gambar dipetik dari Facebook kelihatan mangsa dibakar hidup-hidup |
Baru-baru ini saya melawat Madrasah Hashimiah untuk bertemu dengan Ustaz Hashim, pengetua madrasah tersebut. Pelbagai perkara dibincangkan lebih-lebih lagi melibatkan madrasah itu sendiri. Alhamdulillah, persekolahan di madrasah tersebut berjalan dengan baik. Namun begitu saya berasa agak sedih apabila Ustaz Hashim menceritakan bahawa kawasan kampungnya di Myanmar kini diserang oleh puak pelampau yang mula membakar kampung-kampung masyarakat Islam di sana. Keadaan sebegini seperti dejavu apabila ayat yang sama diluahkan oleh salah seorang ustaz dari etnik Rohingya yang berasal dari Klang tahun lepas. Wajahnya agak sedih kerana bimbangkan keselamatan keluarganya lagi-lagi ibunya yang tinggal di sana.
Di laman Facebook juga, ramai aktivis Rohingya dan Myanmar Muslim mula memuat naik gambar-gambar situasi yang berlaku di luar Arakan (Rakhine) terutamanya di Meiktilar yang terletak antara Yangon dan Mandalay. Belum selesai keadaan di Arakan, kini merebak pula ke Meiktilar dan kawasan-kawasan yang lain.
Sama-sama kita doakan agar saudara kita di sana selamat dan diberi kekuatan agar dapat menempuhi dugaan yang amat mencabar ini.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment