga depan pintu. Lepas bagi salam kitaorang terus cabut lari. Time dalam kereta tu, nampak seorang mak cik dan budak lelaki keluar dengan muka yang terkejut. Tekejut tengok kit dekat depan pintu. Saya dapat lihat mak cik tu baca notes yang saya tinggalkan bersama kit tersebut. Then makcik tu terpandang kereta kami! Ooops kantoi! Dia terus melambai ke arah kami seolah olah mengucapkan terima kasih dan berlalu masuk ke dalam rumah bawak kit tu sekali. Alhamdulillah. Perasaan ini yang sukar digambarkan. Kami dapat rasakan makcik itu pasti gembira dengan kit barangan dapur yang kami sampaikan.

Dan kami teruskan misi agihan kit yang lain sampai habis. Walaupun kena main hujan, jalan gelap, jalan sempit, sesat, kena jalan dekat jambatan kecik and jalan dekat tanah becak, projek kitaorang berjaya! Yeaaayyy!

pengalaman yang cukup berharga buat kami


Terima kasih pak cik masjid yang tolong tunjuk kan rumah, abang yang kasi direction and uncle yang tolong bawak naik jambatan kecik semalam. So, projek ni dapat kasi kesedaran bukan kita je susah, banyak lagi orang yang susah dan memerlukan bantuan. Jom kita sama sama buat kebaikan untuk tengok orang lain senyum 😊

Salam Ramadhan ❤

#kindnessmalaysia
#kindnesssarawak

Nabila Malek
Kindness Sarawak

Monday, June 6, 2016

Statement by The Founder of Kindness Malaysia on The Occasion of Ramadan



Assalamualaikum wrb,

On behalf of the Kindness Malaysia team, I want to extend best wishes to Muslims in Malaysia and around the world. Ramadan Kareem.

Like many people of different faiths who have known Ramadan through our communities and families, we know this to be a festive time. A time when families gather, friends host iftars, and meals are shared. But we also know that Ramadan is a time of intense devotion and reflection, a time when we fast during the day and perform tarawih prayers at night, reciting and listening to the entire Quran over the course of the month.

These ibadah remind us of the principles that everyone hold in common, and Islam’s role in advancing justice, progress, tolerance, and the dignity of all human beings. For instance, fasting is a concept shared by many faiths, as a way to bring the heart closer to God, and to those among us who cannot take their next meal for granted.

For all of us must remember that the world we want to build and the changes that we want to make must begin in our own hearts, and our own communities.

This Ramadan, our volunteers across Malaysia have planned the TajaMereka Project where we offer others to sponsor the needy to break fast and also the opportunity to mingle with them all together. Sharing kindness with others especially during this holy month would be a sweet deep memory that is not to forget. In these challenging times, this is a spirit of responsibility that we must sustain in the months and years to come.

At this time of renewal, I want to reiterate my commitment to a new beginning between Kindness Malaysia and other NGOs in Malaysia and around the world. This new beginning must be borne out in a sustained effort to listen to each other, to learn from each other, to respect one another, and to seek common ground. I believe an important part of this is to work together, and in the last few months, Kindness Malaysia have been working closely with other local NGOs, international NGOs and even NGIs in order to make Malaysia a kinder place to live.

All of these efforts are aimed at advancing our common aspirations, to instill kindness to everyone hearts, regardless of their background, skin color or creed. It will take time and patient effort. We cannot change things over night, but we can honestly resolve to do what must be done, while setting off in a new direction toward the destination that we seek for ourselves, and for our children. That is the journey that we must travel together.

I look forward to continuing this critically important mission and turning it into action. And today, I want to join with our core volunteers, sponsors and supporters in welcoming the beginning of Ramadan, and wishing everyone a blessed month. May Allah provides barakah to all.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder of Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...