About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, March 26, 2013

Perihal Sedekah dan Rumah Anak Yatim Palsu

“Nabi Isa a.s. berkata kepada iblis yang bermaksud: “Siapa yang paling kau senangi? Jawab iblis: “Orang mukmin yang bakhil”. Nabi Isa a.s. bertanya lagi: “Siapa yang paling kau benci? Iblis menjawab: “Orang fasiq yang dermawan.” “Mengapa begitu?”, tanya Nabi Isa a.s. Iblis menjawab: “Ya, aku menginginkan dari orang mukmin yang bakhil agar ketamakannya itu menjerumuskannya ke jurang kemaksiatan, dan aku sangat khuatir kalau keburukan-keburukan orang fasiq itu terhapus oleh kedermawannya.” ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Terkenang kisah di atas oleh salah seorang ahli Sufi yang amat saya kagumi iaitu Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani. Kebanyakan kata-kata yang datang daripadanya amat menyentuh berkenaan dengan hal kerohanian dan amat menekankan aspek penyucian hati. Saya terpanggil untuk menulis berkenaan dengan isu terkini yang melibatkan rumah-rumah anak yatim atau rumah kebajikan yang dilabelkan sebagai rumah anak yatim palsu oleh sesetengah pihak dan individu. 

Dalam Islam sendiri, anak-anak yatim ini ditempatkan sebagai mereka yang istimewa. Seperti Firman Allah di dalam Al-Quran mengatakan
"...dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik..."~ Al-Baqarah ayat 83
Rumah anak yatim ini tumbuh dengan banyak terutama sekali di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Apakah pendapat pertama yang terlintas dari fikiran kita berkenaan dengan kenyataan ini? Sebenarnya rumah-rumah kebajikan ini tumbuh dengan meluas adalah antara tanda-tanda Allah itu sayangkan kita, dan sentiasa memberi peluang kepada kita untuk menambah saham di akhirat. Setiap sumbangan yang kita berikan itu bercambah dengan cepat dengan syarat kita melakukan keranaNya.
“Bandingan pahala orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Meliputi Ilmu Pengetahuan-Nya. ”~Al-Baqarah ayat 261
Melabur saham akhirat ini mempunyai beberapa syarat yang penting bagi mendapat hasil yang sebenar. Ikhlas, dan mencapai keredhaanNya adalah kunci agar saham dibeli ini akan menjadi aset yang penting kelak. Dimana untuk beli saham akhirat ini? Dimana sahaja, tidak kira pada siapa atau apa., tapi ingat syarat yang sama, ikhlas dan keredhaanNya. Kita boleh berikan duit kepada peminta sedekah, dengan harapan duit yang diberikan itu akan memudahkan kehidupannya pada hari tersebut. Kita boleh belanjakan kawan kita makan, dengan harapan kawan kita itu juga terdetik untuk melakukan perkara sama kepada orang lain. Kita boleh sentiasa senyum dan bersabar apabila ada orang memaki kita, dengan harapan orang yang maki kita itu sedar dan tidak melakukan kepada orang lain. Kita boleh ajak penagih dadah makan bersama, dengan harapan penagih dadah tersebut akan rasa diri masih disayangi dan mungkin terdetik untuk berubah. Kita boleh bantu mat rempit yang terjatuh semasa berlumba di jalan raya, dengan harapan perbuatan kita ini akan melembutkan hatinya untuk menjadi insan yang lebih berguna. Semua ini adalah saham akhirat. Kita tidak nampak secara realiti hasil dari saham itu iaitu syurga. Sekiranya kita boleh lihat dengan mata sendiri bagaimana rupa syurga itu, sudah pasti orang ramai akan berebut-rebut untuk melakukan kebaikan. Contoh yang mudah, saham dunia. Ramai akan berebut apabila dapat tahu yang pulangan simpanan di sesebuah bank itu ialah 10% setahun. Sekiranya dilaburkan RM1000, maka akan peroleh RM100 dalam masa setahun. Adakah kita juga akan berebut untuk dapatkan syurga yang dijanjikan Allah?
"Sesiapa yang masuk syurga, ia akan merasakan kenikmatan dan tidak akan menderita. Pakaiannya tidak akan lusuh dan masa mudanya tidak akan habis. Di syurga terdapat hal-hal yang tidak pernah dilihat mata, didengar telinga dan tidak pernah terdetik di benak manusia"~ Hadis Riwayat Muslim
Tapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita memberi sumbangan kepada "Rumah Anak Yatim Palsu"? Asalnya niat kita adalah untuk menyumbang kerana Allah. Apabila kita memberi, maka selesai sudah pelaburan saham kita untuk akhirat kelak. Dengan niat dilakukan hanya untuk mendapat keredhaanNya, insyaAllah sumbangan dan derma itu akan diterimaNya. Jika rumah itu palsu, atau anak-anak yatim itu palsu atau pengurusan itu palsu, itu adalah tanggungjawab mereka dengan Allah. 

Apa salahnya sekiranya kita menderma dan mendapati mereka bukannya anak yatim? Tiada salahnya, malahan kita membantu saudara kita. Ini yang dinamakan kindness. Kita berbuat baik tidak kira pada sesiapa pun, kerana apa yang kita kejar itu adalah keredhaanNya. Apa yang kita impikan itu adalah syurga yang abadi.

Oleh yang demikian, ayuh kita terus sahaja lakukan kebaikan. Selagi ada rezeki lebih, boleh kita kongsikan dengan anak yatim, orang miskin, peminta sedekah, adik beradik, kawan-kawan, pakgad, makcik cleaner mahupun bos kita. InsyaAllah akan peroleh keredhaanNya. Usah kita terlalu sibuk bertanya kemana duit sumbangan kita itu pergi. Itu rezeki mereka. Allah juga dah tetapkan rezeki kita juga. Sama-sama kita doakan agar kita sentiasa tergolong dalam insan-insan yang dikasihiNya dan tidak tergolong kepada mereka yang gemar kepada hal duniawi semata-mata.

p/s Sekiranya benar rumah anak yatim tersebut palsu, mari kita bantu pengurusan rumah anak yatim tersebut agar masalah ini diperbetulkan. Kita kasihan pada anak-anak yang menjadi mangsa. Setakat share dan kongsi tanpa bukti yang kukuh, risau jadi saham dosa pula untuk kita yang takkan putus dek cepatnya informasi sebegini tersebar melalui sosial media. Fikirkan yang terbaik, jika pengurusan rumah anak yatim itu salah, kita sama-sama bantu untuk betulkan. Lagipun, impian semua orang juga untuk masuk ke syurga, betul tak? :)

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, March 23, 2013

Bermula di Arakan, Kini Merebak ke Meiktilar

gambar dipetik dari Facebook kelihatan mangsa dibakar hidup-hidup

Baru-baru ini saya melawat Madrasah Hashimiah untuk bertemu dengan Ustaz Hashim, pengetua madrasah tersebut. Pelbagai perkara dibincangkan lebih-lebih lagi melibatkan madrasah itu sendiri. Alhamdulillah, persekolahan di madrasah tersebut berjalan dengan baik. Namun begitu saya berasa agak sedih apabila Ustaz Hashim menceritakan bahawa kawasan kampungnya di Myanmar kini diserang oleh puak pelampau yang mula membakar kampung-kampung masyarakat Islam di sana. Keadaan sebegini seperti dejavu apabila ayat yang sama diluahkan oleh salah seorang ustaz dari etnik Rohingya yang berasal dari Klang tahun lepas. Wajahnya agak sedih kerana bimbangkan keselamatan keluarganya lagi-lagi ibunya yang tinggal di sana.
kesan terbakar

Di laman Facebook juga, ramai aktivis Rohingya dan Myanmar Muslim mula memuat naik gambar-gambar situasi yang berlaku di luar Arakan (Rakhine) terutamanya di Meiktilar yang terletak antara Yangon dan Mandalay. Belum selesai keadaan di Arakan, kini merebak pula ke Meiktilar dan kawasan-kawasan yang lain. 

Sama-sama kita doakan agar saudara kita di sana selamat dan diberi kekuatan agar dapat menempuhi dugaan yang amat mencabar ini. 

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, March 11, 2013

Pemeriksaan Mata di Gaza


Lebih 3000 kanak-kanak di Gaza menjalani pemeriksaan mata dan kebanyakannya telah menerima tajaan kaca mata. Terdapat juga kanak-kanak yang mempunyai masalah serius dan mereka telah telah dirujuk untuk menjalani pembedahan di hospital. Sehingga kini, Muslim Aid membekalkan ubat-ubatan kepada lebih 14 buah hospital di Gaza. Pada yang ingin terus menyumbang untuk Tabung Palestine, boleh lakukannya melalui akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Butiran transaksi berikut diemailkan ke mail@muslimaid.org.my atau faks di 03-2281966.

