Alhamdulillah, baru-baru ini selesai sekali lagi misi gelandangan "Feed The Homeless" bersama Volunteer Malaysia, sukarelawan dari Universiti Malaya, Kolej Consist, Subang Helps Everyone, Kindness dan tajaan makanan untuk sukarelawan oleh Bom Kitchen. Misi gelandangan kali ini juga diserta oleh salah seorang aktivis dari Gaza, Malaka Mohammed yang terkenal dengan usahanya untuk membantu salah seorang tahanan penjara Samer Issawi yang kini sedang mogok lapar di penjara Israel. Penglibatan Malaka kali ini memberi inspirasi kepada sukarelawan tempatan. Beliau juga telah berkongsi pengalaman beliau di Gaza tentang keadaan kehidupan seharian di sana.
Ambil tenaga dahulu di Bom Kitchen |
Selesai di kawasan Pudu |
sukarelawan membantu kereta sukarelawan yang tayarnya pancit |
Sukarelawan baru juga dari Subang Helps Everyone, merupakan kumpulan anak-anak muda yang kebanyakannya lepasan SPM. Di usia semuda ini, mereka sudah mempunyai minat yang mendalam untuk melakukan kerja-kerja amal. Usaha mereka tidak hanya fokus kepada misi gelandangan, tetapi juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan rumah kebajikan anak yatim dan orang tua.
barisan sukarelawan |
Misi bermula jam 12.30 pagi dan semua sukarelawan telah berkumpul di Bangkok Bank bersebelahan dengan Pasar Seni (Central Market). Sukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bergerak sekitar Pasar Seni, Masjid Jamek dan Pudu. Lebih 200 pek makanan dan air diagihkan dan selesai di check point terakhir iaitu di Masjid Negara.
Misi gelandangan berikutnya adalah pada 17hb Mac 2012, dan pada yang berminat untuk menyumbang atau turut serta, boleh hubungi cik Cima melalui laman Facebook.
Baru ini mendapat liputan di surat khabar Kosmo (10 April 2013)
Baru ini mendapat liputan di surat khabar Kosmo (10 April 2013)
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment