About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, May 27, 2015

5 Perkara yang Dermawan Perlu Ketahui Apabila Menyampaikan Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim



Anak-anak yatim dan miskin diraikan semasa bulan Ramadhan. Mereka antara yang paling gembira, tidak kurang juga kepada staf yang bertugas di rumah-rumah kebajikan. Jumlah pelawat yang datang ke rumah kebajikan turut bertambah dan alhamdulillah, sumbangan untuk rumah anak yatim juga turut meningkat. Bagi kebanyakan rumah kebajikan, bulan Ramadhan inilah menjadi sumber pendapatan utama untuk menampung perbelanjaan seharian selama setahun. Selepas bulan Ramadhan, kunjungan pelawat akan berkurangan dan jumlah derma turut akan berkurangan.

Apabila kita pergi melawat mana-mana rumah kebajikan untuk sampaikan sumbangan, ada beberapa perkara yang perlu kita "take note".

Adab Menyampaikan Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim

1- Lakukan Temujanji
Pihak pengurusan rumah kebajikan juga mempunya kerja-kerja yang perlu dilakukan di pejabat. Malah pengetua juga sibuk menguruskan asrama dan mencari dana dari luar. Sebaiknya para dermawan yang ingin menyumbang, telefon dulu sebelum datang dan setkan appointment. Hal ini memudahkan pihak pengurusan rumah kebajikan untuk meluangkan masa dengan dermawan dan berkongsi keperluan rumah kebajikan. Sumbangan juga boleh dilakukan terus ke akaun rumah kebajikan tersebut tanpa ke pejabat mereka.

2- Resit Derma
Sumbangan dalam bentuk wang sangat digalakkan dan para dermawan boleh meminta resit derma. Hampir semua rumah kebajikan dapat menyediakan resit derma. Cuma tidak semua rumah kebajikan  yang mempunyai resit pengecualian cukai. Proses untuk mendapatkan pengecualian cukai ini agak rumit, dan rumah-rumah kebajikan yang sudah lama bertapak biasanya mempunyai kelebihan ini.

3- Terma dan Syarat Sumbangan
Ada para dermawan yang datang dan menghadkan penggunaan wang untuk anak yatim sahaja. Kita perlu tahu yang tinggal di rumah kebajikan biasanya bercampur antara anak yatim dan juga anak fakir miskin. Adakala anak fakir miskin ini lebih memerlukan daripada anak yatim. Memang tidak dinafikan anak yatim ini diberi keistimewaan dalam Islam. Kita digalakkan untuk niatkan sumbangan derma untuk rumah anak yatim tersebut. Sumbangan ini akan digunakan untuk anak-anak yang menetap di rumah kebajikan tersebut. Jangan letak terlalu banyak terma dan syarat untuk derma tersebut, kerana ini akan menyusahkan pengurusan rumah kebajikan.

4- Sumbangan Barangan
Sebelum datang melawat rumah kebajikan, telefon dulu dan tanya apa barang keperluan yang diperlukan. Ada masanya beras terlalu banyak, pihak rumah kebajikan pasti boleh syorkan jenis sumbangan barangan yang diperlukan. Ambil masa sedikit untuk telefon dan tanya keperluan mereka.

5- Sumbangan Pakaian atau Barang Terpakai
Sumbangan pakaian terpakai ini agak popular. Sudah pasti ramai yang mempunyai pakaian terpakai yang masih elok. Pertama sekali, pakaian terpakai yang ingin disumbangkan itu, asingkan ikut saiz dan jantina. Satu plastik atau kotak untuk saiz dan jantina yang tertentu. Dan sebelum hantar, pastikan pakaian ini sudah dibasuh atau paling kurang pun dihantarkan ke dobi. Sebab pernah jadi suatu ketika dulu, pakaian yang dihantar tidak basuh, dan sudah lama tidak digunakan. Bila derma, anak-anak ini terus pakai dan badan mereka naik ruam dan gatal-gatal. Kita sebagai penderma, ambillah usaha sedikit untuk berikan pakaian terpakai yang wangi atau sudah basuh. Pakaian yang dah koyak, pakaian dalam boleh buang dalam tong sampah. Bila nak sumbang pakaian, kita tanya diri kita balik, kalau orang bagi pakaian ni, aku akan pakai atau tak?

Bila kita mempunyai niat yang baik, sudah pasti kita nak sumbangkan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan. Rumah-rumah kebajikan atau anak-anak yatim ini menjadi salah satu lokasi untuk kita sampaikan sumbangan. Oleh itu sentiasalah kita berdoa agar sumbangan yang disampaikan ini dapat menjadi saham di akhirat kelak, amin.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

1 comments:

Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...