Nama:
Alamat:
No tel:
Jumlah:
Masa dan Tarikh transaksi:

Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai di bawah LHDN.

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, March 9, 2013

Health care for Rohingyan IDPs




In the Rakhine State, many IDPs, especially women and children, are suffering due to the lack of adequate health services. Those with injuries from the earlier conflict are now faced with complicated infections and pregnant mothers are extremely vulnerable. With the Rakhine State Hospital a few hours away, medical attention remains out of reach for those that need it.

In partnership with Mercy Malaysia, Muslim Aid is contributing towards the construction of a health clinic which will be centrally located in the Dar Paing Camp so others may have also easy access, together with the provision of vital medical equipment and supplies.

More than 110,000 people are estimated to be living as IDPs in the Rakhine state, after inter-communal violence in June 2012. With little NGO presence in place, they are still in desperate need of food, clothes and basic aid.

Contribution can be made via our CIMB account at 1422-0000070-108 under Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Kindly email us the information below for tax exempt receipt

Name:
Address:
Tel:
Time and date transaction:
Amount:
Kindly state the donation is for the Myanmar Appeal


Update from Muslim Aid UK

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, March 4, 2013

Misi Gelandangan Untuk Semua


Alhamdulillah, baru-baru ini selesai sekali lagi misi gelandangan "Feed The Homeless" bersama Volunteer Malaysia, sukarelawan dari Universiti Malaya, Kolej Consist, Subang Helps Everyone, Kindness dan tajaan makanan untuk sukarelawan oleh Bom Kitchen. Misi gelandangan kali ini juga diserta oleh salah seorang aktivis dari Gaza, Malaka Mohammed yang terkenal dengan usahanya untuk membantu salah seorang tahanan penjara Samer Issawi yang kini sedang mogok lapar di penjara Israel. Penglibatan Malaka kali ini memberi inspirasi kepada sukarelawan tempatan. Beliau juga telah berkongsi pengalaman beliau di Gaza tentang keadaan kehidupan seharian di sana.

Ambil tenaga dahulu di Bom Kitchen

Selesai di kawasan Pudu

sukarelawan membantu kereta sukarelawan yang tayarnya pancit


Sukarelawan baru juga dari Subang Helps Everyone, merupakan kumpulan anak-anak muda yang kebanyakannya lepasan SPM. Di usia semuda ini, mereka sudah mempunyai minat yang mendalam untuk melakukan kerja-kerja amal. Usaha mereka tidak hanya fokus kepada misi gelandangan, tetapi juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan rumah kebajikan anak yatim dan orang tua.

barisan sukarelawan

Misi bermula jam 12.30 pagi dan semua sukarelawan telah berkumpul di Bangkok Bank bersebelahan dengan Pasar Seni (Central Market). Sukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bergerak sekitar Pasar Seni, Masjid Jamek dan Pudu. Lebih 200 pek makanan dan air diagihkan dan selesai di check point terakhir iaitu di Masjid Negara.

Misi gelandangan berikutnya adalah pada 17hb Mac 2012, dan pada yang berminat untuk menyumbang atau turut serta, boleh hubungi cik Cima melalui laman Facebook.

Baru ini mendapat liputan di surat khabar Kosmo (10 April 2013)



Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, March 1, 2013

Usaha Sukarelawan untuk Pelarian di Malaysia

klik pada gambar untuk gambaran lebih jelas

Jumlah kanak-kanak pelarian di Malaysia menjangkau hampir 20,000 orang dan kebanyakannya daripada mereka kurang mendapat perhatian media massa. Usaha NGO dan juga kumpulan sukarelawan sedikit sebanyak membantu kanak-kanak ini yang kebanyakannya berada di Selayang, Ampang, Klang dan Cheras.

Salah seorang dari sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, cik Nazihah Rusli, kini menyambung usahanya untuk mengumpul keperluan asas bagi kanak-kanak pelarian terutamanya pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Keperluan seperti vitamin C, ubat-ubatan asas dan first aid ini akan dikumpulkan dan diserahkan kepada rumah-rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak pelarian seperti Madrasah Hashimiah. Pada yang berminat untuk menyumbang dan bentuk wang, atau barang, boleh hubungi terus cik Nazihah di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...